nuffnang frame

Oct 16, 2012

Metro Ui Style pada Blogger

Metro ME juzgnela
Salam sejahtera semua. Lama aku tak update blog ni. Almaklumlah, sibuk sikit. Tapi sibuk-sibuk pun aku selalu juga jengguk blog. Sebenarnya aku buat projek untuk Metro ui style pada blog aku. Banyak juga aku google sana sini, edit sana sini, cuba itu ini, akhirnya penemuan yang berbaloi juga lah dalam permulaan langkah projek ini. Aku berjaya membuat gambar profil yang dinamik. Kalau dulu statik saja. Untuk demo, anda semua boleh lihat di side bar sebelah. Agak-agak pengaruh apa ni? Yeah! Windows Phone Mango. Sesiapa yang guna Nokia Lumia 710, 800, 900 mungkin pernah nampak style ni.


Metro UI style comment for blogger
http://gnela.blogspot.com/2011/03/abang-baik-atau-cuci-lah.html
Ada satu lagi yang aku buat dalam projek Metro ui style blog aku ni. Dalam ruangan komen. Pada awalnya ia digunakan untuk hightlight komen tuan punya blog. Seperti biasa aku google dan cuba itu ini, akhirnya penemuan komen style metro ui berjaya dilakukan. Juga pengaruh Windows Phone Mango. Di sebelah ni aku sertakan imej. Kalau korang perasan pada bubble komen ini ada triangle arrow. Untuk setiap komen yang di pos oleh tuan punya blog, triangle arrow dia terletak di bawah sebelah kanan. Untuk setiap komen pengunjung pula terletak di atas sebelah kiri. Ala-ala peti mesej Windows Phone Mango gitu. Aku memang minat antaramuka Metro UI ni. Bersih, cepat, ringkas dan nampak moden. Mungkin ada yang tak berapa minat dengan style ni. Mungkin ada yang minat style seperti Andriod dan lain-lain. Tapi itu terpulang pada individu masing-masing.


Untuk projek seterusnya, ... Aku masih dengan Metro UI style for Blogger. Insyallah sudah puas, aku pos cara-caranya. Atau template Blogger Metro UI style untuk anda download.