nuffnang frame

Jul 17, 2011

Senyum kambing pagi-pagi

Aku ingat aku terjaga semalam dekat jam 1:30am. Rupanya lepas makan aku tertidur. Mungkin sebab cuaca yang sejuk kerana hujan. Aku rasa selesa bila baring. Jadi terlelap. Aku betul-betul terlelap. Tidak sedarkan diri. Bunyi handphone pula seperti tersembunyi oleh bunyi hujan yang agak kuat. Aku tidak kemana-mana semalam. Selesai waktu kerja, terus balik rumah.

Dalam kepala masih terbayang-bayang kejadian petang. Kemalangan jalan raya yang mengorbankan seorang nyawa. Pembonceng motorsikal. Dan yang melanggar adalah lori. Aku tak sempat melihat lori jenis apa. Lori tu sudah dibawa ke balai polis. Yang aku lihat dalam kejadian itu hanya bangkai motor yang sudah bengkok, dan mayat terbaring di jalan raya dengan tertutup kain. Darah merah di atas kepala. Ada beberapa orang dekat situ sambil menangis. Mungkin ahli keluarganya.

Keadaan agak panas. Mayat itu masih terbaring di jalan raya yang hangat. Polis berkerut dahi melihat kiri kanan. Apa yang ditunggu? Kenapa lah biarkan mayat begitu lama terbaring di jalan raya yang panas. Tidak lama kemudian, datang sebuah van biasa menuju ke arah kami. Rupanya menunggu kenderaan untuk mengangkat mayat ini ke Hospital. Yang di tunggu kenderaan dari Balai Polis. Tetapi tak sampai-sampai. Van ni mungkin juga ahli keluarganya. Selesai semuanya kami balik. Dalam perjalanan balik, terlihat kenderaan Hospital kelam kabut bergerak ke arah tempat kemalangan. Baru nak sampai? Mayat dah sampai dulu di hospital, kenderaan hospital baru nak sampai tempat kejadian. Aku dengar cerita, pembonceng motorsikal itu tidak memakai helmet. Mungkin kalau pakai helmet, masih selamat. Paling tidak pun patah tulang. Tapi orang cakap, kalau ajal dah tiba, pakai selamat macamanam pun, tetap mati juga. Hmm.. Pengajaran...

Perut aku sakit sangat. Bukan mau buang air. Rasa macam usus-usus dalam perut terbelit-belit. Sakitnya bukan kepalang. Sekejap hilang sekejap timbul. Macam nak mati pun ada. Aku masuk tandas pun tak ada apa-apa yang selesa berlaku. Makin sakit. Aku baring balik. Sambil tu aku urut-urut sendiri perutku yang comel ni. Ada rasa lega sedikit. Mungkin masuk angin. Sekarang tengah panaskan air. Mungkin kena air panas ni baru lega.

2 comments:

  1. Kisah benar ka ni?? betul2 nmpk.. huhu

    ReplyDelete
  2. Yup..sebab saya bertugas waktu tu...;)

    ReplyDelete

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: