nuffnang frame

Apr 1, 2011

Pulangnya seorang yang dinanti-nanti.

Beberapa minggu aku tidak bersama dia. Menyebabkan kerinduan semakin hari semakin menebal. Berada sendirian di rumah atau di luar sana sangat membosankan. Sudah kebiasaan bersama orang yang tersayang. Ketika tidur, mandi, makan, bergelak ketawa, bersedih semuanya ada bayangan dia.


Kelmarin dia pulang. Pagi itu aku bersiap sedia menyambutnya. Dia pulang menghilangkan segala kerinduan dan menimbulkan banyak persoalan. Mungkin kah akan terpisah lagi? Jiwa aku selalu takut dengan suaranya jika berkata-kata. Takut dengan kesakitan hati, keterpaksaan diri. Semalam pengorbanan amat penting. Dia sakit sedikit. Tapi bagi aku terlalu berat meninggalkannya sendiri di rumah. Tapi aku mesti kerja. Untuk kita.

Aku harap esok dan seterusnya akan ada sinar. Yang terus menerangi hidup. Harapan aku pada sesuatu untuk memulakan semula semua yang tersilap akankah terjadi? Tuhan. Silalah dengar doa-doaku selalu.