nuffnang frame

Jan 8, 2012

Jamming lepas tension

Lama tak masuk studio tu. Jari pun sudah keras petik pegang gitar. Kalau dulu, bukan main rock lagi. Aku la pemain gitar utama. Hahaha.. Tapi bila jamming dengan member-member sekerja, aku adalah pemain gitar bass. Memang aku lebih suka main bass. Kalau main drum, tangan kaki aku tak stabil la. Hehe..

Sejarah aku dulu dengan muzik ni bermula waktu di bangku sekolah lagi. Waktu tu aku kecik lagi. Selalu ikut abang dan member-membernya lepak main gitar kapok. Aku join nyanyi ja. Sambil gendang-gendang meja. Itu ja la keja aku. Bila selalu dengar bunyi petikan gitar tu, aku jadi seronok pula. Masa tu terbayang-bayang aku sedang bermain gitar sambil menyanyi di depan awek aku. Fuh. Cair.. Jadi aku mula berjinak-jibak memegang gitar. Petik satu tali. Dua tali. Semua tali aku petik tapi bunyi tetap ke laut. Tak sedap langsung. Cara aku belajar petik kod-kod gitar ni, aku perhati jari-jari member main. Tekan kat flat tu, jari tengah tekan flat tu. Macam-macam la. Sampai la aku masuk tingktan empat. Zaman-zaman kegemilangan tu. Jumpa dengan member baru. Yang satu kepala. He.. Di situ aku mula beranikan diri bermain-main gitar. Dan teruslah pandai petik kod. C, Am, F, G.. Ingat lagi kod lagu Korie, Pergilah Sayang. Itulah saja lagu yang menjadi dendangan sebaik memegang gitar.

Aku mula jadi budak lepak dengan gitar. Tapi lepak-lepak pun kat kawasan tempat tinggal ja. Memang enjoy waktu tu. Sampai la sekarang ni gitar memang tak lari dari hidup aku. Masa aku belajar kat Melaka dulu pun, aku sanggup buang ringgit untuk beli gitar. Sayangnya gitar itu entah kemana. Itulah gitar kedua aku beli. Yang pertama abang ipar aku yang sponser. Sekarang ni, aku ada gitar elektrik, sebijik Gibson, dan gitar kapok. Abang aku pula ada gitar bass. Tinggal nak tunggu drum ja untuk combine. Baru boleh jamming puas-puas di rumah. He...

Apa-apa pun aku tak lupa dan agaknya tidak terlambat untuk megucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua warga-warga Malaysia yang telah mengunjungi blog ini. Sudah 8 tahun aku buang masa dengan blogger nih. Hehe.. Suka hati lah.. Adios...

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: