monologblues #1 AKU DENGAR MONOLOG INI
23/1/2009 6:40 PM
"Aku faham siapa aku. Aku tau apa yang kau rasa bila bersama aku. Tapi aku selalu menyembunyikan dengan apa yang aku rasa, dengan apa yang aku tahu. Cuma satu yang aku tidak dapat sembunyikan, tidak bisa kehilangan kau. Tapi aku selalu merasa itu adalah lebih baik. Setiap kali kita bergaduh dengan perkara-perkara kecil sehingga menjadi satu perkara yang besar, aku kerap mendengar kenyataan tentang aku pada diri kau.walaupun kenyataan itu begitu menyebabkan aku mendonggak langit yang tinggi aku terima seadanya. Mungkin kau tidak sedar dengan apa yang kau luahkan. Mungkin juga hanya luahan biasa pada diri kau. Tapi hakikatnya aku yang merasakannya. Nama itu. Aku mungkin lupa nama itu kalau-kalau kau pernah menyebut dahulu. Tapi aku rasa nama itu mengganggu hubungan aku dengan kau."
Dia menyandar di kereta sambil menyalakan api untuk membakar rokok.
"Aku tahu kenapa kau begitu selalu berani melafazkan perpisahan. Aku tahu kenapa kau begitu tidak mengambil peduli dengan waktu yang aku selalu berikan. Sebab ada seseorang yang kau simpan di satu sudut hati kau supaya kau tidak kecewa atau patah hati bila terlanjur kata kita berpisah atau kau bosan dengan aku atau kau sememangnya nampak yang aku hanya ada yang aku ada. Tidak seperti mereka yang ada sejuta apa-apa untuk kau. Yang mampu memberikan apa sahaja kehendak kau. Kalau bukit yang kau pinta, maka mereka akan berikan kau bukit itu. Kalau gunung yang kau pinta, maka gununglah yang mereka berikan untuk kau. Tapi aku, hanya dapat memberikan kau sekuntum bunga yang tumbuh di bawah bukit atau gunung. Yang tumbuh tidak berwangi. Yang tumbuh di pasir yang kering kontang. Yang akhirnya layu tanpa air hujan."
Menghembuskan asap rokok beberapa kali.
"Aku tahu kau kecewa. Siapalah aku di mata kau. Yang selalu bermasalah dengan dunia sendiri. Yang selalu sakit hati melainkan menyakitkan hati orang. Kadang-kadang aku fikir hidup hanya menyusahkan diri sendiri, kau dan orang lain."
Membuang puntung rokok kemudian masuk ke dalam kereta.
" Mungkin apa yang aku pernah fikirkan dulu lebih baik aku laksanakan walaupun jauh di sudut hati aku masih perlukan kau. Biarlah aku pergi membawa sesuatu yang sakit dan pedih. Asalkan meninggalkan kesan yang bahagia dan gembira dengan kau, sudahlah. Pernah aku katakan, apa yang penting kau bahagia."
"Aku harap kau bahagia dengan pilihan kau..."
Menghidupkan enjin kereta lalu beredar dari situ.
ni monolog ngan rokok ke? dalam betul makna ayat2 blues ni.
ReplyDeleteha..ni la namanya monolog rokok dan kereta.
ReplyDelete