Semalam aku baca surat yang ditaip di laman sosial facebook oleh orang yang selalu membantu aku ketika dalam kesusahan iaitu kakak aku. Surat itu telah menyentuh sanubariku. Sehingga aku tertitis airmata dipipi tetapi terasa meraung raung di dalam hati. Sememangnya kami adik beradik selalu merindukan arwah mama sejak mama pergi pada bulan februari 2011 hingga la ke hari ini. Mama meninggalkan kenangan yang terlalu banyak dan indah. Pengorbanan yang tinggi mulianya sehingga tidak terbalas oleh anak-anaknya ini. Kini kami, anak-anak mak hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar roh mama dicucuri rahmatNya. Al-Fatihah buat mama. Kak Long. Izinkan adikmu ini menyematkan surat rindu itu dalam blog ini. Buat tatapan adikmu di hari-hari akan datang.
Judul: Surat Rindu Buat Mak
"Mak..terlalu rindu rasanya hati ini...
Judul: Surat Rindu Buat Mak
"Mak..terlalu rindu rasanya hati ini...
Sudah hampir setahun, tanpa dirasai, mak tinggalkan kami
Rasanya baru semalam ,mak peluk along, waktu adik kahwin
Sejuk,tenang & damai berada dalam pelukan mak
Rupanya itu terakhir kali mak peluk anak mak yg nakal ini
Mak, ingat lagi tak, masa remaja along suka nyanyi dalam dapur
Sebab kat dapur kita tu ada echo, suara along jadi sedap kan mak
Mak kata, jangan nyanyi long…nanti kahwin cina tua
Dan waktu along kahwin dengan suami tercinta
Mak kata lagi, kan…mak dah kata, jangan nyanyi kat dapur
Kan dah kahwin cina tapi bukan cina tua hehehe kelakar ingat gurauan mak tu
Mak, 5 Dis 2010, mak dikejarkan ke hospital
Waktu itu mak sudah mula sakit
Tapi along ingat lagi, sebulan sebelum itu
Mak pesan pada adik, minta along masakkan sup ayam
Padahal anak mak ini, bukanlah pandai masakpun
Along pelik, pertama kali mak minta begitu
Rupanya itulah yang terakhir along masakkan sup ayam utk mak
Mak..semakin hari mak semakin tak bermaya
Along rindu senda gurau mak, rindu masakan mak
Walau cuma telur goreng mata lembu
Tapi nikmatnya masakan itu hanya Allah swt yg tahu
Along pesan pada mak, cepat sembuh, along rindu macam dulu
Mak senyum, dan kata mak..mak pasti sembuh
Rupanya mak tipu along, sebab mak tak mau along sedih kan
Mak, mak ingat lagi tak, mak kata pada doctor
Mak nak bangun, berdiri dan berjalan semula mcm dulu
Mak kata mak dah penat baring hari-hari macam tu
Along sedih dengar mak cakap macam tu
Along paling muka, along nangis
Rupanya, Allah ingin pisahkan kita buat selama-lamanya
Mak, petang itu abah call dan suruh along balik cepat
Adik-adik pun ada di sisi mak waktu itu
Semua bacakan AlQUran di sisi mak
Along pandang wajah mak, along bisikkan ke telinga mak
"mak buka la mata, along ada bawakan ribena..
mak suka ribena kan.." tapi mak tetap kaku
Cuma airmata mak berlinangan di pipi
Along tahu mak dengar apa yang along cakapkan
selama mak sakit mak selalu minta kami buatkan ribena
Rupanya itu lah yang terakhir along belikan mak ribena
Mak, sejak petang itu..mak asyik pejam mata, seperti tidur
Along dakap mak, dan bisikkan…dua kalimah syahadat di telinga mak
Andai memang itu janjiNYA, along redha mak
Malam itu juga, ustaz datang
Kami bacakan AlQUran di sisi mak
Ustaz cakap waktu mak semakin suntuk
Tapi mak tetap tenang, tak mcm org yg sedang sakit
Padahal, waktu itu mak sedang menuju ke alam kematian
Rupanya mak tinggal kan kami semua buat selama-lamanya, malam itu juga
Malam Jumaat, 10/02/11, jam 8:20 malam, di rumah along
Malam tu juga kami bawa mak balik ke kampung
Mak ingat lagi tak, pagi Jumaat tu, waktu mak dimandikan
Anak-anak mak ini yang pangku mak kan
Mesti mak dapat rasa, betapa lembutnya kami memangku mak
Selesai dimandikan, kami semua mencium dahi mak
Sejuk, wangi & lembut sangat dahi mak…mak
Masa tu lajunya airmata ni mengalir
Tapi along & adik2 kawal agar tak menitik atas mak
Sebelum muka mak ditutup buat selama-lamanya
Kita semua duduk di sisi mak
Orang semua kata, wajah mak seolah-olah senyum aja
Rupanya itu yang terakhir kami menatap wajah mak
Jam 12 tengahari, mak dibawa keluar dari rumah
Along ikut sampai ke kubur
Mak mesti ingat lagi, kawan2 along pun ada datang ziarah mak
Untuk kali terakhir
Masa mak diturunkan ke liang lahad, azan zohor Jumaat berkumandang
Mak tentu ingat lagi kan…
Adik-adik yang sambut mak dan baringkan mak di situ
Along tak tahan, airmata semakin deras
Tapi along lihat abah, tenang membacakan AlQuran
Rupanya abah cukup tabah dari along
Mak, kadang-kadang along rasa rindu nak call mak
Along rasa nak cakap dengan mak
Anak mak ini yang tak betul kah?
Dan akhirnya, along telefon abah
Abah kata, banyakkan bersabar, sedekahkan AlFatihah
Tapi pastu, abah pula yang nangis mak
Along panggil nama mak, along terlupa yang along dah hilang mak
Along cuba bertahan, pujuk hati sendiri tapi ingatan ini pada mak tetap tak hilang
Boleh katakan, setiap selesai solat maghrib, along nangis ingat mak
Hari2 yang kita lalui tanpa kewujudan mak lagi
Mak tahu tak, along rindu sangat
Begitu terasa sunyi, pedih sehingga menghiris ke hulu hati ini
Rasanya ngilu sangat mak
Oh ya mak, along simpan gambar2 mak dalam handbag along
Bila along buka gambar2 tu, along terus nangis
Semakin along tenung, semakin sayu, sakit pedih rasanya
Takpa lah mak, setiap pagi, setiap selesai solat & sebelum tidur…
Along sedekahkan doa & AlFatihah untuk mak, mak tunggu ya
Mak, cukup setakat ini dulu, surat rindu along buat mak
Along tak tau nak kirim ke mana
Jadi biarlah ianya menjadi kenangan di sini
Menjadi bacaan adik-adik along
Semoga roh mak tenang di sana
Akhir kata dari along, I love you so much mak…
Jasa dan pengorbanan mak melahirkan, membesarkan
Menyayangi & menjaga kita dari kita kecil sampailah kita dewasa
Sampailah along berkahwin & punya anak2 yang comel ini
Takkan terbalas sampai bila-bila
Mak jangan risau, along akan jaga abah & adik-adik
Sekian, salam rindu teramat sangat…daripada anak mak, along"
p/s: Terbongkar sikap aku selalu termenung dan mengacau isteri memasak di dapur. Itu mungkin kerana rindu dengan mak. Sewaktu mama masih hidup, ketika memasak didapur, aku selalu datang mengacau. Lebih-lebih lagi ketika membuat kueh raya.. Insyallah aku akan menulis surat rindu buat mama nanti di blog ini.
No comments:
Post a Comment
Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: