Sesuatu yang dicari masih dalam pencarian. Sebuah catitan biasa dari seorang hamba Allah yang menumpang di suatu sudut dunia.
23 September, 2011
Abang baik lagi?
"Abang! Buka la.. Pleasee.. Please.. Pleaseee.. " kesian pula aku dengar. Bertubi-tubi Please tu. Aku buka pintu pelan-pelan. Kelihatan dua orang budak perempuan tersengih di hadapan pintu. Budak kembar ni lagi. Aku buka pintu saja, tapi gril pintu masih terkunci.
"Kenapa dik?" soal ku.
"Disebabkan abang baik dengan kami, kami mau buat persembahan untuk abang.."
"Baik? Abang jahat la, manada baik. Pegi balik rumah. Nanti mummy daddy adik cari," kataku dengan nada agak garang menyuruh diorang pulang.
"Abang baik la. Kelmarin kan abang bagi kami kek sedap. Kami suka. Jadi sebagai balasan, hari ni kami mau bagi persembahan untuk abang." La.. Pasal itu pula. Diorang yang minta kueh raya. Memandangkan kueh raya yang aku tapau dari kampung dah abis oleh aku sendiri, gantila dengan potongan kek. Itu pun nak balas?
"Ish. Tak payah la dik. Balik la. Nanti daddy kamu datang marah kamu. Abang tak tau.."
"Mummy daddy kami tau juga kami jumpa abang." Hmm.. Keras kepala juga. Layan ja la. Karang tak pulang-pulang pula.
"Ok.. Persembahan apa yang adik mau buat?" sambil aku membuka pintu gril.
13 August, 2011
Apa gunanya berpuasa kalau...
11 August, 2011
Makcik Murtad sudah disingkap??
Nampaknya aku pun tidak ketinggalan berkongsi maklumat ni. Makcik Hajjah Sitt AlWuzara (http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/) yang selama ini kita tahu sebagai pejuang murtad online telah pun berjaya disingkap oleh pihak GaySec (http://www.gaysec.org/). Menurut sumber, makcik ini adalah seorang gadis bernama Nor Arlene Tan Binti Khalid, berumur 26 tahun, berbangsa Cina Melayu (mix) dan telah membuat beberapa entri menghina Islam dalam blognya. Benarkah pendedahan yang dibuat ini?23 November, 2010
PBS, mau bayar ka?
Berbalik pada mesej tadi, aku ingatkan Parti Bersatu Sabah yang bagi mesej. Rupanya Persatuan Blogger Sabah punya mesej. Dan aku adalah salah satu dalam senarai 'ahli seumur hidup' PBS (nombor 95).
“Urusetia kini sudah dalam peringkat akhir untuk menjalankan pungutan yuran seumur hidup iaitu sebanyak RM10 sahaja selepas urusan pendaftaran dimuktamadkan. Selepas itu sesiapa sahaja yang ingin menyertai ‘Ahli Bersekutu’ perlu membayar yuran tu sebanyak RM50 sahaja,” ujar Mutalib lagi yang mengalu-alukan sebarang cadangan untuk proses pemilihan Majlis Tinggi PBS yang dijadualkan diadakan lebih awal.Ini salah satu catatan yang di copy dari artikel Sabahkini.Net. Adakah ini bermaksud nama-nama yang telah tersenarai dalam 'ahli seumur hidup PBS' selepas ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM 10 dan selepas tarikh 30 November 2010, sesiapa yang ingin mendaftar akan dikenakan bayaran sebanyak RM 50? Kalau maksud ini benar, aku mungkin akan hentikan akaun di Sabahkini.Net. Tak tahu pula ada caj yang dikenakan. Kalau betul la.. Bukan apa. Aku kabur-kabur (kurang jelas). Lagipun tiada apa-apa keistimewaan yang didapat. Sayanglah duit aku RM10. He.. (Jangan salah faham. Tiada niat negatif selain niat untuk positif diri sendiri) Aku juga kurang faham maksud 'merekrut' dalam artikel tu. Adakah kami akan direkrut seperti terpaksa menghadirkan diri di mana-mana tempat yang dicadangkan atau lain-lian? Bukan aku mahu protes apa-apa. Cuma aku kurang faham saja. Aku seorang yang bodoh sikit. He...
Apapun, yang aku faham mengenai PBS ni ialah sebuah laman web Persatuan Blogger Sabah yang ditubuhkan secara TRUST. Trust?... Tapi aku tak nampak apa objektif dan motif ia ditubuhkan. Ada sesiapa boleh beri penjelasan kepada orang yang tidak tahu?
(S.P.M bermula esok. Kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut, aku ucapkan semoga berjaya mendapat keputusan yang menaikkan semangat pelajar-pelajar lain, guru-guru dan seluruh masyarakat di Malaysia ini. Terutama pada adik aku Sofian (SMK Taun Gusi Kota Belud) dan adik ipar aku, Ajai (SMK Badin Tuaran). Selamat!)
18 November, 2010
Tulisan Terbalik
Semua tulisan yang dicetak dalam halaman 16 ni TERBALIK? Kenapa boleh jadi macam ni? Ini surat khabar bertarkh 18 November 2010. Mulanya aku ingat ini halaman untuk bahasa Thailand ka, Myanmar ka, India ka.. Teliti betul2 memang terbalik la semua tulisan dia..Hehehe.. Tak percaya? Cuba lah tenggok.
31 October, 2010
Borak borak artis melayu
"Engkau tau tak, kenapa S. Shamsudin tidak mendapat gelaran Datuk?"
"Entah. Tak tau pulak.."
"Sebab beliau lahir di Singapura, bukan Malaysia.."
"Oo..Begitu ka.."
"Begitu lah yang aku tau.."
"Habis, Shahrukh Khan pula? Lahir di mana?"
"Di India la.."
"Bukankah dia ada mendapat gelaran Datuk di Melaka pada tahun 2001? Dia bukan lahir di Malaysia, tapi mendapat gelaran Datuk di Malaysia. Sumbangan Pelakon pelawak veteren S. Shamsudin di Malaysia kita dapat lihat. Tapi pelakon India ni?"
"Entah la.. Kau tanya la diorang. Mana aku tau.."
http://www.sinemamalaysia.com.my/artist/info/?id=Shamsudin_Bin_Dali_3554
30 September, 2010
sibuk bercampur tertekan
Kalau dari segi pengetahuan, memang aku terer..sikit ja..pasal nak buat presentation ni. Masaalahnya aku tak terer dalam menguruskan semua segala urusan untuk membuat presentation. Boleh memang boleh. Tapi mengambil masa yang terlalu lama. Dateline yang diberi pun kurang-kurang hari ja. Aku boleh buat, kalau ada semua data-data, maklumat, gambar-gambar yang mahu dimasukkan ke dalam presentation. Tapi bila aku cari data semua tu, tiada. Tiada yang memberi. Aku rasa tak payah aku minta. Sudah tahu tugas aku edit presentation guna microsoft power point, bagi saja la data-data yang mahu dimasukkan. Ini mahu tunggu aku juga ka yang minta? Tak payah tunggu. Sendiri mau ingat. Gara-gara mereka kurang bagi kerjasama, aku kena tegur oleh penegur-penegur yang bijaksana terlampau.
Sekarang hidup aku tergagu dengan masalah membuat presentation ni. Aku suka design-design ni. Tapi aku ada cara yang aku suka. Fikirlah sendiri. Bukan mahu senang. Memang tugas aku tidak lebih dari membuat presentation. Jadi, bagi aku semua data-data yang mahu diedit. Aku buat sebelum dateline. Sebab aku malas nak campur masalah kerja ni dengan masalah-masalah yang ada dalam kepala otak aku ni.
31 August, 2010
Adeh facebook
Facebook adalah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel, boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Christ Hughes. Pada mulanya, ahli-ahli Facebook hanya terhad pada penuntut Harvard, tetapi kemudian diperluaskan kepada kolej-kolej lain di Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu Facebook telah berkembang untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi dan akhirnya sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini Facebook dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.
Itu adalah serba sedikit fakta mengenai Facebook yang dipetik dari wikipedia.org (http://ms.wikipedia.org/wiki/Facebook). Ada lebih 400 juta pengguna tapak web ini di seluruh dunia yang telah aktif dan menjadikan Facebook salah satu alternatif baik untuk mengutarakan rasa hati, perasaan, kemarahan, percintaan, bisnes, pendidikan, karya, kerja, dan sebagainya. Ada juga yang menjadikan web ini salah satu tempat peperangan. Contohnya yang saya dapat tahu, adik-beradik bergaduh (perang mulut atau perang ayat) yang mencatatkan ketidak puas hati mereka sehingga menyebabkan perbalahan antara hubungan itu. Cakap itu ini. Maki, kutuk, hina, sindir dan macam-macam lagi ayat kotor, kurang ajar, yang digunakan sehingga mendapat perhatian orang ramai di seluruh dunia. Tidak kah ini menjadikan satu keburukan? Bagaimana pula dengan suami isteri? Tidak mustahil perceraian berlaku hanya disebabkan Facebook. Bukankah itu buruk?
Saya mencatat ini bukanlah bertujuan untuk memburuk-burukkan tapak web sosial tersebut. Sebenarnya apa yang terjadi buruk itu adalah dari pengguna sendiri. Yang tidak berfikir dengan baik. Mereka memaki hamun, mengutuk atau menghina sesama sendiri. Dan semua itu di saksikan oleh berjuta manusia di dunia. Kenapa mahu mengaibkan diri sendiri, keluarga, teman atau orang lain? Sebaiknya jadikan laman web sosial itu satu tempat dimana kita boleh berkongsi sesuatu yang baik. Yang boleh mendatangkan faedah.
09 August, 2010
Ini baru tiada otak!
04 June, 2010
bahaya pengunaan telefon bimbit
Di sebabkan bunyinya penting aku pos di sini sebagai simpanan aku dan juga untuk informasi korang.
Kajian seorang neurosurgeon Profesor Dr. Vini Gautam Khurana dari US membuktikan penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun boleh menggandakan kemungkinan mengidap kanser otak. Beliau yang pernah memenangi 14 anugerah dan menerbitkan lebih 36 kertas kerja sains telah melaksanakan kajian selama 15 bulan untuk mencari kaitan antara penggunaan telefon bimbit dan ketumbuhan otak.
Walaupun sebelum ini pelbagai kajian telah dibuat oleh saintis di merata pelosok dunia, bezanya dengan kajian Profesor Khurana ialah beliau mengambil sampel dari kalangan pengguna tegar telefon bimbit sejak 10 tahun lalu kerana beliau mendapati sel kanser mengambil masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk terbentuk.
Kata beliau, rokok membunuh 5 juta orang setiap tahun dan pengguna telefon bimbit pula lebih kurang 3 billion dan semakin bertambah. Ini membuktikan telefon bimbit bakal menjadi ‘agen pembunuh’ yang lebih hebat dari rokok beberapa tahun akan datang. Malah penggunaan telefon bimbit dikalangan anak-anak kecil lebih merbahaya kerana mereka lebih terkesan dengan radiasi berbanding orang dewasa.
Justeru itu, CAP telah menggesa kerajaan menwar-warkan kajian Profesor Khurana supaya rakyat mengetahui bahaya telefon bimbit serta mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan speakerphone dengan jarak 20cm apabila bercakap.
Antara tips-tips yang boleh dikongsi adalah seperti berikut:
Look’s good but is it safe?
SAFETY TIPS: The following important points regarding mobile phone safety should be kept in mind:Laporan penuh kajian tersebut belum didapati di Brain-Surgery.us dan format PDFnya boleh dimuatturun dengan menggunakan link ini.
1. Bluetooth ear-piece devices are NOT safe. Microwaves generated by the mobile phone are wirelessly transferred and directly transmitted into the ear canal and surrounding head region via the coupled blue tooth device.
2. Wired ear-pieces are NOT safe unless they are specifically shielded against electromagnetic radiation. Wearing an ear-piece connected by a wire to a mobile phone in essence converts the user’s head into an antenna for the base-station.
3. Home-based cordless phones do not emit as much electromagnetic radiation as conventional mobile phones, however they are NOT to be regarded as being safe owing to the longer usage time (typically cheaper calling rates) associated with home-based calling plans. Using such phones for less time and on “speaker-phone” mode with the cordless phone held at least 20 cm from the head is a safer alternative to holding them close to the side of the head.
4. The desktop base stations associated with cordless phones emit a constant electromagnetic radiation plume of up to 3 metres in diameter, and so are best not kept close to the head for prolonged periods of time such as overnight.
5. “Walkie-talkies” are NOT safe. They emit very high levels of electromagnetic radiation, up to 50 times more than a mobile phone.
6. Keeping a mobile phone close to one’s head overnight is NOT safe. Even “at rest”, the mobile will regularly emit a pulsed microwave signal to its closest base station in order for the mobile phone’s position to be tracked in order to maintain its expected service.
7. A regular landline IS safe, in fact this remains one of the safest forms of electronic verbal communication.
8. Using the “speaker phone” option on a mobile phone, with the phone held at least 20 cm from the head is a safer alternative (inverse square law for radiation fall-off), however, this naturally compromises the privacy of the communication to some extent.
9. Using a mobile phone via hands-free car kit (where the car speakers and car microphone are used instead of the mobile phone being held to the side of the head) IS safe. Here, the car roof acts as the antenna, and the user’s head is at an acceptable distance from both the roof and the phone (inverse square law for radiation fall-off).
10. Children should NOT use mobile or cellular phones unless in an emergency. A child’s brain is structurally developing well into adolescence, has a greater relative water content and lower volume compared with an adult’s brain, and subject to more “plasticity” (structural and functional reprogramming) at a microscopic level. It is logical to expect that exposing a child’s brain to cell phone radiation is likely to cause cellular damage that, in due course, may lead to brain cancer.
Berita ini dipetik dari The Star

