25 January, 2011

zombie mayat hidup

Aku pun tak tahu kenapa dengan aku nih. Penangan wayang-wayang mayat hidup ni membuat aku teruja untuk menonton semua cerita tentang mereka. Pernah dengar zombie? Siapa yang tidak kenal zombie. Dalam Negara kita pun ada muncul filem zombie (zombi kampung pisang). Zombie atau zombi adalah sebutan untuk mayat hidup dalam sistem kepercayaan Voodoo orang Kreol dan Afrika-Karibia. Zombie adalah manusia dengan roh yang sudah dicuri lewat cara supranatural atau perdukunan, dan dipekerjakan sebagai budak yang mengabdi pada "majikan zombie" di perkebunan terpencil. Versi zombie yang lebih menakutkan dan suka memakan manusia sering diangkat menjadi cerita fiksi horor (http://id.wikipedia.org/wiki/Zombi#Zombie_dalam_kepercayaan_voodoo)

Aku suka cerita zombie ni bukan sebab mayat hidup itu. Tetapi sebab suasana, keadaan dan situasi dalam cerita yang mencari jalan untuk terus hidup sekaligus mencari penawar yang baik. Bayangkan kamu berada di sebuah bandar yang sunyi sepi. Ketika malam. Tiada sesiapa kelihatan. Tiba-tiba saja muncul satu lembaga (zombi) berjalan ke arah kamu dengan keadaan yang ngeri.

Setakat ni aku dah tonton lebih 10 tajuk filem tentang zombie. Hahaha.. Gila tak aku? Kawan aku cakap, kat dunia ni memang ada zombie. Di mana-mana pun memang ada. Tapi ada panggilan lain untuk zombie-zombie tu. Penagih dadah. hehe.. Jadi jauhi najis dadah supaya anda tidak menjadi zombie (mayat hidup).

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: