31 July, 2011

Pertama Ramadhan ini


Belum pun tarikh puasa diumumkan jatuh pada bila, kedai-kedai sudah mulai dipenuhi orang-orang. Aku memandu sambil mendengar sabah.fm.. Kata DJ pengumuman itu akan disiarkan pada jam lapan suku. Sementara itu, lagu-lagu sempena bulan Ramadhan berkumandang. Melihat keadaan sekitar yang tegang tapi tenang, aku terimbas kembali zaman-zaman dulu. Bulan Ramadhan memang penuh dengan kenangan.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku sempat singgah di sebuah supermarket untuk membeli persediaan bersahur. Sememangnya bukan seperti biasa. Suasana meriah sana sini. Rezeki bulan Ramadhan. Tetapi diharap janganlah para peniaga mengambil kesempatan untuk menaikkan harga sesuka hati.

Pengumuman tarikh bermulanya puasa sudah diumumkan. Ada rasa teruja dalam hati. Bulan yang dinanti-nanti sudah tiba. Bulan yang penuh dugaan dan cabaran. Waktu inilah kita mesti mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amal ibadah.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 2011. Semoga perjuangan kita sebagai orang islam dalam bulan suci ini mencapai penghujung yang bermakna.

26 July, 2011

Kongsi tips (Side Bar Windows Vista)

Mungkin tips ini berguna untuk anda yang mempunyai masalah pada side bar (Windows Vista). Side bar aku ada masalah sebelum ni. Puas aku cari cara bagaimana untuk memperbaiki semula. Sehingga la aku jumpa satu forum yang membincangkan tentang masalah windows vista.
Sebelum ni gadgets di side bar aku tak keluar. Keluar pun warna putih ja. Jadi, bagi anda yang mempunyai masalah sama, boleh lakukan cara ini.

1. Buka CMD (Command Prompt). Pastikan klik kanan dan pilih Run as administrator.
2. Taip command di bawah satu persatu dan tekan enter:
regsvr32 scrrun.dll
regsvr32 jscript.dll
regsvr32 msxml3.dll
3. Restart side bar anda dan selesai.

cth gambar:

Itu saja caranya. Kepada anda yang ada masalah pada side bar (Windows Vista) ni, jangan berlengah lagi. Ikut saja langkah di atas. Harap dapat membantu.

17 July, 2011

Senyum kambing pagi-pagi

Aku ingat aku terjaga semalam dekat jam 1:30am. Rupanya lepas makan aku tertidur. Mungkin sebab cuaca yang sejuk kerana hujan. Aku rasa selesa bila baring. Jadi terlelap. Aku betul-betul terlelap. Tidak sedarkan diri. Bunyi handphone pula seperti tersembunyi oleh bunyi hujan yang agak kuat. Aku tidak kemana-mana semalam. Selesai waktu kerja, terus balik rumah.

Dalam kepala masih terbayang-bayang kejadian petang. Kemalangan jalan raya yang mengorbankan seorang nyawa. Pembonceng motorsikal. Dan yang melanggar adalah lori. Aku tak sempat melihat lori jenis apa. Lori tu sudah dibawa ke balai polis. Yang aku lihat dalam kejadian itu hanya bangkai motor yang sudah bengkok, dan mayat terbaring di jalan raya dengan tertutup kain. Darah merah di atas kepala. Ada beberapa orang dekat situ sambil menangis. Mungkin ahli keluarganya.

Keadaan agak panas. Mayat itu masih terbaring di jalan raya yang hangat. Polis berkerut dahi melihat kiri kanan. Apa yang ditunggu? Kenapa lah biarkan mayat begitu lama terbaring di jalan raya yang panas. Tidak lama kemudian, datang sebuah van biasa menuju ke arah kami. Rupanya menunggu kenderaan untuk mengangkat mayat ini ke Hospital. Yang di tunggu kenderaan dari Balai Polis. Tetapi tak sampai-sampai. Van ni mungkin juga ahli keluarganya. Selesai semuanya kami balik. Dalam perjalanan balik, terlihat kenderaan Hospital kelam kabut bergerak ke arah tempat kemalangan. Baru nak sampai? Mayat dah sampai dulu di hospital, kenderaan hospital baru nak sampai tempat kejadian. Aku dengar cerita, pembonceng motorsikal itu tidak memakai helmet. Mungkin kalau pakai helmet, masih selamat. Paling tidak pun patah tulang. Tapi orang cakap, kalau ajal dah tiba, pakai selamat macamanam pun, tetap mati juga. Hmm.. Pengajaran...

Perut aku sakit sangat. Bukan mau buang air. Rasa macam usus-usus dalam perut terbelit-belit. Sakitnya bukan kepalang. Sekejap hilang sekejap timbul. Macam nak mati pun ada. Aku masuk tandas pun tak ada apa-apa yang selesa berlaku. Makin sakit. Aku baring balik. Sambil tu aku urut-urut sendiri perutku yang comel ni. Ada rasa lega sedikit. Mungkin masuk angin. Sekarang tengah panaskan air. Mungkin kena air panas ni baru lega.

12 July, 2011

Aku dan sesuatu...

Kenapa aku rasa begini? Kenapa mesti aku yang terima ini? Aku rindu zaman itu. Zaman dulu. Aku rindu ada di situ. Tetapi kenapa semakin hari semakin jauh aku tinggalkan. Semakin dekat dengan sesuatu yang aku takutkan. Sangat tidak selesa dalam keadaan begini. Kadang-kadang terfikir, mati itu lebih baik. Mungkin mati itu dapat memberi kepuasan kepada semua orang. Aku cukup tebalkan hati. Elakkan fikiran-fikiran negetif. Dari terjadi sesuatu yang daif. Yang memalukan. Tetapi aku rasa menulis blog seperti ini sudah cukup memalukan. Aku seolah-olah tiada maruah. Tiada harga diri. Lebih-lebih lagi kalau entri yang aku tulis itu berkisar tentang kebodohan aku. Nampak semua orang? Aku bodoh. Begitukah bunyi yang terbaik?

Ya. Mungkin mati itu dapat memberi kenikmatan yang puas pada seseorang. Lebih baik aku mati. Tetapi aku tidak akan bunuh diri. Cukup sedih kalau aku bunuh diri, melihat jasad sendiri yang ngeri. Aku tunggu seru ajalku. Sampai kapan pun. Itu lebih baik. Mati dalam kehendak-Nya. Lagipun masih banyak perkara yang patut aku betulkan di dunia ini. Perkara salah yang dicipta harus dibetulkan. Sebab itu lah aku rindu zaman itu. Zaman dimana aku seperti baru lahir ke dunia. Argghhh!!!!!