nuffnang frame

Oct 4, 2009

Kurang vitamin xyz

"Hahahaha!!" ketawa ku sambil menepuk kepala. Nasib tak tergolek jatuh dari atas katil. Kalau tidak, patah pinggang, susah nak dapat zuriat. Aduh. Apa pula zuriat. Aku selongkar entri-entri dalam blog aku dari dulu sampai sekarang. Aku macam rasa kelakar pula. Muka macam aku ni terbitkan catatan jiwang miwang sawang yang macam-macam. Kadang-kadang entri aku bunyi tak sedap langsung. Sedap lagi bunyi kumbang terbang.

Terfikir sejenak, untuk apa aku tulis blog ni? Untuk siapa? Untuk apa? Kalau 2, 3 tahun dulu persoalan ni pernah juga disoal oleh bloggers-bloggers yang dah lama bergelumang dosa dengan blogger ni. Entah la. Macam magic pun ada. Mungkin golongan-golongan orang yang sentimental, jiwa-jiwa, sensitif yang suka berblog ni. Aku? Entah.. Yang aku tau, dulu-dulu sebelum ada komputer, aku berblog sendiri-sendiri. Tapi dalam buku. Bukan dairi. Macam catatan biasa. Aku suka catat sesuatu yang terjadi tu dalam buku. Bila aku baca balik, aku ketawa, kadang-kadang pandai sedih juga. Huhuhu. Bila da kenal dua jahanam ni (PC dan Internet) aku mula tukar dalam bentuk blog pula. Tapi dulu orang tak dapat baca apa yang aku tulis. Sekarang orang yang aku nak dia baca boleh baca apa yang aku tulis dalam blog. Atau aku kasi semua orang baca apa yang aku tulis. Itu dia..

Tapi persoalan untuk apa, siapa, kenapa tu masih lagi mengganggu pemikiran aku yang ngek ngok ni. Apa pun, masing-masing tau untuk apa, siapa, kenapa dia berblog. Blog aku ni pun pernah juga kena cop sampah. Sekarang pun macam sampah ja. Lambat laun tutup juga blog ni. Hehe.. Tapi berblog tu kan juga bagus. Dari buka web-web porno gambar britney spears telanjang atau gambar kartun naruto buat projek tepi pokok. Tu yang orang kadang-kadang ikut tu. Sebab aku pernah nampak orang jadi naruto. Siap ada sarung tangan, ikat kepala dengan lambang tu lagi. Takut-takut yang hentai pun dia hentam juga. Korang pernah tenggok doreamon punya hentai? Itu pun korang belasah stim juga? Huhuhu..

Nasib..nasib..nasi blum jadi bubur...

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: