nuffnang frame

Feb 4, 2007

Kena Saman...

Sampai di Pekan Tuaran, banyak kenderaan-kenderaan lalu lintas. Biasalah kalau hari Ahad. Yang bukan orang melayu pun ada di sini. Maksud aku pelancong. Tamu minggu kat pekan ni memang menyebabkan keadaan lalu lintas sibuk.

Aku pusing-pusing cari parking. Tapi semua dah kena rembat. Termasuk basikal tua. Mak aku pun dah naik pening. Last-last aku nampak satu kereta parking di satu tempat yang bukan tempat untuk parking. Banyak kenderaan yang buat macam tu. Tapi tempat ni tak menghalang lalu lintas. Aku parking je la.

Dah siap beli belah kat pasar , kedai dan supermarket, kami bali ke kereta. Hmmm... Dah kena saman sebab menghalang lalu lintas kenderaan yang lain. Tapi aku tenggok tak menghalang pun. Lancar saja perjalanan yang lain.

Nak cari makan, macam tu la diorang...