18 November, 2011

Luahan di tengah malam

Aku merindukan seseorang
Orang yang selalu dekat dengan ku
Orang yang selalu memeluk aku ketika pilu
Ketawa menangis bersama
Semata-mata mahu menutup kedukaan hidup
Orang yang tidak mahu melihat aku lemah
Yang mahu aku terus berdiri
Yang membantu aku mencari
Apa yang ada dalam diri
Ya,
Diri ini terlalu lemah tanpa orang itu
Diri ini akan mati tanpa orang itu
Orang itu begitu bermakna
Orang itu adalah nyawaku
Adalah hidupku
Tanggungjawabku
Keindahanku
Nafasku
Dan sekali lagi aku luahkan
Aku sangat merindukan
Isteriku

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: