nuffnang frame

Sep 23, 2011

Abang baik lagi?

"Abang! Abang! Buka pintu!", suara budak-budak tu kedengaran dari luar. Aku kuatkan lagi volume lagu Purnama dari kumpulan Search. Biasalah, jiwa rock kapak. yea yeah!

"Abang! Buka la.. Pleasee.. Please.. Pleaseee.. " kesian pula aku dengar. Bertubi-tubi Please tu. Aku buka pintu pelan-pelan. Kelihatan dua orang budak perempuan tersengih di hadapan pintu. Budak kembar ni lagi. Aku buka pintu saja, tapi gril pintu masih terkunci.

"Kenapa dik?" soal ku.

"Disebabkan abang baik dengan kami, kami mau buat persembahan untuk abang.."

"Baik? Abang jahat la, manada baik. Pegi balik rumah. Nanti mummy daddy adik cari," kataku dengan nada agak garang menyuruh diorang pulang.

"Abang baik la. Kelmarin kan abang bagi kami kek sedap. Kami suka. Jadi sebagai balasan, hari ni kami mau bagi persembahan untuk abang." La.. Pasal itu pula. Diorang yang minta kueh raya. Memandangkan kueh raya yang aku tapau dari kampung dah abis oleh aku sendiri, gantila dengan potongan kek. Itu pun nak balas?

"Ish. Tak payah la dik. Balik la. Nanti daddy kamu datang marah kamu. Abang tak tau.."

"Mummy daddy kami tau juga kami jumpa abang." Hmm.. Keras kepala juga. Layan ja la. Karang tak pulang-pulang pula.

"Ok.. Persembahan apa yang adik mau buat?" sambil aku membuka pintu gril.



"Kejap ya abang.." diorang berbisik. Kemudian masing-masing ambil tempat. "Satu, dua, tiga..." Dan mula menyanyi... Sambil menari pula.. Adeh.. Layann ja la... Na..na..na...na..na.. Tetiba aku terdengar diorang sebut 'Yesus' dalam lagu tu.

"Stop! Stop dulu.. Lagu apa yang adik nyanyi?"

"Lagu kami di sekolah."

"Bukan lagu di Gereja ka? Lagu sembahyang kamu?"

"Kadang-kadang.. Ish abang ni kacau ja.. Nanti abis nyanyi abang tanya, ok.." Mereka pun terus menyanyi dan menari. Aku pula layan ja. Dalam keasyikan diorang membuat persembahan, la kononnya, aku lihat di belakang diorang, seorang lelaki bergerak perlahan-lahan datang ke arah kami sambil tersengih-sengih. Dia membuat isyarat menyuruh aku diam. Aku pun diam buat tak tahu. Tak lama kemudian diorang perasan yang bapak diorang sedang perhatikan diorang dari belakang. Aku ketawa saja. Budak kembar tu terus lari menyorok di belakang sambil tersipu-sipu malu.

"Haha.. Sorry la. Diorang buat kacau saja di sini," kata bapak budak tu.

"Haha.. Tak apa-apa juga, chip. Diorang buat persembahan, aku layan ja.." Bapak budak-budak ni da lama tinggal di sini. Sebagai rasa hormat aku panggil chip. Kadang-kadang panggil cik saja.

"Ok. Sekarang balik ya. Sudah buat persembahan dengan abang tadi mesti letih. Balik, mandi, makan dan belajar lepas tu tidur," budak kembar tu mengangguk-angguk lalu pergi bersama-sama ayah mereka. Sebelum tu chip tu ada pesan, kalau la anak-anak dia datang main-main di kawasan rumah ni lagi, marah saja. Suruh diorang balik. hehe.. Kesian la diorang.

Aku terfikir pasal lagu yang diorang nyanyi di depan pintu rumah aku. Aku tak pasti lagu tu asal dari mana. Tapi ada sebut Tuhan mereka. Diorang ni beragama kristian. Tapi ada saudara islam juga. Hm.. Rasanya menjadi satu kesalahan ka lagu yang ada sebut Tuhan mereka didendangkan di hadapan rumah seorang muslim? Menjadi satu dosa ka kalau aku terdengar lagu berkenaan Tuhan mereka? Terdengar, bukan menghayati.. Aku tak sengaja dan aku harap aku tak salah. Tapi persembahan diorang tu comel la.. Goyang sana goyang sini. Pusing sana pusing sini. Tepuk sana tepuk sini.. bla bla bla..

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: