Showing posts with label catitan blues. Show all posts
Showing posts with label catitan blues. Show all posts

23 September, 2011

Abang baik lagi?

"Abang! Abang! Buka pintu!", suara budak-budak tu kedengaran dari luar. Aku kuatkan lagi volume lagu Purnama dari kumpulan Search. Biasalah, jiwa rock kapak. yea yeah!

"Abang! Buka la.. Pleasee.. Please.. Pleaseee.. " kesian pula aku dengar. Bertubi-tubi Please tu. Aku buka pintu pelan-pelan. Kelihatan dua orang budak perempuan tersengih di hadapan pintu. Budak kembar ni lagi. Aku buka pintu saja, tapi gril pintu masih terkunci.

"Kenapa dik?" soal ku.

"Disebabkan abang baik dengan kami, kami mau buat persembahan untuk abang.."

"Baik? Abang jahat la, manada baik. Pegi balik rumah. Nanti mummy daddy adik cari," kataku dengan nada agak garang menyuruh diorang pulang.

"Abang baik la. Kelmarin kan abang bagi kami kek sedap. Kami suka. Jadi sebagai balasan, hari ni kami mau bagi persembahan untuk abang." La.. Pasal itu pula. Diorang yang minta kueh raya. Memandangkan kueh raya yang aku tapau dari kampung dah abis oleh aku sendiri, gantila dengan potongan kek. Itu pun nak balas?

"Ish. Tak payah la dik. Balik la. Nanti daddy kamu datang marah kamu. Abang tak tau.."

"Mummy daddy kami tau juga kami jumpa abang." Hmm.. Keras kepala juga. Layan ja la. Karang tak pulang-pulang pula.

"Ok.. Persembahan apa yang adik mau buat?" sambil aku membuka pintu gril.

13 August, 2011

Apa gunanya berpuasa kalau...

Time sungkai, suaranya berbunyi begini, "Yeah! Akhirnya aku berjaya menahan lapar dah dahaga walaupun dugaan yang berat menimpa, aku tetap bertahan!"

Sebelum tu, sebelum tibanya azan maghrib, suaranya berbunyi begini, "Wow! Mana ada awek cun sini? Kalau mau tau mana ada awek cun, lihat kain-kain di jemuran. Kalau ada coli cantik, seluar dalam wanita cantik berjemur, di situlah ada awek cantik.."

Dialog selain itu, "Nah itu rumah, ada gadis cantik.. Yang rumah tu? Alamak.. Makcik makcik pula.. Sudah tua buat apa.. Orang mau lihat yang s*s* besar.."

Sesungguhnya dugaan dan cubaan dalam bulan ramadan ini memang berat. Bagi orang yang beriman sudah tentu tiada masalah dalam mengerjakan ibadah puasa. Bagaimana dengan orang yang berpuasa hanya untuk menunjukkan ketahanannya berlapar dan dahaga kepada orang lain, tetapi tidak beriman kepada Allah s.w.t.. Maksudnya sama seperti munafik. Yang berselindung diri sebenar di sebalik pengertian puasa. Orang yang jujur itu lebih baik dari orang yang munafik.. Renung-renungkan lag.. Selamat berpuasa... :-)

17 July, 2011

Senyum kambing pagi-pagi

Aku ingat aku terjaga semalam dekat jam 1:30am. Rupanya lepas makan aku tertidur. Mungkin sebab cuaca yang sejuk kerana hujan. Aku rasa selesa bila baring. Jadi terlelap. Aku betul-betul terlelap. Tidak sedarkan diri. Bunyi handphone pula seperti tersembunyi oleh bunyi hujan yang agak kuat. Aku tidak kemana-mana semalam. Selesai waktu kerja, terus balik rumah.

Dalam kepala masih terbayang-bayang kejadian petang. Kemalangan jalan raya yang mengorbankan seorang nyawa. Pembonceng motorsikal. Dan yang melanggar adalah lori. Aku tak sempat melihat lori jenis apa. Lori tu sudah dibawa ke balai polis. Yang aku lihat dalam kejadian itu hanya bangkai motor yang sudah bengkok, dan mayat terbaring di jalan raya dengan tertutup kain. Darah merah di atas kepala. Ada beberapa orang dekat situ sambil menangis. Mungkin ahli keluarganya.

Keadaan agak panas. Mayat itu masih terbaring di jalan raya yang hangat. Polis berkerut dahi melihat kiri kanan. Apa yang ditunggu? Kenapa lah biarkan mayat begitu lama terbaring di jalan raya yang panas. Tidak lama kemudian, datang sebuah van biasa menuju ke arah kami. Rupanya menunggu kenderaan untuk mengangkat mayat ini ke Hospital. Yang di tunggu kenderaan dari Balai Polis. Tetapi tak sampai-sampai. Van ni mungkin juga ahli keluarganya. Selesai semuanya kami balik. Dalam perjalanan balik, terlihat kenderaan Hospital kelam kabut bergerak ke arah tempat kemalangan. Baru nak sampai? Mayat dah sampai dulu di hospital, kenderaan hospital baru nak sampai tempat kejadian. Aku dengar cerita, pembonceng motorsikal itu tidak memakai helmet. Mungkin kalau pakai helmet, masih selamat. Paling tidak pun patah tulang. Tapi orang cakap, kalau ajal dah tiba, pakai selamat macamanam pun, tetap mati juga. Hmm.. Pengajaran...

Perut aku sakit sangat. Bukan mau buang air. Rasa macam usus-usus dalam perut terbelit-belit. Sakitnya bukan kepalang. Sekejap hilang sekejap timbul. Macam nak mati pun ada. Aku masuk tandas pun tak ada apa-apa yang selesa berlaku. Makin sakit. Aku baring balik. Sambil tu aku urut-urut sendiri perutku yang comel ni. Ada rasa lega sedikit. Mungkin masuk angin. Sekarang tengah panaskan air. Mungkin kena air panas ni baru lega.

12 July, 2011

Aku dan sesuatu...

Kenapa aku rasa begini? Kenapa mesti aku yang terima ini? Aku rindu zaman itu. Zaman dulu. Aku rindu ada di situ. Tetapi kenapa semakin hari semakin jauh aku tinggalkan. Semakin dekat dengan sesuatu yang aku takutkan. Sangat tidak selesa dalam keadaan begini. Kadang-kadang terfikir, mati itu lebih baik. Mungkin mati itu dapat memberi kepuasan kepada semua orang. Aku cukup tebalkan hati. Elakkan fikiran-fikiran negetif. Dari terjadi sesuatu yang daif. Yang memalukan. Tetapi aku rasa menulis blog seperti ini sudah cukup memalukan. Aku seolah-olah tiada maruah. Tiada harga diri. Lebih-lebih lagi kalau entri yang aku tulis itu berkisar tentang kebodohan aku. Nampak semua orang? Aku bodoh. Begitukah bunyi yang terbaik?

Ya. Mungkin mati itu dapat memberi kenikmatan yang puas pada seseorang. Lebih baik aku mati. Tetapi aku tidak akan bunuh diri. Cukup sedih kalau aku bunuh diri, melihat jasad sendiri yang ngeri. Aku tunggu seru ajalku. Sampai kapan pun. Itu lebih baik. Mati dalam kehendak-Nya. Lagipun masih banyak perkara yang patut aku betulkan di dunia ini. Perkara salah yang dicipta harus dibetulkan. Sebab itu lah aku rindu zaman itu. Zaman dimana aku seperti baru lahir ke dunia. Argghhh!!!!!

30 May, 2011

mengupdatekan blog

Wah! Lama tak update blog nih! Update ja yang tidak. Tapi menjenguk blog tu selalu juga. So, Thank you very much kepada penggunjung yang selalu menyibukan diri di blog ini dan kepada yang sering mewachakan diri di wachabox thanks bebanyak walaupun penuh iklan semata-mata. Hehehe..

Baru-baru ni aku ada balik kampung untuk menghadiri majlis kenduri 100 hari arwah ibu. Ibu yang selalu kami rindu, yang selalu kami sayang, yang selalu kami hormati telah kembali kepadaNya sejak bulan Februari lalu. Peristiwa malam Jumaat tidak dapat dilupakan. Itu lah saat-saat terkahir ibu menghembuskan nafasnya. Al-Fatihah untuk ibu tersayang. ~

Masa balik kampung tu, boleh dikatakan aku agak sibuk. Ketegangan hidup tidak pernah hilang dalam diri setiap manusia. Itulah sebab kita dikurniakan akal dan fikiran untuk mencari jalan lurus penyelasaian masalah. Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Yang penting hadapi dengan senyuman semua yang terjadi biar terjadi. He.. Lirik lagu ke ni? Mohon maaf juga pada kakak sebab tidak berkesempatan mengadakan tutorial adobe photoshop tu. Insyallah aku buat nanti secara online. Aku akan usahakan.

Peristiwa pulang mengejar masa. Aku trauma bila ingat semula. Tetapi ada juga rasa bangga dalam diri. Hahaha (ketawa bongkak). Bangga kerana berjaya mengejar masa yang singkat. Aku ingat lagi, dalam 58 KM jarak perjalanan, aku ambil masa kurang 20 minit. Korang rasa lambat ka cepat tu? Ntah lah. Tapi memang trauma dengan kesesakan lalulintas, kereta-kereta yang bergerak 20, 40 KM sejam, dan lori-lori panjang. Semua tu faktor-faktor melambatkan masa di jalan raya. Lain kali, aku akan memulakan perjalanan lebih awal kalau mahu pulang dari bercuti. KK ke Menumbok tu jauh juga kan.

22 March, 2011

"Abang Baik" atau "Cuci Lah"?

Semenjak dua menjak ni aku menjadi seorang yang malas nak cuci kereta. Kereta aku penuh dengan debu. Kalau dulu aku rajin cuci kereta sendiri. Tapi semenjak kami dilarang mencuci kenderaan sendiri ditempat kerja, kereta aku mula berdebu. Tebal juga. Kalau cuci kat car wash, rasa macam aku cuci sendiri lagi bersih. Buang ringgit saja. Tapi aku dah janji dengan kereta aku. Kalau da settel masalah aku pasal kereta ni, aku akan cuci bersih-bersih. Siap kasi wangi-wangi lagi.

Aku rindu sangat isteri aku. Dia pergi KL. Atas urusan penting. Tinggal aku sendiri di rumah. Pulang kerja, aku mula bingung nak masak apa. Paling senang pun masak mee segera. Lepas tu main game, tenggok tv, tidur. Begitukah rutin lelaki yang isterinya tak ada dirumah? Tapi aku rasa bagus lagi begitu daripada keluar melepak sana sini kalau isteri tak ada. Jaga rumah la katakan. Aktiviti yang kerap aku jalankan ialah main pc game. Masa main game ni la ada beberapa orang budak bermain-main di luar rumah. Aku suruh diorang main di bawah sebab menganggu konsentrasi aku melawan zombie-zombie ganas. Ada seorang budak ternampak laptop aku yang memaparkan imej zombie.

"Abang... Itu game zombie ya?"

"Iya. Kenapa?"

"Boleh pinjam?" Maksudnya mau main game la tu. Memandangkan aku nak buat kopi, aku suruh dia main dulu. Tidak disangka, yang turun tadi naik balik dan masuk beramai-ramai tenggok game zombie. Riuh satu rumah. Aku nak halau, kesian pula. Nanti diorang cakap dengan bapak diorang yang aku ni jiran yang sombong. takut kena cop jiran sombong, aku biarkan saja. Tapi sakit pula hati aku ni, sebab sampai ke petang. "Kompom ketagih ni. Esok-esok aku kunci saja pintu rumah dan buat-buat tidur," kataku dalam hati.

Keesokan harinya, seperti yang dijangka, pintu rumah aku diketuk-ketuk. Bunyinya seperti berpuluh tangan yang mengetuk diselang seli dengan suara manja memanggil abang..abang... Aku biarkan saja. Beberapa minit kemudian senyap. Aku bukan pintu untuk memastikan. Ternyata aku ditipu. Mereka bersembunyi di dalam pintu stor yang terletak bersebelahan pintu rumah. Celaka! Diorang main game lagi. Bila aku fikir balik, tak la juga sunyi sangat. Aku biarkan saja diorang layan game tu. Ada yang melukis di buku contengan aku. Aduh. Kenapalah mak bapak diorang biarkan anak diorang masuk-masuk rumah orang. Aku nak halau, kesian pula. Tapi bila isteri aku dapat tahu, abis aku kena toche. Siap bagi warning lagi. Iya lah. Siapa yang tak marah kalau dah sampai masuk rumah orang tanpa minta izin. Aku pun marah. Cuma aku ni jenis lain. Kalau marah, macam gunung berapi. Takut nanti budak-budak tu menangis pula.

Hari kemudiannya, aku tak buka pintu lagi. Walaupun masih ada ketuk-ketukan, aku biarkan saja. Beberapa kali budak-budak tu datang tapi aku buat tak tau saja. Pagi esoknya aku pergi kerja macam biasa. Terlalu awal aku tiba di tempat kerja. Aku merokok dulu. Debu-debu yang mulai menebal di badan kereta ku sapu-sapu. Hitam jari. Tiba-tiba ada tulisan di sebalik debu. Automatik aku terfikir mesti kerja budak-budak tu. Sebab jenis font type ni aku pernah nampak dibuku contengan yang diorang conteng. Budak-budak tu la yang tulis. Aku senyum sendiri. Sebab diorang tulis "ABANG BAIK". Terharu sebentar. Tapi diorang tulis ni sebab kereta aku kotor atau memang ikhlas? Mungkin diorang suruh aku cuci kereta. Sepatutnya tulis lah "CUCI LAH KERETA ANDA".

T.A.M.M.A.T

18 December, 2010

Aku rindukan bondaku..

Saat ini aku sangat rindukan bonda. Walau baru beberapa hari lalu aku balik kampung jumpa mereka, sekarang dah mula rindu. Mesej-mesej yang aku terima dari adik beradik ku membuat aku rasa rimas di sini. Aku mahu pulang. Pulang dan ada di sana bersama mereka.

Bila dengar suara bonda di telefon bimbit aku, ada basah di ruang mataku. Airmata rindu, kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya. Sungguh aku rindukan bonda. Sayangkan bonda. Aku mahu bonda sentiasa sihat seperti dahulu. Hanya doa yang dapat ku kirimkan saat ini.

Aku sentiasa berdoa kepadaNya untuk kesihatan bonda...

23 November, 2010

PBS, mau bayar ka?

Aku buka email aku, ada mesej dari PBS dengan mesej "PBS SASAR 300 AHLI SEUMUR HIDUP". Mulanya aku ingat aku ni terlibat dengan mana-mana persatuan parti politik. Aku bukan jenis suka berpolitik. Bukan juga jenis yang hidup di dunia sendiri. Ada la prinsip hidup gua.
Berbalik pada mesej tadi, aku ingatkan Parti Bersatu Sabah yang bagi mesej. Rupanya Persatuan Blogger Sabah punya mesej. Dan aku adalah salah satu dalam senarai 'ahli seumur hidup' PBS (nombor 95).


“Urusetia kini sudah dalam peringkat akhir untuk menjalankan pungutan yuran seumur hidup iaitu sebanyak RM10 sahaja selepas urusan pendaftaran dimuktamadkan. Selepas itu sesiapa sahaja yang ingin menyertai ‘Ahli Bersekutu’ perlu membayar yuran tu sebanyak RM50 sahaja,” ujar Mutalib lagi yang mengalu-alukan sebarang cadangan untuk proses pemilihan Majlis Tinggi PBS yang dijadualkan diadakan lebih awal.
 Ini salah satu catatan yang di copy dari artikel Sabahkini.Net. Adakah ini bermaksud nama-nama yang telah tersenarai dalam 'ahli seumur hidup PBS' selepas ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM 10 dan selepas tarikh 30 November 2010, sesiapa yang ingin mendaftar akan dikenakan bayaran sebanyak RM 50? Kalau maksud ini benar, aku mungkin akan hentikan akaun di Sabahkini.Net. Tak tahu pula ada caj yang dikenakan. Kalau betul la.. Bukan apa. Aku kabur-kabur (kurang jelas). Lagipun tiada apa-apa keistimewaan yang didapat. Sayanglah duit aku RM10. He.. (Jangan salah faham. Tiada niat negatif selain niat untuk positif diri sendiri) Aku juga kurang faham maksud 'merekrut' dalam artikel tu. Adakah kami akan direkrut seperti terpaksa menghadirkan diri di mana-mana tempat yang dicadangkan atau lain-lian? Bukan aku mahu protes apa-apa. Cuma aku kurang faham saja. Aku seorang yang bodoh sikit. He...

Apapun, yang aku faham mengenai PBS ni ialah sebuah laman web Persatuan Blogger Sabah yang ditubuhkan secara TRUST. Trust?... Tapi aku tak nampak apa objektif dan motif ia ditubuhkan. Ada sesiapa boleh beri penjelasan kepada orang yang tidak tahu?

(S.P.M bermula esok. Kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut, aku ucapkan semoga berjaya mendapat keputusan yang menaikkan semangat pelajar-pelajar lain, guru-guru dan seluruh masyarakat di Malaysia ini. Terutama pada adik aku Sofian (SMK Taun Gusi Kota Belud) dan adik ipar aku, Ajai (SMK Badin Tuaran). Selamat!)

18 November, 2010

Tulisan Terbalik

Aku baca surat khabar, New Sabah Times (18 November 2010) tadi. Buka halaman 16 bahagian WORLD, aku nampak ini:



Semua tulisan yang dicetak dalam halaman 16 ni TERBALIK? Kenapa boleh jadi macam ni? Ini surat khabar bertarkh 18 November 2010. Mulanya aku ingat ini halaman untuk bahasa Thailand ka, Myanmar ka, India ka.. Teliti betul2 memang terbalik la semua tulisan dia..Hehehe.. Tak percaya? Cuba lah tenggok.

02 October, 2010

Tahniah kawan!

Tahniah aku ucapkan kepada dua orang sahabat rapat aku sejak sekolah lagi. Mereka ni da jadi seorang bapak. Wah.. Naik pangkat la katakan.



Gambar atas ni adalah anak kepada Ahmed Fitri dan Masnirah. Tahniah geng!



Gambar atas ni pula adalah anak kepada Mohd. Faizal dan Faridah. Tahniah juga geng!

Dalam kami bertiga, diorang la yang kahwin dulu. Mula-mula Faizal. Kemudian Amed fitri pula. Aku yang last. Belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata lagi. He.. Tapi, walaupun begitu, akhir-akhir ini aku selalu sibuk mencari nama untuk anak aku. Nama biarlah yang baik dalam Islam. Insyallah.. Ada masa aku update lagi blog ni. Layan balik kerja aku buat presentation ni.

29 April, 2009

Hari ini di sebabkan kelmarin dan dulu...

Aku berfikir tentang kejadian hari itu. Memang hari ini ada kesannya. Tapi aku suka hari itu. Aku dapat sesuatu pada hari ini sebabkan hari itu. Hari itu membawa keindahan dalam ingatan hari ini. Hari itu memberi kenangan pada hari ini. Hari itu juga membawa pengajaran untuk hari ini dan seterusnya. Aku harap hari itu tetap ada untuk hari ini. dan hari ini tetap membawa ingatan pada hari itu.

p/s: untuk tny. Terima kasih sebab sudi datang cari aku di sini.