Aku menahan pedih
Hanya untukmu yang disayangi
Tak pernah ku begini
Tidak peduli
Tentang diriku sendiri
kau Pernahkah berfikir
Tentang diriku, Pengorbananku
kau hanya mahu Kesenangan mu
Aku di sini Mengadai mati
Untuk diri mu..
Ku umpama lilin Menyinari
Tetapi ku pula Membakar diri
Tak dipeduli
Asalkan tidak Gelita lagi..
gnela: 1:52 pm / 15.12.2009
Pernahkah kamu berfikir tentang orang yang pernah berkorban untuk kamu? Apa yang kamu pernah buat dengan orang itu? Pernahkah kamu rasa dia terlalu lurus? Atau mungkin bodoh sebab sanggup mementingkan diri orang lain dari dirinya sendiri? Yang menyediahkan, ada yang sanggup mati untuk kamu. Tidak kisah orang itu siapa. seorang kekasih atau teman karib. Atau seorang ibu atau bapa. Atau mungkin seorang suami atau isteri. Atau juga seorang insan yang berkhidmat untuk masyarakat. Apa yang mereka terima daripada pengorbanan mereka terhadap kamu? Kadang-kadang sakit. Kadang-kadang perit. Kadang-kadang diri dan keluarga sendiri tidak dapat di fokus. Hanya satu, iaitu untuk kamu.
Mungkin kita berfikir orang itu bodoh. Terlalu lurus. Sampai sanggup mengadai nyawa hanya semata-mata untuk orang lain. Kita selalu sedih, atau mungkin sakit hati bila mendengar cerita-cerita yang menimbulkan persoalan seperti, “Mengapalah dia tu bodoh, sanggup mati untuk perempuan itu”, atau pun “Dia sanggup tak makan, hanya untuk kesenangan orang itu? Bodoh sungguh,”. Sebenarnya siapa yang bodoh? Siapa yang salah? Siapa yang membuatkan orang-orang begini menjadi begitu fokus kepada orang lain dan kurang fokus pada dirinya sendiri?
Aku bukanlah seorang yang bijaksana mengarang sebuah karangan. Tapi aku manusia yang ada perasaan. Sama seperti kamu. Ada yang menawarkan luahan sedih, gembira, pandangan. Begitu juga aku. Hanya mahu memberi sedikit pembuka mata kepada yang selalu mentertawakan pejuang-pejuang yang dianggap bodoh. Pejuang-pejuang pengorbanan. Pejuang di medan permainan dunia manusia bodoh sombong. Yang selalu menganggap diri mereka saja yang benar. Dan selalu menyalahkan orang lain, dan mencari kesalahan orang.
jgn perasan hacker kunun...^_^ terus follow :)
ReplyDeleteuik? bro..salah toipk pos komen nih..hehe.. utk makluman komen en.baincardin adalah utk topik hacker konon.
ReplyDelete