22 March, 2011

"Abang Baik" atau "Cuci Lah"?

Semenjak dua menjak ni aku menjadi seorang yang malas nak cuci kereta. Kereta aku penuh dengan debu. Kalau dulu aku rajin cuci kereta sendiri. Tapi semenjak kami dilarang mencuci kenderaan sendiri ditempat kerja, kereta aku mula berdebu. Tebal juga. Kalau cuci kat car wash, rasa macam aku cuci sendiri lagi bersih. Buang ringgit saja. Tapi aku dah janji dengan kereta aku. Kalau da settel masalah aku pasal kereta ni, aku akan cuci bersih-bersih. Siap kasi wangi-wangi lagi.

Aku rindu sangat isteri aku. Dia pergi KL. Atas urusan penting. Tinggal aku sendiri di rumah. Pulang kerja, aku mula bingung nak masak apa. Paling senang pun masak mee segera. Lepas tu main game, tenggok tv, tidur. Begitukah rutin lelaki yang isterinya tak ada dirumah? Tapi aku rasa bagus lagi begitu daripada keluar melepak sana sini kalau isteri tak ada. Jaga rumah la katakan. Aktiviti yang kerap aku jalankan ialah main pc game. Masa main game ni la ada beberapa orang budak bermain-main di luar rumah. Aku suruh diorang main di bawah sebab menganggu konsentrasi aku melawan zombie-zombie ganas. Ada seorang budak ternampak laptop aku yang memaparkan imej zombie.

"Abang... Itu game zombie ya?"

"Iya. Kenapa?"

"Boleh pinjam?" Maksudnya mau main game la tu. Memandangkan aku nak buat kopi, aku suruh dia main dulu. Tidak disangka, yang turun tadi naik balik dan masuk beramai-ramai tenggok game zombie. Riuh satu rumah. Aku nak halau, kesian pula. Nanti diorang cakap dengan bapak diorang yang aku ni jiran yang sombong. takut kena cop jiran sombong, aku biarkan saja. Tapi sakit pula hati aku ni, sebab sampai ke petang. "Kompom ketagih ni. Esok-esok aku kunci saja pintu rumah dan buat-buat tidur," kataku dalam hati.

Keesokan harinya, seperti yang dijangka, pintu rumah aku diketuk-ketuk. Bunyinya seperti berpuluh tangan yang mengetuk diselang seli dengan suara manja memanggil abang..abang... Aku biarkan saja. Beberapa minit kemudian senyap. Aku bukan pintu untuk memastikan. Ternyata aku ditipu. Mereka bersembunyi di dalam pintu stor yang terletak bersebelahan pintu rumah. Celaka! Diorang main game lagi. Bila aku fikir balik, tak la juga sunyi sangat. Aku biarkan saja diorang layan game tu. Ada yang melukis di buku contengan aku. Aduh. Kenapalah mak bapak diorang biarkan anak diorang masuk-masuk rumah orang. Aku nak halau, kesian pula. Tapi bila isteri aku dapat tahu, abis aku kena toche. Siap bagi warning lagi. Iya lah. Siapa yang tak marah kalau dah sampai masuk rumah orang tanpa minta izin. Aku pun marah. Cuma aku ni jenis lain. Kalau marah, macam gunung berapi. Takut nanti budak-budak tu menangis pula.

Hari kemudiannya, aku tak buka pintu lagi. Walaupun masih ada ketuk-ketukan, aku biarkan saja. Beberapa kali budak-budak tu datang tapi aku buat tak tau saja. Pagi esoknya aku pergi kerja macam biasa. Terlalu awal aku tiba di tempat kerja. Aku merokok dulu. Debu-debu yang mulai menebal di badan kereta ku sapu-sapu. Hitam jari. Tiba-tiba ada tulisan di sebalik debu. Automatik aku terfikir mesti kerja budak-budak tu. Sebab jenis font type ni aku pernah nampak dibuku contengan yang diorang conteng. Budak-budak tu la yang tulis. Aku senyum sendiri. Sebab diorang tulis "ABANG BAIK". Terharu sebentar. Tapi diorang tulis ni sebab kereta aku kotor atau memang ikhlas? Mungkin diorang suruh aku cuci kereta. Sepatutnya tulis lah "CUCI LAH KERETA ANDA".

T.A.M.M.A.T

11 March, 2011

Selamat dari saman

http://www.myeg.com.my/
Setelah membuat semakan melalui aplikasi online myeg, aku dapati tiada tunggakan saman terhadap aku. Syukurlah. Sebelum ni aku ada juga terlibat dengan saman-saman parking ni. Nasib da jelas da. Nak baca catitan pasal saman aku? kelik di sini.

Aku rindu isteri aku.. Semoga dia berjaya dalam apa jua situasinya.. Amin..