Perasaan pertama yang sentiasa diingati, sewaktu menziarahi tanah kubur arwah ibu tersayang. Itu lah kekurangan hari raya tahun 2011. Tanpa ibu tersayang. Kali pertama kami adik beradik beraya tanpanya. Memang sedih pilu dalam hati. Walaupun muka nampak tenang, tetapi dalam dada hanya Tuhan yang tahu. Bukan itu sahaja, adik yang seorang lagi tidak dapat balik bercuti raya. Namun begitu, hari mulia tetap diraikan dengan secukupnya. Cuma tak sama lagi keadaan seperti dulu. Banyak sangat yang berbeza. Lebih-lebih lagi i'am not single sejak tahun lalu. Teman-teman ku yang selalu menjadi penghibur dikala bosan pun sudah menjadi bapa budak. Masing-masing dengan kesibukan sendiri.
Apa pun yang kurang di hari raya tahun ni, jangan la kita bersedih. Yang pergi, tetap pergi. Yang tak dapat pulang beraya, tahun depan ada lagi. Pendek kata, jadikan lah kekurang pada tahun ini untuk mencipta sesuatu kelebihan pada masa akan datang. Jangan simpan selalu kesedihan. Sebab satu hari nanti, orang akan bersedih untuk kita.
aku lbh merindui bulan puasa berbanding hari raya..selamat hari raya aidilfitri bt gnela dan isteri..klu tahun ni berdua, mudah-mudahan tahun depan bertiga.. :)
ReplyDelete