31 December, 2010

Catitan dihujung tahun 2010

Gambar ni tiada kaitan dengan mana-mana cover filem atau album muzik atau pun mana-mana muka kulit buku, majalah dan lain-lain. Cuma berkait dengan blog gnela.blogspot.com dan juga laman sosial Facebook Juz Lee. :-)
Catitan dihujung tahun 2010. Ada apa dengan 2010? Bagi aku, tahun 2010 merupakan tahun yang sangat bersejarah dalam hidup aku. Sejak mula tahun ni sehingga la ahkir tahun, banyak meninggalkan cerita, kisah dan pengalaman serta pengajaran juga kenangan indah yang bisa membawa pedoman dan pengajaran dan kerinduan di tahun 2011 (esok harinya) dan mungkin sampai bila-bila.
Tahun 2010 aku membuang status bujang yang jatuh pada 18 Jun, Jumaat. Di dua tempat (Tuaran dan Kota Belud) ini telah menjadi medan saksi aku dan orang tersayang (isteriku) bersatu. Bukti yang ditunggu-tunggu selama lima tahun lebih akhirnya terpacak pada tahun 2010. Itulah yang terindah 2010.
Tidak ketinggalan juga kisah-kisah yang telah mengubah setiap perwatakan kami adik-beradik dimana tanggung jawa itu dinampakkan terhadap kedua orang tua yang dihormati dan dikasihi. Dan harapan di tahun 2011, apa yang keruh pada tahun 2010, sama-sama kita jernihkan pada 2011. Semoga kita semua mendapat manfaat yang baik pada tahun akan datang dan dapat menjadikan azam sebagai peganga kuat untuk membetulkan apa yang silap, membuang apa yang buruk.

Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua warga Malaysia! Bloggers-bloggers! Pejuang-pejuang minda! dan Semuanya!

p/s: bertambahlah senarai dalam arkib blog lagi. :-p

2 comments:

  1. bro Edoras baru saja join dunia blogging. Jom support and welcome him to the world of blogging! yay! ^_^

    ReplyDelete
  2. iya ka bro? apa link dia?

    ReplyDelete

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: