nuffnang frame

Aug 11, 2011

Makcik Murtad sudah disingkap??

Nampaknya aku pun tidak ketinggalan berkongsi maklumat ni. Makcik Hajjah Sitt AlWuzara (http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/) yang selama ini kita tahu sebagai pejuang murtad online telah pun berjaya disingkap oleh pihak GaySec (http://www.gaysec.org/). Menurut sumber, makcik ini adalah seorang gadis bernama Nor Arlene Tan Binti Khalid, berumur 26 tahun, berbangsa Cina Melayu (mix) dan telah membuat beberapa entri menghina Islam dalam blognya. Benarkah pendedahan yang dibuat ini?




Yang menjadi tanda tanya, Nor Arlene Tan telah membuat police report tentang pendedahan gambarnya dikaitkan dengan Makcik menghina Islam itu (http://www.ieyra.com/2011/08/public-statement-oleh-nor-arlene-tan-i.html). Benarkah dia itu Makcik Hajjah Sitt AlWuzara? Percaya atau tidak, Allah saja Maha Mengetahui segalanya.


Banyak kemungkinan yang boleh difikirkan. Orang berasa pelik bila web gaysec.com meminta akses ke laman facebook untuk melihat pendedahan itu. Dan aku juga turut merasa pelik. Selepas klik membenarkan akses, tiada apa pun timbul. Takut-takut kena hack, cepat-cepat aku tukar password di facebook.

Apa pun yang difikirkan, dalam bulan Ramadan ni, banyak perkara-perkara yang datang menguji kita. Semoga saja orang yang berselindung disebalik blog murtadnya itu mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t. Buat apa mahu mendedahkan penghinaan terhadap agama dalam blog. Kalau betul-betul pejuang murtad, tunjukkan dengan berani. Jangan berselindung di sebalik nama Makcik tu. Maunya benar-benar nama Makcik Hajjah Sitt AlWuzara tu memang wujud di dunia ni, menjawab la engko. Putih biji mata. Baru ko tau.. :-)

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: