Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

14 October, 2011

Coca Cola terbaik..

"Minum apa bang?"
"Bagi...air coke la.."
"Saya juga..Coke ja.."
Coke? Coca Cola? Apa pun mari baca yang terbaik pasal Coke atau Coca Cola. Artikel ni ramai da yang tahu dan tulis. Tapi aku mau buat juga posting ni. Sebab best. Hehe..



" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

17 July, 2011

Senyum kambing pagi-pagi

Aku ingat aku terjaga semalam dekat jam 1:30am. Rupanya lepas makan aku tertidur. Mungkin sebab cuaca yang sejuk kerana hujan. Aku rasa selesa bila baring. Jadi terlelap. Aku betul-betul terlelap. Tidak sedarkan diri. Bunyi handphone pula seperti tersembunyi oleh bunyi hujan yang agak kuat. Aku tidak kemana-mana semalam. Selesai waktu kerja, terus balik rumah.

Dalam kepala masih terbayang-bayang kejadian petang. Kemalangan jalan raya yang mengorbankan seorang nyawa. Pembonceng motorsikal. Dan yang melanggar adalah lori. Aku tak sempat melihat lori jenis apa. Lori tu sudah dibawa ke balai polis. Yang aku lihat dalam kejadian itu hanya bangkai motor yang sudah bengkok, dan mayat terbaring di jalan raya dengan tertutup kain. Darah merah di atas kepala. Ada beberapa orang dekat situ sambil menangis. Mungkin ahli keluarganya.

Keadaan agak panas. Mayat itu masih terbaring di jalan raya yang hangat. Polis berkerut dahi melihat kiri kanan. Apa yang ditunggu? Kenapa lah biarkan mayat begitu lama terbaring di jalan raya yang panas. Tidak lama kemudian, datang sebuah van biasa menuju ke arah kami. Rupanya menunggu kenderaan untuk mengangkat mayat ini ke Hospital. Yang di tunggu kenderaan dari Balai Polis. Tetapi tak sampai-sampai. Van ni mungkin juga ahli keluarganya. Selesai semuanya kami balik. Dalam perjalanan balik, terlihat kenderaan Hospital kelam kabut bergerak ke arah tempat kemalangan. Baru nak sampai? Mayat dah sampai dulu di hospital, kenderaan hospital baru nak sampai tempat kejadian. Aku dengar cerita, pembonceng motorsikal itu tidak memakai helmet. Mungkin kalau pakai helmet, masih selamat. Paling tidak pun patah tulang. Tapi orang cakap, kalau ajal dah tiba, pakai selamat macamanam pun, tetap mati juga. Hmm.. Pengajaran...

Perut aku sakit sangat. Bukan mau buang air. Rasa macam usus-usus dalam perut terbelit-belit. Sakitnya bukan kepalang. Sekejap hilang sekejap timbul. Macam nak mati pun ada. Aku masuk tandas pun tak ada apa-apa yang selesa berlaku. Makin sakit. Aku baring balik. Sambil tu aku urut-urut sendiri perutku yang comel ni. Ada rasa lega sedikit. Mungkin masuk angin. Sekarang tengah panaskan air. Mungkin kena air panas ni baru lega.

24 June, 2011

Aduhai Makcik menghina agama Islam?

Sakit hati membaca entri-entri orang ni. Aku tak tahu dia ni betul2 makcik ke, atau pun pakcik, atau budak kecik, atau sekutu dengan setan ke atau memang keturunan iblis? Tapi dia mengelarkan dirinya makcik hajjah sitt al-wuzara. Dia menulis blog di wordpress.com..

Islam tu agama suci. Kenapa manusia begini wujud dikalangan kaum melayu di Malaysia ni? Aku rasa dia ni sesat! murtad! Mengamalkan ajaran sesat agaknya. Orang-orang jenis ini lah yang selalu menghalalkan yang haram, memburukkan yang baik.


Ni salah satu entri dalam blog dia. Kalau korang nak lebih lagi, pegi ja blog makcik ni di http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/. Boleh dikatakan semua entri yang dibuat semata-mata mengutuk Islam.

Aku harap orang ni akan diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan. Korang jangan lah pula terpengaruh dengan entri-entrinya. Memang sesat! Satu aku nak tanya dia. Dia ni ada bersunat ke dulu yek?

13 December, 2010

musim sakit ka ni?

Aku tak berapa sihat. Macam demam ja. Batuk2.. Isteri aku juga. Mungkin sebab terjangkit dari aku. Tapi kalau kerja, aku pergi ja. Selagi sakit tak teruk. Kerja tetap kerja. Yang tak bestnya, pergi kerja, kita sakit, orang cakap kita buat-buat sakit. Selalu lah dipersoalkan. Cuba kalau diorang yang sakit. Tidak pula aku bising cakap itu ini. Kalau isteri aku boleh terjangkit oleh virus demam aku ni, apatah lagi orang-orang kat tempat kerja ni. Biar diorang rasa apa yang aku rasa. (tumbuh tanduk)