24 January, 2010

Ada Yang Masih Ada #3

"Oh my hero..."
Jul 5, '04 9:38 PM
for everyone

"...Kita silap menyanjung "wira". kita sanjung orang yang tiada sifat kewiraan. Siapa "wira" sebenarnya? Dalam novel, dlm filem, kita lihat wira itu orang yg menentang kezaliman atau menyelamatkan org dlm kesusahan. tapi kita sanjung org yg mendaki gunung dan berlayar di laut sebagai wira. mana sifat wiranya? kezaliman apa yang dia tentang? orang susah mana yg dia bantu?..." (petikan matjan, wira tak didendang, 30 june 2004)
Tindakan pantas sekumpulan 10 remaja berjaya menghalang api daripada merebak di tingkat dua rumah pangsa Tanjung Aru, dekat sini, pada Isnin. Remaja-remaja itu, sebahagiannya berada di sebuah kedai di blok yang lain, bertindak segera apabila melihat asap berkepul-kepul dari salah sebuah bilik tidur di rumah pangsa di Blok B1, pada pukul 3.00 petang. (petikan Harian Expres, Selasa, 6hb Julai 2004)
Cerita aku:
Aku dan rakan-rakan seronok bermain gitar di atas bumbung banggunan berek polis. Tiba-tiba kami terhidu bau seperti wayar elektrik terbakar. Dah mula nampak asap dari rumah kosong tingkat empat bangunan itu. Cepat-cepat kami turun dan berlari ke rumah kosong tersebut.
Memang ada kebakaran! pelajar-pelajar yang berada di sekolah Saint John yang terletak di sebelah banggunan berek polis sudah mula bising pasal kebakaran itu. Mungkin sebab panik. Aku dan rakan-rakan terus membuka baju dan merendamkannya ke dalam air. Walaupun kami dalam 'kepanikan', kami masuk ke dalam rumah itu dan cuba memandamkan api yang membakar sebuah almari yang agak besar dengan 'baju basah' tadi. 60 peratus api yang membakar pada waktu itu berjaya dipadamkan oleh aku dan rakan-rakan yang lain.
Tidak lama kemudian beberapa orang anggota polis yang menyedari kebakaran itu bergegas ke tempat kejadian dan membantu kami memadamkan api. Beberapa minit kemudian pula, bomba datang untuk menamatkan kejadian yang tak diingini. Syukur hanya separuh bahagian rumah itu sahaja yang terbakar.
Kemudian kami dan beberapa orang lagi disoal siasat. Kata seorang budak yang juga penghuni bangunan itu, sewaktu dia bermain-main di tingkat bawah, dia ternampak beberapa orang lelaki berpakaian seragam sekolah turun dari tingkat atas. Nasib kami dah tamat sekolah. Apa yang aku dapat? Nasihat dari seorang anggota polis, "Jangan bermain di atas bangunan. Jangan pandai-pandai jadi 'hero'. Menyusahkan diri sendiri saja..." (kenangan aku di berek polis)
Soalan aku:
1) Melalui cerita aku tadi, adakah aku dan rakan-rakanku boleh dikatakan sebagai "wira"? Sila beri kenyataan bagi menyokong jawapan anda.
2) Patutkah anggota polis tersebut memberi nasihat sedemikian walaupun mengetahui baju-baju kami telah menjadi kenang-kenangan?
3) Betul ke jadi 'hero'/wira ni menyusahkan diri sendiri?

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: