21 January, 2010

Ada Yang Masih Ada #1

Catitan semalam...
Jun 29, '04 10:52 PM
for everyone

Memang dah janji dengan Faizal dan Amed nak berjumpa malam Rabu ni. Nampaknya aku orang pertama turun pekan. Hehehehe... Bukan bersemangat. Tapi aku kejar masa, takut supermarket tutup pula. Adik aku pesan, "..Belikan saya gam kertas. Esok nak guna untuk pendidikan seni..." Aku anggukkan kepala. Macam peminat muzik rock yang tengah 'head banging'. Cuma aku 'banging' ada makna. Diorang 'banging' sampai macam nak tercabut tengkuk tu je aku tak tau apa maknanya. Yang aku tau, diorang buat begitu sebab sedang menghayati lagu yang didendangkan oleh kumpulan-kumpulan muzik 'Rock ganas'. Tapi tak le aku hangguk kepala sampai 'head banging'. Aku hangguk simple je. Untuk menjaga tulang tengkuk daripada patah. &p ...Alamak! Peminat muzik 'rock ganas', tolong jangan belasah aku. Aku tak ada duit nak bayar ubat. Apa-apa pun aku 'tabik' jugak le ngan muzik yang bersemangat tu. Sekurang-kurangnya koleksi hiburan bertambah. Jangan tersesat dah ler...
Kat supermarket Milimewa, Tuaran. Aku parking kereta kat belakang. Kat depan supermarket, carpark dah 'full'... Termasuk di jalan raya yang bertulis dengan huruf berwarna kuning, "NO PARKING!". Tempat parking motorsikal juga menjadi mangsa. Aku naik tingkat 3. Cari gam kertas yang adik aku pesan. Aku beli satu bungkusan gam kertas. Dalam satu bungkusan ada tiga batang gam kertas. Adik aku yang kecil dan masih bersekolah ada 3 orang. 'Ngam' le! Harganya hanya RM1.50... Kalau aku beli sebatang gam kertas yang ada wajah-wajah kartun, siap penutup dia bentuk kartun lagi, pun RM1.50.. Kegunaan tetap sama. Nampaknya juruwang itu masih baru kat sini. Patut le dia tak senyum dengan aku. Rupanya dia tak kenal. Aku biasa membeli alat-alat tulis dan lain-lain kat situ.
Aku jumpa Amed sebelum Faizal. Sempat lagi berborak kat bawah pokok dekat pasar malam. Sebaik sahaja Faizal tiba, kami bergerak ke destinasi biasa. Restoren Puteri. Malam ni aku tak minum teh tarik. Aku 'order' Nescafe. Amed terus kata aku mengantuk. Satu yang aku tak sangka, bertemu dengan seorang kenalan sejak kecil, sewaktu aku dan keluarga tinggal di berek polis. Perubahan yang aku nampak; dulu dia selalu bonceng basikal, sekarang dah pandu kereta wira 1.3... Dulu dia tak ada janggut, sekarang dah tebal janggut kat dagu. Hehehe... ;P
Semua pelanggan seronok cerita yang disajikan di kaca tv restoren Puteri. Cerita komedi. Arahan 'director Silver' (blok 404, kem 505, dll)... Tajuk cerita 'HANCUR'... Hmmm.. Memang hancur le cerita dia. Apa yang aku faham, cerita tentang tiga sahabat yang tinggal di satu rumah. Masing-masing punya impian tersendiri. Persahabatan menjadi rapuh 'gara-gara' seorang perempuan yang kononnya wanita cantik dalam cerita itu. Teringat dengan cerita Faizal hari tu. 'Gara-gara' perempuan dia 'lain-lain' dengan aku. Tapi aku malas nak cerita lagi. Lagi pun dia dah rasa bosan. Patutlah tak timbul bahasa isyarat. Ada pun bukan berkaitan dengan perkara tu. hehehe...;p
Kami pulang ke rumah bila jarum jam dah dekat pukul 12 malam. Sampai kat depan pintu 'gate' aku nampak abah berjalan menuju ke pintu gate. Abah memang seorang yang baik dan kuat. Hehehehe... Abah bukakan pintu gate untuk aku. Kitorang tak ada penjaga pintu gate. Kalau ada pun, mesti tak paham bahasa manusia. Belum sempat aku nak bercakap dengan abah, dia dah masuk dalam rumah. Abah suruh kunci pintu gate. Nanti 'maling' datang susah pulak. Kat kampung ni dah ada bau-bau kewujudan 'maling'. Apa tu 'maling'? Dalam bahasa Indonesia, 'maling'... Dalam bahasa ibunda kita, pencuri...
Kamu sudah mengunci semua pintu rumah? Bagaimana dengan tingkap? kalau masih ragu-ragu, silalah periksa lagi. Kalau dah kunci semua, bolehlah online atau tidur...
Selamat semua....

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: