31 December, 2010

Catitan dihujung tahun 2010

Gambar ni tiada kaitan dengan mana-mana cover filem atau album muzik atau pun mana-mana muka kulit buku, majalah dan lain-lain. Cuma berkait dengan blog gnela.blogspot.com dan juga laman sosial Facebook Juz Lee. :-)
Catitan dihujung tahun 2010. Ada apa dengan 2010? Bagi aku, tahun 2010 merupakan tahun yang sangat bersejarah dalam hidup aku. Sejak mula tahun ni sehingga la ahkir tahun, banyak meninggalkan cerita, kisah dan pengalaman serta pengajaran juga kenangan indah yang bisa membawa pedoman dan pengajaran dan kerinduan di tahun 2011 (esok harinya) dan mungkin sampai bila-bila.
Tahun 2010 aku membuang status bujang yang jatuh pada 18 Jun, Jumaat. Di dua tempat (Tuaran dan Kota Belud) ini telah menjadi medan saksi aku dan orang tersayang (isteriku) bersatu. Bukti yang ditunggu-tunggu selama lima tahun lebih akhirnya terpacak pada tahun 2010. Itulah yang terindah 2010.
Tidak ketinggalan juga kisah-kisah yang telah mengubah setiap perwatakan kami adik-beradik dimana tanggung jawa itu dinampakkan terhadap kedua orang tua yang dihormati dan dikasihi. Dan harapan di tahun 2011, apa yang keruh pada tahun 2010, sama-sama kita jernihkan pada 2011. Semoga kita semua mendapat manfaat yang baik pada tahun akan datang dan dapat menjadikan azam sebagai peganga kuat untuk membetulkan apa yang silap, membuang apa yang buruk.

Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua warga Malaysia! Bloggers-bloggers! Pejuang-pejuang minda! dan Semuanya!

p/s: bertambahlah senarai dalam arkib blog lagi. :-p

29 December, 2010

22 December, 2010

Tukar template lagi

Balik-balik tukar template blog. Macam tak ada pendirian btul la aku ni. He.. Sebenarnya ni la salah satu hobi aku. Tukar template blog. Hahaha.. Blog aku suka hati aku la. Betul tak? Apa pun korang jangan jeles sebab blog aku macam sesumpah. Kejap begitu, kejap begini. Kalau korang pernah follow aku suatu masa dulu, lagi teruk blog ni aku kerjakan. Boleh dikatakan setiap kali onlline, aku gatal nak tukar template. Orang yang dulu-dulu tu, mesti da kenal aku la.

Ini screenshoot blog ni. Ala.. Saja letak imej supaya ada thumbnail kat bawah posting. Hehe..

Untuk makluman korang semua, kebanyakan template blog yang aku suka ambil ialah dalam laman web btemplates.com .. Kalau korang cari template untuk blogger, dalam web ni memang banyak. He.. Aku macam promote web ni ja. Tapi tak apa. Ini namanya perkongsian.

Aku harap korang yang selalu berkunjung dalam blog ni jangan lah angap blog ni sebagai binatang sesumpah yang selalu menyamar untuk memakan mangsanya. Jangan. Sebab ni memang hobi aku. Tapi insyallah, kalau aku dah jumpa template blog yang betul-betul ngam di hati, aku tidak tukar sekejap-sekejap lagi.

p/s: mungkin template ni bakal aku edit. Buat transformasi la katakan. ;-P

18 December, 2010

WachaBox

Ini tentang wachabox. ku dah penat cari username dan password wachabox yang ada di blog aku sekarang ni. Tapi tidak juga jumpa. Aku ni memang seorang yang pelupa. Maklumalah dah bertahun tidak log in CBOX. Tetapi aku terlogin cbox aku dalam akaun yang lain. Cuma perbezaannya tidak ramai yang pos mesej berbanding wachabox yang sekarang. Apa pun aku terpaksa delete juga demi untuk kebaikan kita semua. So, kepada para pengunjung blog ni, kalau anda ingin berWachaBox, sila gunakan wachabox yang baru di sebelah kanan, bawah. Klik "buka wachabox". Kemudian berWacha lah anda di situ..



















Itu saja tentang wachabox, sekian terima kasih kerana membaca..

Aku rindukan bondaku..

Saat ini aku sangat rindukan bonda. Walau baru beberapa hari lalu aku balik kampung jumpa mereka, sekarang dah mula rindu. Mesej-mesej yang aku terima dari adik beradik ku membuat aku rasa rimas di sini. Aku mahu pulang. Pulang dan ada di sana bersama mereka.

Bila dengar suara bonda di telefon bimbit aku, ada basah di ruang mataku. Airmata rindu, kasih dan sayang seorang anak kepada ibunya. Sungguh aku rindukan bonda. Sayangkan bonda. Aku mahu bonda sentiasa sihat seperti dahulu. Hanya doa yang dapat ku kirimkan saat ini.

Aku sentiasa berdoa kepadaNya untuk kesihatan bonda...

13 December, 2010

musim sakit ka ni?

Aku tak berapa sihat. Macam demam ja. Batuk2.. Isteri aku juga. Mungkin sebab terjangkit dari aku. Tapi kalau kerja, aku pergi ja. Selagi sakit tak teruk. Kerja tetap kerja. Yang tak bestnya, pergi kerja, kita sakit, orang cakap kita buat-buat sakit. Selalu lah dipersoalkan. Cuba kalau diorang yang sakit. Tidak pula aku bising cakap itu ini. Kalau isteri aku boleh terjangkit oleh virus demam aku ni, apatah lagi orang-orang kat tempat kerja ni. Biar diorang rasa apa yang aku rasa. (tumbuh tanduk)