12 January, 2011

desktop cap tangan

Ini imej desktop aku yang terkini. Nampak wallpaper tu? Itu la tangan aku. Hahahah! Aku cuba-cuba scan guna printer serba boleh aku. Dapat lah hasil gitu. Inspirasi baru pula. Harap-harap aku tak gatal lagi nak scan-scan benda lain plak..

Baru-baru ni ada berlaku banjir pelik. Apa tak pelik. Cuaca punya main panas terik. Langit membiru, awan tiada yang kelabu. Tapi boleh hujan pula. Sampai banjir pula tu. Sadis btul! Sadis sebab yang banjir tu dalam rumah aku. Tangki kat atas kaurters mengalami kerosakan. Habis air melimpah keluar. Tambahan lagi rumah aku di tingkat paling atas. Kalau basah kat luaar rumah tak apa. Ini dah sampai masuk sempadan larangan. Nasib la bini aku seorang yang tabah.  Waktu petang, barulah hujan reda. Nasib juga hari panas terik. Cepat juga kering. Tapi lampu rumah aku dah masuk air. Aku rasa dah terbakar kejap tadi. Sebab ada bau wangi. Gelap sekejap rumah aku. hehehe.. Sekarang dah terang benderang semula.

Tamat! :-)

2 comments:

  1. yang pompuan tu awek ke??

    eh sila lah masuk contes tu kalau kamu mahu ye.=)

    my pleasure

    ReplyDelete
  2. hehe..tu orang rumah tu mut..insyallah..ku join contes lu..

    ReplyDelete

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: