07 February, 2009

Bercuti dan Balik kampung!







Sedikit sebanyak gambar-gambar masa aku sedang bercuti. Balik kampung la beb! Aku sangat rindukan kampung halaman dan keluargaku..

“Apa khabar orang kampung, lama sudah tak berjumpa, minta-minta semuanya didalam sihat sejahtera..” atau pun.. “Balik kampung.. Wowowo! Balik kampung, hati girang!”

Baru-baru ni aku balik kampung. Bercuti. Memang syiok dapat balik kampung. Aku memang rindu sangat suasana kampung. Rindu dengan mak,abah. Dengan adik-adik. Anak-anak buah. Adik beradik semua lah. Akhirnya dapat juga berjumpa mereka. Maklumlah. Dalam adik-beradik, cuma aku seorang saja yang di perantauan. Kekadang sedih juga hidup jauh dari keluarga ni. Tapi sebagai seorang manusia, kita mesti ada berdikari. Hehe.

Suasana kampung sangat aman damai. Bila waktu senja, memang indah pemandangan. Begitu juga waktu matahari mula terbit. Kebetulan lagi pemandangan gunung Kinabalu terpacak betul-betul di hadapan rumah. Aku sempat ambil gambar waktu pagi. Dingin. Mahu mandi pun malas. Sebab sejuk. Hahaha. Air dari bawah tanah. Bukan perigi. Tapi enjin pam air yang sedut air dari tanah tu la buat mandi, basuh kain dan lain-lain. Airnya bersih. Sebab kalau tidak bersih, sudah lama ada yang diserang macam-macam penyakit. Aku tenggok orang-orang kampung kuat-kuat, sesuai dengan keadaan mereka. Kalau cerita pasal makanan, memang aku la yang paling seronok. Lama tak makan masakan mak. Aku rindu sangat sambal mambangan, ikan yu masam kunyit, ikan masin masak lada putih. Pergh! Memang fevret aku la.

Aku pernah ada kisah di kampung ni dengan sepupu sendiri. Masa tu aku masih belajar lagi. Sekarang dia dah kahwin. Sudah mempunyai anak pun. Aku pun tidak kisah sebab masa dulu-dulu tu pemikiran masih belum matang. Apa saja yang best, best la. Sekarang ni baru dapat fikir, yang mana best yang mana tak best. Tapi semua yang berlalu tu ada yang indah ada yang tidak. Namun yang indah itu selalu dalam kenangan.

Seminggu di sini rasanya tidak puas menikmati suasana kampung bersama keluarga. Aku punya tugas di tempat lain. Walau pun aku tidak bertugas di tempat sendiri dan berbakti di tempat lain, namun aku rasa bangga menjadi diri aku kerana di mana-mana pun asalakan kita di Negara kita sendiri, itu sudah berbaloi.

Aku dengar suara mengaji di atas. Mungkin radio. Tapi ia menyedarkan aku sesuatu.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: