26 November, 2006

"aku seorang potograp?"

Awal pagi aku curi-curi guna telefon rumah kak long. Sms 'dia' la yang paksa aku. Kalau tak terbaca sms dia macam tu, tidak lah juga badan aku ni bergerak dan kaki aku berjalan dan berdiri terpacak di hadapan telefon rumah ni. Aku macam pencuri betul waktu tu. (Memang pun. Pencuri panggilan.)

Sebaik saja 'dia' sambut panggilan, aku terus cakap apa yang aku mau cakap. Tak sia-sia aku cakap apa yang aku mau cakap sebab aku telah mendapat gelaran seekor langau. (langau tu sejenis serangga yang macam nyamuk atau lalat, suka datang tetiba untuk mengacau atau menyibuk). Aku terasa hati juga bila di katakan macam tu. Pendek kata bukan setakat langau saja jadi mangsa. Banyak lagi ayat yang panaz telinga. Tapi aku sabar saja. Terus 'dia' matikan panggilan.

Tak lama tu aku call lagi. Aku nak bercakap tapi mulut macam terkunci dengar cakapan dia. Aku diam saja mendengar, bersabar, menerima. (time ni aku dah sedih dah) terus panggilan dimatikan. 'Dia' matikan panggilan aku, aku matikan line handphone aku. Kamu rasa apa sebab aku buat begitu? Merajuk? Hoho.. Sebabnya dia tak ingin diganggu lagi.

Dah tiba malamnya pula. Hati aku gatal nak ONkan handphone. Bila aku dah ON, 1 sms sampai. Penat mungkin sms tu mencari aku waktu hari siang tapi gagal dikesan. Dah malam gelap baru dia sampai. 'Dia' tanya aku pasal potograp(fotograph). Kemudian 'dia' suruh aku call. Kak long jadi mangsa. Dengan muka 5sen, aku pinjam handphone dia. Aku call lah. Ingatkan dapatlah jiwang-jiwang. Aku kena lagi. Pasal tak comferm dengan dia adakah aku dan kawan aku jadi potograpi atau cancel. Aduh! Lemah dan lemas aku.

Cerita sebenar, aku dah comfermkan dengan 'dia'. Tapi aku tak jadi pergi sebab perbicaraan aku dengan 'dia' awal pagi tu. 'Dia' ada kata tak mahu tenggok muka aku. Dah macam tu, takkan aku nak pergi juga menyibuk kat rumah dia ambil gambar sana sini, pengantin, orang-orang dan lain-lain. Nanti tak pasal-pasal aku dengan-dengan kamera tu kena terajang sampai masuk lopak. Fuh! Dasyat....


p/s: Aku selalu serius walau orang bergurau dengan aku. Ada waktu, keadaan dan situasi yang sesuai untuk bergurau dan ada cara yang betul. Mungkin kalau kemarahan diselitkan dengan ketawa kecil, aku boleh terima sebagai gurauan.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: