04 December, 2012

Sial! Wifi lembab gila!


Inilah dialog yang biasa kita sebut kalau wifi di rumah kita lembab macam siput babi. Lebih mengeramkan lagi cuma dua, tiga orang ja yang menggunakan wifi dalam rumah ni tapi tetap lembab gila. Nak tenggok youtube pun lambat sangat. Hairankan? :-p

Sedarkan diri anda bahawa wifi anda sedang diceroboh masuk atau dalam bahasa popularnya di "HACK" oleh jiran-jiran anda atau sesiap saja yang pandai memecahkan tembok lemah yang anda langsung tidak hiraukan itu. Sebab kebanyakan yang memasang wifi hanya mahu line wifi ada di rumah mereka supaya senang nak online, tetapi tidak mahu memikirkan tentang keadaan sekeliling yang mungkin dalam 10, 20 orang terdapat sekurang-kurangnya 1 itu adalah hacker. Disebabkan 1 itulah anda kemungkinan mendapat susah kelak. Cuba baca petikan di bawah berkenaan Seksyen 114A Akta;

"Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit."
(http://stop114a.wordpress.com/2012/08/10/jom-bantah-seksyen-114a-3/)

Ini bermakna sekiranya wifi di rumah anda telah di ceroboh oleh penceroboh dan penceroboh pula menyiarkan bahan-bahan yang dilarang, atau membuat komen yang berbentuk hasutan, mengupload gambar yang bukan-bukan, menghina, menyebabkan pemberontakan dan lain-lain, ANDALAH yang akan dipertanggungjawabkan. Kerana segala kesalahan yang dibuat oleh penceroboh itu telah disalurkan melalui wifi anda dan mengikut AKTA KETERANGAN 2012 seksyen 114a, walaupun anda tidak bersalah, anda harus membela diri untuk membuktikan kebenaran.

Panjang ceritanya nanti kan. So, saya ada google tips-tips mencegah wifi kita di ceroboh. Banyak juga yang boleh membantu anda, tapi banyak lagi yang membantu penceroboh mencuri line wifi. Pada awalnya saya ingin membuat posting tips untuk mengelakkan wifi diceroboh. Tetapi tercatit macam ni pula. Mahu juga sambung dengan tips-tips. Tapi mungkin lain kali. Insyallah saya akan buat entri untuk tips-tips mengelak wifi kita diceroboh.