04 May, 2020

Aku dan Siri Catitan Blues

Tetiba malam ni aku baca balik catitan blues aku dari awal samapi yang terkini. Yang terkini pun tahun 2018. Terlalu lama aku biarkan blog ini sunyi. Terlalu ketara peredaran masa itu. Memang sekarang ni orang lebih kepada media sosial FB, IG dan lain-lain. Tapi bila aku baca balik catatan dalam blog ni, aku rasa bertuah dapat menggunakan bahan yang masih ada sampai sekarang iaitu blogger. Aku dapat baca balilk catatan tidak penting aku dulu-dulu membuatkan memori kembali terlihat segar.

Sekarang sudah hari ke 11 dalam bulan Ramadhan. Seperti biasa, walaupun kita selalu dengar syaitan itu diikat dalam bulan puasa, di bulan ini jugalah kita dapat tahu dan sedar bahawa diri kita itu sama atau tidak dengan perangai syaitan. Hahaha.

Ada satu catatan aku pada tarikh 17 Julai 2011 (baca sini) bertajuk "Senyum Kambing Pagi-Pagi". Catatan ini; "Perut aku sakit sangat. Bukan mau buang air. Rasa macam usus-usus dalam perut terbelit-belit. Sakitnya bukan kepalang. Sekejap hilang sekejap timbul. Macam nak mati pun ada. Aku masuk tandas pun tak ada apa-apa yang selesa berlaku. Makin sakit. Aku baring balik. Sambil tu aku urut-urut sendiri perutku yang comel ni. Ada rasa lega sedikit. Mungkin masuk angin. Sekarang tengah panaskan air. Mungkin kena air panas ni baru lega." Sebenarnya memang sakit yang pelik aku rasa waktu tu. Pertama kali dalam hidup sakit seperti itu. Rupanya sakit tu adalah penyakit yang aku senditi tidak tahu. Tetapi yang mengubat penyakit tu tahu dan dia tidak beritahu aku apa sebenarnya. Kemungkinan kalau aku tidak berjumpa dengan orang itu aku mungkin sudah tiada sekarang ni. Entah lah. Mungkin juga buatan orang. Mungkin juga kanser perut. Aku tidak mahu lagi sakit seperti itu datang. Apa yang penting perlu sihatkan badan kerana usia bukan ke belakang. Syukur pada Tuhan aku masih bernafas sekarang ni. Terima kasih kepada orang yang mengubati sakit aneh aku itu.

Mungkin sudah ramai yang melupai blog aku ini. Maklumlah sejak hidup berumah tangga ni, ada perkara yang penting harus diutamakan. Namun ada juga masa-masa akan datang secara tiba-tiba untuk mengulangi kebiasaan yang dulu. Diharap aku dapatlah terus menulis dalam blog ni. Walaupun tidak dikunjungi tapi aku yakin masih ada yang lalu lalang dihadapan pondok buruk ini.

Selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga kita semua berada dalam keredaanNya. Semoga wabak COVID-19 ini cepat-cepat pergi dari mengacau hidup kita. Aminnn...

Salam sayang dari saya admin Siri Catitan Blues 2004 - 2020

1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~ :))

    ReplyDelete

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: