23 September, 2011

Abang baik lagi?

"Abang! Abang! Buka pintu!", suara budak-budak tu kedengaran dari luar. Aku kuatkan lagi volume lagu Purnama dari kumpulan Search. Biasalah, jiwa rock kapak. yea yeah!

"Abang! Buka la.. Pleasee.. Please.. Pleaseee.. " kesian pula aku dengar. Bertubi-tubi Please tu. Aku buka pintu pelan-pelan. Kelihatan dua orang budak perempuan tersengih di hadapan pintu. Budak kembar ni lagi. Aku buka pintu saja, tapi gril pintu masih terkunci.

"Kenapa dik?" soal ku.

"Disebabkan abang baik dengan kami, kami mau buat persembahan untuk abang.."

"Baik? Abang jahat la, manada baik. Pegi balik rumah. Nanti mummy daddy adik cari," kataku dengan nada agak garang menyuruh diorang pulang.

"Abang baik la. Kelmarin kan abang bagi kami kek sedap. Kami suka. Jadi sebagai balasan, hari ni kami mau bagi persembahan untuk abang." La.. Pasal itu pula. Diorang yang minta kueh raya. Memandangkan kueh raya yang aku tapau dari kampung dah abis oleh aku sendiri, gantila dengan potongan kek. Itu pun nak balas?

"Ish. Tak payah la dik. Balik la. Nanti daddy kamu datang marah kamu. Abang tak tau.."

"Mummy daddy kami tau juga kami jumpa abang." Hmm.. Keras kepala juga. Layan ja la. Karang tak pulang-pulang pula.

"Ok.. Persembahan apa yang adik mau buat?" sambil aku membuka pintu gril.

13 September, 2011

Masih ada kesempatan...

Baru keluar mood untuk menulis blog. Semenjak bulan puasa, dan terus bercuti Raya, blog jarang aku geledah. Walaupun sudah masuk 13hb 9 2011, masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini. Sekarang sudah masuk raya yang ke 15 hari. Semakin jauh hari raya ini kelihatan. Namun kisah di hari raya 2011 memang penuh dengan kemeriahan dan kasih sayang. Semoga raya tahun hadapan memberi lebih lagi nikmat dan sejahtera kepada semua.

Perasaan pertama yang sentiasa diingati, sewaktu menziarahi tanah kubur arwah ibu tersayang. Itu lah kekurangan hari raya tahun 2011. Tanpa ibu tersayang. Kali pertama kami adik beradik beraya tanpanya. Memang sedih pilu dalam hati. Walaupun muka nampak tenang, tetapi dalam dada hanya Tuhan yang tahu. Bukan itu sahaja, adik yang seorang lagi tidak dapat balik bercuti raya. Namun begitu, hari mulia tetap diraikan dengan secukupnya. Cuma tak sama lagi keadaan seperti dulu. Banyak sangat yang berbeza. Lebih-lebih lagi i'am not single sejak tahun lalu. Teman-teman ku yang selalu menjadi penghibur dikala bosan pun sudah menjadi bapa budak. Masing-masing dengan kesibukan sendiri.

Apa pun yang kurang di hari raya tahun ni, jangan la kita bersedih. Yang pergi, tetap pergi. Yang tak dapat pulang beraya, tahun depan ada lagi. Pendek kata, jadikan lah kekurang pada tahun ini untuk mencipta sesuatu kelebihan pada masa akan datang. Jangan simpan selalu kesedihan. Sebab satu hari nanti, orang akan bersedih untuk kita.