23 January, 2009

monologblues #1 AKU DENGAR MONOLOG INI

23/1/2009 6:40 PM

"Aku faham siapa aku. Aku tau apa yang kau rasa bila bersama aku. Tapi aku selalu menyembunyikan dengan apa yang aku rasa, dengan apa yang aku tahu. Cuma satu yang aku tidak dapat sembunyikan, tidak bisa kehilangan kau. Tapi aku selalu merasa itu adalah lebih baik. Setiap kali kita bergaduh dengan perkara-perkara kecil sehingga menjadi satu perkara yang besar, aku kerap mendengar kenyataan tentang aku pada diri kau.walaupun kenyataan itu begitu menyebabkan aku mendonggak langit yang tinggi aku terima seadanya. Mungkin kau tidak sedar dengan apa yang kau luahkan. Mungkin juga hanya luahan biasa pada diri kau. Tapi hakikatnya aku yang merasakannya. Nama itu. Aku mungkin lupa nama itu kalau-kalau kau pernah menyebut dahulu. Tapi aku rasa nama itu mengganggu hubungan aku dengan kau."

Dia menyandar di kereta sambil menyalakan api untuk membakar rokok.

"Aku tahu kenapa kau begitu selalu berani melafazkan perpisahan. Aku tahu kenapa kau begitu tidak mengambil peduli dengan waktu yang aku selalu berikan. Sebab ada seseorang yang kau simpan di satu sudut hati kau supaya kau tidak kecewa atau patah hati bila terlanjur kata kita berpisah atau kau bosan dengan aku atau kau sememangnya nampak yang aku hanya ada yang aku ada. Tidak seperti mereka yang ada sejuta apa-apa untuk kau. Yang mampu memberikan apa sahaja kehendak kau. Kalau bukit yang kau pinta, maka mereka akan berikan kau bukit itu. Kalau gunung yang kau pinta, maka gununglah yang mereka berikan untuk kau. Tapi aku, hanya dapat memberikan kau sekuntum bunga yang tumbuh di bawah bukit atau gunung. Yang tumbuh tidak berwangi. Yang tumbuh di pasir yang kering kontang. Yang akhirnya layu tanpa air hujan."

Menghembuskan asap rokok beberapa kali.

"Aku tahu kau kecewa. Siapalah aku di mata kau. Yang selalu bermasalah dengan dunia sendiri. Yang selalu sakit hati melainkan menyakitkan hati orang. Kadang-kadang aku fikir hidup hanya menyusahkan diri sendiri, kau dan orang lain."

Membuang puntung rokok kemudian masuk ke dalam kereta.

" Mungkin apa yang aku pernah fikirkan dulu lebih baik aku laksanakan walaupun jauh di sudut hati aku masih perlukan kau. Biarlah aku pergi membawa sesuatu yang sakit dan pedih. Asalkan meninggalkan kesan yang bahagia dan gembira dengan kau, sudahlah. Pernah aku katakan, apa yang penting kau bahagia."

"Aku harap kau bahagia dengan pilihan kau..."

Menghidupkan enjin kereta lalu beredar dari situ.

20 January, 2009

Fantasi yang melampau

Aku takut bila terbayangkan ini; Di satu malam yang dingin, aku tengah tidur di dalam bilik. Tiba-tiba sebahagian dari enjin kapal terbang terjatuh betul-betul di atas aku. Waduh! Ganas juga fantasi kau nih Anna. Sampai tak lena tidur aku. Adakah aku dah kena psikologi si Anna? Hehe.. Jangan marah. Aku bercanda.

Tapi apa yang engko cerita tu membuat aku terfikir juga tentag diri aku. Selalu terbayang yang bukan-bukan. Tidak mengira waktu apa. Tidur ka, memandu ka, makan ka, membeli ka, tenggok tv ka, kerja ka, ada saja kemungkinan yang melampau terbayang-bayang di fikiran.

Tapi yag aku suka, aku terbayang seorang puteri yang cantik datang tiba-tiba sewaktu aku tak dapat tidur. Dia temankan aku, dan kami buat macam-macam. BUAT MACAM-MACAM. Huh! Dah tahap melampau yang panas tu. Tapi kalau yang datang tu puteri bunian? Macamana? Kalau pula yang datang tu puteri jelmaan kuntilanak, macamana? Arggh! Tak payah lah terbayang-bayang lagi.

19 January, 2009

Catitan bosan #Maggie goreng, kopi pekat dan biskut

Subuh-subuh lagi dah ada orang call aku. Sembang-sembang pasal kejahatan manusia di bumi melayu ni. Tapi kalau kejahatan orang melayu sampai ke tahap Yahudi tu mungkin negara ni tidak tercicir dari medan peperangan juga. Mungkin sekarang ni banyak bangunan-bangunan yang hancur oleh bom. Ramai kanak-kanak mati terkena serpihan bom mereka atau ditembak dengan peluru berpandu. Jeritan, tangisan, teriakan sana-sini kedengaran. Aduh.. Bagaimana saudara-saudara kita di bumi Palestin sana? Tapi kalau kes-kes rompak, rogol budak bawah umur, pukul-memukul sesama manusia, kutuk-mengutuk, dengki-mendengki, hero jalan raya mati kemalangan, undi-mengundi memang banyak di negara kita. Allhamdulilllah negara kita masih bebas dan merdeka dari penjajah. Tapi sangat menghampakan masih ada kes-kes seperti yang selalu di baca dalam news tempatan.

 
 

Sedar tak sedar matahari dah mula terang di bumi kita. Tapi waktu itu juga aku terlena semula. Yang aku Cuma sedar kawan aku seorang ni dah keluar pergi kerja. Aku dan seorang lagi masih lena. Kami ni kerja satu syif. Tak macam kawan yang baru keluar tu kerja time office hour. Jam 11 gitu aku bangun dari tidur. Memang pemalas betul aku nih. Bangun lewat. Dah mandi semua, member aku yang satu syif ngan aku ni dah keluar entah pegi mana. Aku buat sarapan sendiri. Masak maggie goreng. Hehe.. Resepi fevret aku yang pemalas ni. Bancuh kopi pekat sambil makan biskut. Dengar-dengar hari ni ada kawad selaku terima gaji kat mana-mana mesin ATM. Cuaca mendung sekarang. Aku stay di rumah jer dulu. Boleh buka laptop sambil menaip. Haha..menaip la saja. Entah apa yang aku cerita ni aku pun tak tau motifnya. Mungkin bosan sorang-sorang di rumah.

17 January, 2009

Ada Hantu Di balik Pintu itu

Lebih kurang dekat jam 12 tgh malam. Aku masih lagi mengadap screen komputer. Tengah menaip. Suasana di luar sepertinya sunyi sepi. Dah tidur agaknya kawan-kawan aku yang dua ekor ni. Disebabkan agak bosan dah biji mata aku ni pandang word, aku minimizekan microsoft word dan membuka aplikasi lain. Nampaknya aku mesti slowkan volume komputer ni. Takut-takut diorang terbangun nanti. Aku teruskan aktiviti ganas aku. Memang aku jadi ganas bila mengadap benda ni sambil tangan kanan memegang mouse, tangan kiri menekan-nekan beberapa butang papan kekunci. Standby…

Tengah aku syok melayan aksi ganas aku, tetiba aku perasan ada kelibat bayang hitam di sebalik pintu bilik aku yang tidak tertutup rapat tu. Hitam legam. Macam orang minyak. Meremang bulu tengkuk aku. Seram sejuk juga suhu badan. Aku beranikan diri. Membaca ayat-ayat yang terlintas di fikiran, termasuk la doa makan sekali. Dah panik gitu, apa pun boleh di baca asal mulut nampak berkumat-kamit. Tapi semakin aku banyak membaca ala-ala mentera semerah padi, semakin terbuka pula pintu bilik itu. Ni yang buat aku suspen+takut. Aku terus mambaca mentera. Walaupun pintu itu sudah terbuka agak luas. Agak-agak muat badan erra fazirah, tetiba lembaga tadi dengan pantas sudah berada di hadapan muka aku yang tengah terkumat-kamit.

"Ko baca apa tu,bro?"

Celaka punya member. Kacau daun betul. Aku ingatkan dah belayar di lautan mimpi. Rupanya dalam senyap-senyap dia skodeng aku. Cheh..

"Ko apasal transform jadi hantu tadi? Buat aku hilang garam mineral ja dalam badan. Lain kali bagi la salam ka, buah tangan ka. Ni main senyap-senyap ja skodeng aku."

"Tak la. Aku ingat ko tengah layan blue film tadi. Aku tenggok muka ko macam stim ja merenung screen komputer tu. Mana tau ada cerita baru. Hahaha.."

Gebuungkk!! Bunyi aku tendang bontot dia. Kalau boleh bukan setakat tendang bontot ja. Aku nak lipat kaki dia pusing ke belakang tengkuk, kemudian kaki sebelah aku masukkan dalam mulut dia. Lepas tu ibu jari tangan dia aku cucuk kat dalam lobang hidungnya.

"Ko ingat aku ni sewel ka simpan-simpan CD blue film. Kalau bluetooth tu ada. Ko nak?"

Member ketawa sambil melayan aku bermain game counter strike. Aku pilih terorrist sebab aku cakap kat dia uniform pasukan counter-terorrist macam tentera israel ja. Jadi aku masuk team terorrist dan pilih watak yang ala-ala hero. Aku la tu. Hehe…

14 January, 2009

Baris sedia!

"Barisss! Bariss sedia!" arahan diberikan oleh ketua pelatun. Semua yang di dalam baris serentak membuat posisi baris sedia.

"Hah! Kaki tu kenapa tak lurus! Baris sedia macam mana kau buat? Kalau tak reti nak buat baik, balik kampung tanam jagung atau kangkung."

Bergetar lutut membetulkan posisi kaki. Ketua pelatun yang muka ala-ala singa bermisai tajam memang menakutkan.

Itulah sedikit kisah yang masih segar dalam ingatan. Sebenarnya aku mahu ucap tahniah kepada adik aku yang berjaya memasuki latihan tentera laut. 14.01.2009 dia ke Johor untuk latihan. Rasa la macamana aku rasa masa aku rekrut dulu. Memang teruk. Tapi semua dibuat untuk diri kita sendiri juga. Disiplin, ketahanan mental dan fizikal memang perlu dalam jabatan-jabatan yang memerlukan kerja-kerja berat seperti ini.

Semoga berjaya menjalani latihan di sana nanti.

11 January, 2009

Ceritera Kahwin #bakal suami

"Aku mau kahwin, tapi takut."

"Takut apanya?"

"Aku di soal macam-macam."

"Macam-macam?Bagaimana tu?"

"Kalau disoal tentang belanjawan negara, macamana?"

"Kau jawab harga minyak dah turun, tapi barang-barang masih tidak turun harga."

"Kalau disoal tentang duit simpanan, macamana?"

"Kau jawab Bank Simpanan Nasional kan ada."

"Kalau disoal tentang agama, macamana?"

"Kau mengucap dua kalimah syahadah."

"Kalau disoal tentang anak?"

"Kau cakap pasal malam pertama."

"Kau ni ada saja jawapan, ya. Kau dah kahwin atau belum?"

"Aku jawab belum, tapi sebenarnya aku sudah kahwin." (Sengih semacam)

"Patut pun bini kau minta cerai dengan kau."
 

Susah senang mahu berkahwin tu hanya dapat diketahui setelah berkahwin. Sebelum berkahwin ni cuma mendengar saja ceritera sang suami di kedai kopi atau di bustop. Harap-harap aku dapat lah kahwin dengan si jantung hati nanti dengan sebaik-baik keadaan.

07 January, 2009

Gambar perempuan



Aku buat guna Adobe Photoshop.

05 January, 2009

Screen Handphone pecah akhirnya

Hari itu aku gembira sebab bercuti. Lama aku tidak ke sana. Tapi bila aku ke sana, macam tiada apa yang berubah. Aku cuba perhatikan sekeliling daerah. Memang tiada perubahan. Bandaraya itu saja yang banyak berubah. Mungkin orang-orang di daerah ini pun sudah berubah.

Aku jumpa dia. Bertanya khabar dan menghabiskan duit poket untuk berbelanja. Aku senyum sepanjang pertemuan. Tapi aku terlupa sesuatu. Akhirnya dia temuai apa yang ku lupa.


"Ni Gambar siapa ni?" soalan darinya.

"Oh. Ini gambar aku," sambil tersengih.

"Bukan yang ini. Yang ini ni. Siapa?"

"Aduh!"

"Apa?"

"Aduuuhhhh…"bunyi memanjang.

"Pelik juga nama dia," bingung.

 
 

Kejadian seterusya telah di sekat.

04 January, 2009

Kena saman

Isu keselamatan jalan raya, Pakai Tali Pinggang Keledar.
Aku dah dua kali kena saman. Tapi bukan pasal tidak memakai tali pinggang keledar. Pasal parking pula.