nuffnang frame

Nov 6, 2011

Serba sedikit dikongsi

Bila ana mengembara dari blog ke blog, banyak juga blog berkonsepkan tutorial untuk mereka yang baru dalam dunia blogger. Seperti juga ana, masih baru dalam dunia blogger. Walaupun dilihat pada arkib ana menulis blog sejak 2006 (sebenarnya 2004) tetapi ana masih mencari-cari tips untuk memantapkan blog.

Di sini ana tidak mau kudukut (kedekut). Jadi ana mau kasi kongsi serba sedikit pengetahuan ana dalam dunia weblog. Ana ada baca satu komen dari satu blog. Tuan punya blog itu berkongsi cara untuk mengubahsuai saiz imej (png, jpg, gif, etc). Seperti biasa, tag HTML diperlukan. Lihat contoh di bawah;

<img src="nama_imej.jpg" width="800" height="600">

Itu kod asas HTML untuk memaparkan imej pada blog atau laman web. "nama_imej itu ada nama gambar atau picture anda. .jpg pula adalah format bagi gambar atau imej anda. "Width" pula adalah saiz melintang dan "height" saiz menegak.





Sekiranya anda ingin menukar saiz gambar yang pada asalnya bersaiz 800 x 600 px, tukarkan saja angka pada width dan height. Contoh;

<img src="nama_imej.jpg" width="250" height="150">

Saiz gambar tersebut akan bertukar kepada 250 x 150 px. Sudah tentu itu lebih kecil berbanding 800 x 600 px. Ok! Pass pasal tukar saiz?

Sekarang nak letak border pula. Tag HTML imej tadi sudah ditukar saiznya dan kita akan letakkan border atau bingkai di sekeliling imej tersebut. Contoh;

<img src="nama_imej.jpg" width="250" height="150" border="">

Ana telah tambah "border=" selepas height. Border atau bingkai akan di set meggunakan nombor 0, 1, 2, 3 dan seterusnya. Contoh;

<img src="nama_imej.jpg" width="250" height="150" border="5">


Bingkai imej akan kelihatan agak tebal. Cuba anda ubah border mengikut saiz bingkai keinginan anda. Sekiranya anda meletakkan nombor 0 pada border, ia tidak akan kelihatan kerana saiz border atau bingkai 0.

Ok. Cukup setakat itu dahulu. Lain kali ana buat lagi tutorial pasal HTML. Ana tahu ramai di sana yang lebih mahir dalam bidang ini. Tetapi kepada yang masih mencari-cari tips ini dan secara kebetulan berada di blog ana bolehlah mencubanya.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: