07 November, 2009

Cuti aku menyusahkan

Aku terpaksa cuti sebab urusan peribadi yang sangat penting dalam hidup aku. Tapi cuti aku itu telah menyusahkan kawan-kawan aku dan anggota yang lain. Tapi aku terpaksa ambil cuti ini. Sebab ini masa depan aku. Dan aku perlu selesaikan masalah ini. Supaya aku dapat menjalankan tugas-tugas aku dengan tenang. Kamu selalu nampak aku kadang-kadang muram, bersendirian, marah atau seperti orang gila. Itu lah penyakit yang aku perlu ubati. Dan aku minta, wahai kawan-kawan ku yang sangat baik hati, tolong lah beri aku peluang untuk menyelesaikan masalah aku di seberang sana. Dan apabila setibanya aku kembali bertugas di sini, aku harap janganlah kamu menjeling sindir dengan aku kerana kesilapan aku ini.

Doakan aku semoga perjalan hidup aku menjadi mudah dan baik. Aku harap dapat melangkah dengan senyuman tanpa air mata untuk menuju ke destinasi yang aku cari.

Yang Benar;
gnela

1 comment:

  1. gnela..
    tbe2 wa rse sentap bace lu pnye tulisan ni..
    lu pergilah sejauh mane..
    nnti lu balik senyum k..

    take care beb..
    ingat Dia selalu ade ngan kau.=)

    ReplyDelete

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: