Showing posts with label apa-apa saja. Show all posts
Showing posts with label apa-apa saja. Show all posts

14 October, 2011

Coca Cola terbaik..

"Minum apa bang?"
"Bagi...air coke la.."
"Saya juga..Coke ja.."
Coke? Coca Cola? Apa pun mari baca yang terbaik pasal Coke atau Coca Cola. Artikel ni ramai da yang tahu dan tulis. Tapi aku mau buat juga posting ni. Sebab best. Hehe..



" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

11 August, 2011

Makcik Murtad sudah disingkap??

Nampaknya aku pun tidak ketinggalan berkongsi maklumat ni. Makcik Hajjah Sitt AlWuzara (http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/) yang selama ini kita tahu sebagai pejuang murtad online telah pun berjaya disingkap oleh pihak GaySec (http://www.gaysec.org/). Menurut sumber, makcik ini adalah seorang gadis bernama Nor Arlene Tan Binti Khalid, berumur 26 tahun, berbangsa Cina Melayu (mix) dan telah membuat beberapa entri menghina Islam dalam blognya. Benarkah pendedahan yang dibuat ini?

24 June, 2011

Aduhai Makcik menghina agama Islam?

Sakit hati membaca entri-entri orang ni. Aku tak tahu dia ni betul2 makcik ke, atau pun pakcik, atau budak kecik, atau sekutu dengan setan ke atau memang keturunan iblis? Tapi dia mengelarkan dirinya makcik hajjah sitt al-wuzara. Dia menulis blog di wordpress.com..

Islam tu agama suci. Kenapa manusia begini wujud dikalangan kaum melayu di Malaysia ni? Aku rasa dia ni sesat! murtad! Mengamalkan ajaran sesat agaknya. Orang-orang jenis ini lah yang selalu menghalalkan yang haram, memburukkan yang baik.


Ni salah satu entri dalam blog dia. Kalau korang nak lebih lagi, pegi ja blog makcik ni di http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/. Boleh dikatakan semua entri yang dibuat semata-mata mengutuk Islam.

Aku harap orang ni akan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan. Korang jangan lah pula terpengaruh dengan entri-entrinya. Memang sesat! Satu aku nak tanya dia. Dia ni ada bersunat ke dulu yek?

30 May, 2011

mengupdatekan blog

Wah! Lama tak update blog nih! Update ja yang tidak. Tapi menjenguk blog tu selalu juga. So, Thank you very much kepada penggunjung yang selalu menyibukan diri di blog ini dan kepada yang sering mewachakan diri di wachabox thanks bebanyak walaupun penuh iklan semata-mata. Hehehe..

Baru-baru ni aku ada balik kampung untuk menghadiri majlis kenduri 100 hari arwah ibu. Ibu yang selalu kami rindu, yang selalu kami sayang, yang selalu kami hormati telah kembali kepadaNya sejak bulan Februari lalu. Peristiwa malam Jumaat tidak dapat dilupakan. Itu lah saat-saat terkahir ibu menghembuskan nafasnya. Al-Fatihah untuk ibu tersayang. ~

Masa balik kampung tu, boleh dikatakan aku agak sibuk. Ketegangan hidup tidak pernah hilang dalam diri setiap manusia. Itulah sebab kita dikurniakan akal dan fikiran untuk mencari jalan lurus penyelasaian masalah. Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Yang penting hadapi dengan senyuman semua yang terjadi biar terjadi. He.. Lirik lagu ke ni? Mohon maaf juga pada kakak sebab tidak berkesempatan mengadakan tutorial adobe photoshop tu. Insyallah aku buat nanti secara online. Aku akan usahakan.

Peristiwa pulang mengejar masa. Aku trauma bila ingat semula. Tetapi ada juga rasa bangga dalam diri. Hahaha (ketawa bongkak). Bangga kerana berjaya mengejar masa yang singkat. Aku ingat lagi, dalam 58 KM jarak perjalanan, aku ambil masa kurang 20 minit. Korang rasa lambat ka cepat tu? Ntah lah. Tapi memang trauma dengan kesesakan lalulintas, kereta-kereta yang bergerak 20, 40 KM sejam, dan lori-lori panjang. Semua tu faktor-faktor melambatkan masa di jalan raya. Lain kali, aku akan memulakan perjalanan lebih awal kalau mahu pulang dari bercuti. KK ke Menumbok tu jauh juga kan.

17 October, 2010

Makcik facebook

Bila aku tenggok facebook aku ari tu, ada satu pembalasan komen-komen di gambar seorang bayi comel yang telah di tag di profil aku. Malas mau cerita sebenarnya. Tapi aku rasa macam lain ja bunyi komen manusia tu.

kalau pun ada rasa jeles tu kat aku, atau sapa-sapa la waktu tu, jangan la cakap mcm tu makcik. Orang pempuan tak baik cakap dengan suami orang macam tu. Sensitif. Huhuhu! Kalau tak silap aku dulu pun, waktu makcik dan pakcik tu baru kahwin, belum juga ada zuriat. Lama juga kosong. Entah tetiba pula aku nampak gambar da dodoi-dodoi budak. Alamak! Naik minyak la member tu pula.

02 October, 2010

Tahniah kawan!

Tahniah aku ucapkan kepada dua orang sahabat rapat aku sejak sekolah lagi. Mereka ni da jadi seorang bapak. Wah.. Naik pangkat la katakan.



Gambar atas ni adalah anak kepada Ahmed Fitri dan Masnirah. Tahniah geng!



Gambar atas ni pula adalah anak kepada Mohd. Faizal dan Faridah. Tahniah juga geng!

Dalam kami bertiga, diorang la yang kahwin dulu. Mula-mula Faizal. Kemudian Amed fitri pula. Aku yang last. Belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata lagi. He.. Tapi, walaupun begitu, akhir-akhir ini aku selalu sibuk mencari nama untuk anak aku. Nama biarlah yang baik dalam Islam. Insyallah.. Ada masa aku update lagi blog ni. Layan balik kerja aku buat presentation ni.

04 June, 2010

bahaya pengunaan telefon bimbit

Untuk pengetahuan korang, artikel ni aku cedok dari http://mkelana.wordpress.com/2008/05/28/telefon-bimbit-lebih-bahaya-dari-merokok/....
Di sebabkan bunyinya penting aku pos di sini sebagai simpanan aku dan juga untuk informasi korang.

Kajian seorang neurosurgeon Profesor Dr. Vini Gautam Khurana dari US membuktikan penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun boleh menggandakan kemungkinan mengidap kanser otak. Beliau yang pernah memenangi 14 anugerah dan menerbitkan lebih 36 kertas kerja sains telah melaksanakan kajian selama 15 bulan untuk mencari kaitan antara penggunaan telefon bimbit dan ketumbuhan otak.

Walaupun sebelum ini pelbagai kajian telah dibuat oleh saintis di merata pelosok dunia, bezanya dengan kajian Profesor Khurana ialah beliau mengambil sampel dari kalangan pengguna tegar telefon bimbit sejak 10 tahun lalu kerana beliau mendapati sel kanser mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk terbentuk.

Kata beliau, rokok membunuh 5 juta orang setiap tahun dan pengguna telefon bimbit pula lebih kurang 3 billion dan semakin bertambah. Ini membuktikan telefon bimbit bakal menjadi ‘agen pembunuh’ yang lebih hebat dari rokok beberapa tahun akan datang. Malah penggunaan telefon bimbit dikalangan anak-anak kecil lebih merbahaya kerana mereka lebih terkesan dengan radiasi berbanding orang dewasa.

Justeru itu, CAP telah menggesa kerajaan menwar-warkan kajian Profesor Khurana supaya rakyat mengetahui bahaya telefon bimbit serta mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan speakerphone dengan jarak 20cm apabila bercakap.

Antara tips-tips yang boleh dikongsi adalah seperti berikut:

Look’s good but is it safe?

SAFETY TIPS: The following important points regarding mobile phone safety should be kept in mind:

1. Bluetooth ear-piece devices are NOT safe. Microwaves generated by the mobile phone are wirelessly transferred and directly transmitted into the ear canal and surrounding head region via the coupled blue tooth device.

2. Wired ear-pieces are NOT safe unless they are specifically shielded against electromagnetic radiation. Wearing an ear-piece connected by a wire to a mobile phone in essence converts the user’s head into an antenna for the base-station.


3. Home-based cordless phones do not emit as much electromagnetic radiation as conventional mobile phones, however they are NOT to be regarded as being safe owing to the longer usage time (typically cheaper calling rates) associated with home-based calling plans. Using such phones for less time and on “speaker-phone” mode with the cordless phone held at least 20 cm from the head is a safer alternative to holding them close to the side of the head.

4. The desktop base stations associated with cordless phones emit a constant electromagnetic radiation plume of up to 3 metres in diameter, and so are best not kept close to the head for prolonged periods of time such as overnight.

5. “Walkie-talkies” are NOT safe. They emit very high levels of electromagnetic radiation, up to 50 times more than a mobile phone.

6. Keeping a mobile phone close to one’s head overnight is NOT safe. Even “at rest”, the mobile will regularly emit a pulsed microwave signal to its closest base station in order for the mobile phone’s position to be tracked in order to maintain its expected service.

7. A regular landline IS safe, in fact this remains one of the safest forms of electronic verbal communication.

8. Using the “speaker phone” option on a mobile phone, with the phone held at least 20 cm from the head is a safer alternative (inverse square law for radiation fall-off), however, this naturally compromises the privacy of the communication to some extent.

9. Using a mobile phone via hands-free car kit (where the car speakers and car microphone are used instead of the mobile phone being held to the side of the head) IS safe. Here, the car roof acts as the antenna, and the user’s head is at an acceptable distance from both the roof and the phone (inverse square law for radiation fall-off).

10. Children should NOT use mobile or cellular phones unless in an emergency. A child’s brain is structurally developing well into adolescence, has a greater relative water content and lower volume compared with an adult’s brain, and subject to more “plasticity” (structural and functional reprogramming) at a microscopic level. It is logical to expect that exposing a child’s brain to cell phone radiation is likely to cause cellular damage that, in due course, may lead to brain cancer.
Laporan penuh kajian tersebut belum didapati di Brain-Surgery.us dan format PDFnya boleh dimuatturun dengan menggunakan link ini.

Berita ini dipetik dari The Star

23 May, 2010

Jangan jadi seperti AYAM melintas jalan

Dalam jam 10 lebih aku keluar pegi ke bandar dengan tujuan mencari beg untuk persiapan hari yang bakal tiba. Hari Ahad, ada tamu di salah satu kawasan bandar. Bererti jalan raya agak sibuk kerana ramai orang ke sana. Pasal parking kereta jangan cakap la. Memang susah nak parking dekat-dekat kawasan itu. Masa aku hendak telefon tunang aku, tiba-tiba terdengar jeritan orang-orang berdekatan dengan aku. Aku toleh pantas. kelihatan seorang budak berumur dalam lingkungan 5-6 tahun tergolek di atas jalan raya. Sebelum tu memang aku dengar bunyi seperti perlangaran. Sah budak tu kena langgar kereta.

Sudah tergolek begitu, ibunya cepat-cepat mendapatkan anak itu. Syukur la tiada yang teruk terjadi. Hanya dahi budak tu benjol. Apa sebab-sebab kejadian itu berlaku? Nasib baik budak tu tidak meninggal. Sebenarnya semasa melintas, ibunya tidak memimpin tangan anaknya itu. Ibunya pula terlebih dahulu melintas dan membiarkan anak itu melintas sendirian. Sudah berlaku begitu di marah lagi budak tu. Aduh..

Jangan la biarkan anak anda melintas sendirian. Pimpin tangannya ketika melintas. Jangan sampai terjadi sesuatu kemalangan jiwa yang ngeri. Menyesal tidak berguna.