nuffnang frame

Jul 31, 2011

Pertama Ramadhan ini


Belum pun tarikh puasa diumumkan jatuh pada bila, kedai-kedai sudah mulai dipenuhi orang-orang. Aku memandu sambil mendengar sabah.fm.. Kata DJ pengumuman itu akan disiarkan pada jam lapan suku. Sementara itu, lagu-lagu sempena bulan Ramadhan berkumandang. Melihat keadaan sekitar yang tegang tapi tenang, aku terimbas kembali zaman-zaman dulu. Bulan Ramadhan memang penuh dengan kenangan.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku sempat singgah di sebuah supermarket untuk membeli persediaan bersahur. Sememangnya bukan seperti biasa. Suasana meriah sana sini. Rezeki bulan Ramadhan. Tetapi diharap janganlah para peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga sesuka hati.

Pengumuman tarikh bermulanya puasa sudah diumumkan. Ada rasa teruja dalam hati. Bulan yang dinanti-nanti sudah tiba. Bulan yang penuh dugaan dan cabaran. Waktu inilah kita mesti mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amal ibadah.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2011. Semoga perjuangan kita sebagai orang islam dalam bulan suci ini mencapai penghujung yang bermakna.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: