30 November, 2006

tanda soal lagi?



Macam sedih jer aku tenggok arkib blog ni. :-) Kenapa akaun blogger aku yang dulu tu tak boleh log in lagi ya? *&^%$#@!

27 November, 2006

awang situ, sana, sini

tuaranmap1
Akhirnya dapat juga aku tenggok Daerah Tuaran dari atas. Macam tu rupanya view dari atas. Ha.. Ni la pekan Tuaran. Tempat aku layan blues dengan member-member, orang-orang, sedara sedari... 4/5 tahun lalu aku tinggal di IPDP Tuaran. Di belakang tu adalah sekolah aku dulu. SM Saint John Tuaran.

map1

Lepas tu, tahun 2004 kami berpindah pula di Kampung Tajau. Jauh juga untuk ke pekan Tuaran.

MAP2

Sekarang pula berpindah di Kudat. Kalau di lihat dari peta Sabah, yang paling atas tu. Sempat juga aku merayau kat simpang Mengayau. Salah satu tempat penggunjung atau pelancong. Memang best tempatnya. Selain tu, Pantai Bak Bak adalah tempat aku layan blues. hehe..

p/s: jauh juga perjalanan dari Kudat ke Inanam. Kalau hari-hari ulang-alik, macam mana la tu ya.

26 November, 2006

"aku seorang potograp?"

Awal pagi aku curi-curi guna telefon rumah kak long. Sms 'dia' la yang paksa aku. Kalau tak terbaca sms dia macam tu, tidak lah juga badan aku ni bergerak dan kaki aku berjalan dan berdiri terpacak di hadapan telefon rumah ni. Aku macam pencuri betul waktu tu. (Memang pun. Pencuri panggilan.)

Sebaik saja 'dia' sambut panggilan, aku terus cakap apa yang aku mau cakap. Tak sia-sia aku cakap apa yang aku mau cakap sebab aku telah mendapat gelaran seekor langau. (langau tu sejenis serangga yang macam nyamuk atau lalat, suka datang tetiba untuk mengacau atau menyibuk). Aku terasa hati juga bila di katakan macam tu. Pendek kata bukan setakat langau saja jadi mangsa. Banyak lagi ayat yang panaz telinga. Tapi aku sabar saja. Terus 'dia' matikan panggilan.

Tak lama tu aku call lagi. Aku nak bercakap tapi mulut macam terkunci dengar cakapan dia. Aku diam saja mendengar, bersabar, menerima. (time ni aku dah sedih dah) terus panggilan dimatikan. 'Dia' matikan panggilan aku, aku matikan line handphone aku. Kamu rasa apa sebab aku buat begitu? Merajuk? Hoho.. Sebabnya dia tak ingin diganggu lagi.

Dah tiba malamnya pula. Hati aku gatal nak ONkan handphone. Bila aku dah ON, 1 sms sampai. Penat mungkin sms tu mencari aku waktu hari siang tapi gagal dikesan. Dah malam gelap baru dia sampai. 'Dia' tanya aku pasal potograp(fotograph). Kemudian 'dia' suruh aku call. Kak long jadi mangsa. Dengan muka 5sen, aku pinjam handphone dia. Aku call lah. Ingatkan dapatlah jiwang-jiwang. Aku kena lagi. Pasal tak comferm dengan dia adakah aku dan kawan aku jadi potograpi atau cancel. Aduh! Lemah dan lemas aku.

Cerita sebenar, aku dah comfermkan dengan 'dia'. Tapi aku tak jadi pergi sebab perbicaraan aku dengan 'dia' awal pagi tu. 'Dia' ada kata tak mahu tenggok muka aku. Dah macam tu, takkan aku nak pergi juga menyibuk kat rumah dia ambil gambar sana sini, pengantin, orang-orang dan lain-lain. Nanti tak pasal-pasal aku dengan-dengan kamera tu kena terajang sampai masuk lopak. Fuh! Dasyat....


p/s: Aku selalu serius walau orang bergurau dengan aku. Ada waktu, keadaan dan situasi yang sesuai untuk bergurau dan ada cara yang betul. Mungkin kalau kemarahan diselitkan dengan ketawa kecil, aku boleh terima sebagai gurauan.

24 November, 2006

Surat panggilan temuduga

Aku baru siap mandi. Kelam kabut nak pakai baju, tetiba hand phone berdering.
"Di mana ni?" tanya dia. Aku macam tergagap, takut. Dalam hati mesti nak kena marah lagi ni.

"Masih di rumah," sambil tersengih-sengih walaupun sendiri-sendiri.

"Kenapa ndak sambut phone tadi?"

"Oh.. Ada call ya?" apa la aku tanya balik. Sepatutnya jawab dulu soalan dia.

"P LA MAMPUS!" Fuh! Terkejut aku dengar ayat tu. Sebelum ni memang pernah dengar. Tapi tak sangka balik-balik dengar. Aku tenggok handphone aku, ada 2 miss call. Masalahnya aku dah lambat nak pergi solat Jumaat. Adik-adik aku pun sekerat dah bersiap.

Aku turun bawah, keluar. Ternampak ada sepucuk surat dalam peti surat. Aku ambil. Nama aku? Ada cop Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Dalam hati aku dah tahu surat apa ni. Aku pergi dapur sebab kak long kat dapur. Aku buka surat.

"Siapa punya? Bila kau ambil? Tadi kah?" Kak long tanya. Aku tak jawab. Terus membuka sampul surat.

"Panggilan temuduga.....dot...dot..." Yes! Aku dah kena panggil untuk menghadiri temuduga pada 11/12/2006 nanti. Masuk banggunan KWSP le nanti.

Harap-harap aku ada rezeki. Anda yang baik hati, doakan aku semoga berjaya temuduga tu nanti.

20 November, 2006

Masih *&^%$#@

Aku log in account blogger aku yang dulu tapi masih juga error.
Error
We apologize for the inconvenience, but we are unable to process your request at this time. Our engineers have been notified of this problem and will work to resolve it.


Mungkin mengambil masa yang lama untuk enginners dia orang memperbaiki kerosakaan pada kapal selam ni. Hehehe...

Tapi aku nak cakap yang aku masih ada di sini. Di tempat kakak aku. Mesti ada orang akan cakap aku menyampah, menyibuk, dan lain-lain.

Aku bukan bohong. Tapi bercakap benar yang aku ada urusan di sini. Kudat dan KK ambil masa dekat 3 jam juga perjalanan. Bayangkan aku berurusan dengan jarak jauh. Jalan raya macam-maca jalinan sentuh dan tampak. Alunan mengalahkan ombak. Terasa kalau memandu kereta seperti memandu di atas air laut yang berombak-ombak. Kemudian rata semula. Sesekali pemandu dan kenderaannya akan bergegar seperti gempa bumi yang berlaku kat indonesia.

"Hua! Hua! Hua! Seronok memandu di jalan raya seperti ini sebab mencegah dari mengantuk," kataku dalam hati sambil menyanyi lagu gembira. Cis!

19 November, 2006

*&^%$#@ BALIK!!!

Aku pos entri ni waktu blog aku awang blues blog
ada masalah dengan beta.blogger.com...

We're sorry, but we were unable to complete your request.



Hari ni aku dan adik aku balik kudat. Kononnya abah marah. Aku adalah seorang yang menyampah dan menyibuk saja dekat rumah kakak aku ni. Tapi aku mahu pergi kenduri orang kahwin hujung minggu ni. Yang kahwin tu kawan aku juga. Tapi adik dia lebih dari kawan aku. (Hua!Hua!Hua!)


Aku masih belum berkerja. Penganggur setia dan terhormat. Hinakah aku? Mak cakap, "Kalau kau tiada urusan lagi dekat situ, baik saja baa. Lainlah kalau kau urus cari kerja kau. Abah ndak akan marah."


Aku menjawab, "Mak. Aku ada urusan lain selain cari kerja, lepas selesai urusan lain ni, aku urus cari kerja biasa-biasa, sementara menunggu panggilan temuduga tu. Lagi pun rumah along dekat dengan bandar KK. Segala urusan aku kebanyakannya di bandaraya ni... (Dalam hati menyambung '..dan di sebuah daerah..')"


Mak suruh aku balik juga dan bincang dengan abah. Dahiku berkerut sedikit lalu berkata, "Mak. Abah mesti ndak suruh aku ikut Along balik KK. Sebab aku dah seminggu lebih dekat sini." Walau macam mana pun aku terpaksa balik. Nanti jadi anak derhaka. Aku takut jadi batu.


Aku harap aku masih di sini. Menyampah di sini. Dan menyibuk di sini.