20 September, 2009

Takbir subuh mengusik hati.. 1 Syawal menjelma lagi..

Subuh sudah..
Ketika ini aku masuk bertugas. Suasana langit yang gelap..
Jalan masih basah sebab hujan semalam. Ketika ini juga aku mendengar takbir raya bergema sayu..
Perlahan langkahku berjalan..
Mungkin terusik hati dengan suara takbir yang jelas tetapi sayu..
Aku tak mahu sedih pagi nanti. Aku tak mahu menangis pagi nanti..
Aku tak mahu sambut Aidilfitri ini dengan tangisan dan kesedihan..
Tapi aku berada jauh dari ayah bonda..
Jauh dari saudara saudari di desa..
Aku betul-betul terusik ketika ini..
Pagi yang bakal muncul, aku mohon ampun dan restu ayah bonda serta saudara dan teman-teman di sana..
Walaupun berjauhan, bukan bererti perpisahan. Bukan la pula satu pengakhiran..
Tapi satu nikmat yang luas, yang suci dan murni bagi orang-orang macam aku..
Dan bagi ayah bonda serta saudara dan teman-teman di sana. Nikmat yang tiada dapat diungkap..
Sebab aku menjadi terlalu insaf, sayang dan cinta pada semua..
Ayah, bonda, saudara, saudiri, sahabat-sahabat, negara, agama, bangsa dan tanah air..
Aku berharap pada hari mulia ini, aku dapat sucikan diri dengan airmata insaf, dengan perasaan kasih sayang yang luar biasa, dengan keampunan Mu Ya Allah...

Salam lebaran di pagi 1 syawal...
Selamat hari raya 1Malaysia...



...

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: