✍ Siri Catitan Blues
Sesuatu yang dicari masih dalam pencarian. Sebuah catitan biasa dari seorang hamba Allah yang menumpang di suatu sudut dunia.
01 April, 2023
Ramadhan 2023
04 May, 2020
Aku dan Siri Catitan Blues
Sekarang sudah hari ke 11 dalam bulan Ramadhan. Seperti biasa, walaupun kita selalu dengar syaitan itu diikat dalam bulan puasa, di bulan ini jugalah kita dapat tahu dan sedar bahawa diri kita itu sama atau tidak dengan perangai syaitan. Hahaha.
Ada satu catatan aku pada tarikh 17 Julai 2011 (baca sini) bertajuk "Senyum Kambing Pagi-Pagi". Catatan ini; "Perut aku sakit sangat. Bukan mau buang air. Rasa macam usus-usus dalam perut terbelit-belit. Sakitnya bukan kepalang. Sekejap hilang sekejap timbul. Macam nak mati pun ada. Aku masuk tandas pun tak ada apa-apa yang selesa berlaku. Makin sakit. Aku baring balik. Sambil tu aku urut-urut sendiri perutku yang comel ni. Ada rasa lega sedikit. Mungkin masuk angin. Sekarang tengah panaskan air. Mungkin kena air panas ni baru lega." Sebenarnya memang sakit yang pelik aku rasa waktu tu. Pertama kali dalam hidup sakit seperti itu. Rupanya sakit tu adalah penyakit yang aku senditi tidak tahu. Tetapi yang mengubat penyakit tu tahu dan dia tidak beritahu aku apa sebenarnya. Kemungkinan kalau aku tidak berjumpa dengan orang itu aku mungkin sudah tiada sekarang ni. Entah lah. Mungkin juga buatan orang. Mungkin juga kanser perut. Aku tidak mahu lagi sakit seperti itu datang. Apa yang penting perlu sihatkan badan kerana usia bukan ke belakang. Syukur pada Tuhan aku masih bernafas sekarang ni. Terima kasih kepada orang yang mengubati sakit aneh aku itu.
Mungkin sudah ramai yang melupai blog aku ini. Maklumlah sejak hidup berumah tangga ni, ada perkara yang penting harus diutamakan. Namun ada juga masa-masa akan datang secara tiba-tiba untuk mengulangi kebiasaan yang dulu. Diharap aku dapatlah terus menulis dalam blog ni. Walaupun tidak dikunjungi tapi aku yakin masih ada yang lalu lalang dihadapan pondok buruk ini.
Selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga kita semua berada dalam keredaanNya. Semoga wabak COVID-19 ini cepat-cepat pergi dari mengacau hidup kita. Aminnn...
Salam sayang dari saya admin Siri Catitan Blues 2004 - 2020
30 September, 2018
Feri oh jambatan
Semalam cadang mau ke seberang. Tapi kalau mau ke seberang (Labuan to Menumbuk) tanpa tiket memang waiting list la jawabnya. Aku tak syak la ramai yang waiting list sebab bukannya cuti awam pun. Tapi bila sampai di terminal feri, terkejut aku bila lebih dari 10 buah kereta berbaris untuk waiting list. Aku rasa aku yang ke sebelas kalau tak silap. Belum campur yang baru datang parking di belakang kereta aku lagi.
Ramai pula yang waiting list. Aku tak pasti tujuan mereka ke seberang. Urgent atau saja suka - suka. Kalau aku, iya memang urgentlah. Feri awal pagi dari labuan akan berlepas pada jam 6:00 am. Maksudnya kalau tak ada tiket, kena awal la datang untuk waiting list. Tapi apa yang terjadi? Satu pun tak ada yang lepas masuk feri. Penuh sangat kah? Sampai satu pun tak lepas ni. Kesian yang bawa anak bini diorang. Confirm saja dari awal subuh tadi berbaris di sini.
Okey. Feri jam 6 pagi sudah selamat berlayar ke seberang. Feri seterusnya jam 8:30 pagi. Tunggu punya tunggu pun sama juga cerita. Tak lepas. Ramai pula yang balik ke seberang ya. Aku pun tak sangka betul.
Masa - masa begini lah terfikir pasal jambatan. Kalaulah ada jambatan dari Labuan ke Menumbok betapa mudahnya bagi orang - orang yang last minute macam aku nih. Kenapalah jambatan susah sangat diwujudkan di Labuan ni. Feri ni terus terang aku cakap. Bagi aku lah. Sangat sangat sangat menyusahkan orang ramai. Aku rasa, kalau ada jambatan pun, feri, speedboat, feri express ni masih boleh cari makan lagi. Tak payah la keluarkan statement korang tak dapat cari makan kalau jambatan ada. Kalau memudahkan urusan orang lain, urusan kamu juga dipermudahkan. InshaAllah.