nuffnang frame

Nov 29, 2010

Sesuatu yang dirasa

"Dia diseberang sana..."
Awal pagi aku hantar isteri aku ke triminal feri antarabangsa. Dia balik kampung sebab hal yang penting. Aku tak ikut sebab tugas di wilayah ini. Lagipun tahun ni cuti aku sangat kritikal. Jadi terpaksa tinggal seorang di sini.

Walaupun berat hati berpisah sementara, aku relakan saja. Sebab aku faham perasaan dia. Aku tahu apa nawaytu dia. Jam 8:30 pagi feri belayar membawanya ke seberang sana. Aku teruskan perjalanan pulang. Sampai dirumah, aku duduk mengeluh. Tak ada bunyi pinggan mangkuk dicuci. Tak ada secawan kopi sampai di atas meja seperti selalu (bukan malas nak bancuh kopi sendiri. Cuma terbiasa dengan kebiasaan). Sunyi. Begini rupanya rasa ini. Jika sendirian tanpa isteri. Seperti rumah tidak berseri. Cheh..Macam pantun pula..

Aku bancuh kopi dan duduk semula sambil melayan perasaan. Ya! Perasaan rindu. Rasa baru sebentar aku pegang tangannya di triminal. Belum pun sampai tengahari. Rindu mula membaham-baham hati. Begini lah bila berjauhan dengan orang yang menyayangi kita dan yang kita sayangi.

Aku tak buat apa-apa waktu itu. Sampai la aku terlena sendiri di ruangan tamu. Tv pula yang menonton aku. Ada juga beberapa kali kami berhubung melalui telefon. Terubat juga rindu. Pesanan SMS pun jadi la.

Aku terfikir juga. Kalau-kalau aku terpanggil untuk kursus di mana-mana selama beberapa minggu, adakah aku akan merasakan sesuatu yang lebih dahsyat lagi dari ini? fikiran ini buat aku rasa takut pula.

Lain cerita, aku ngantuk sekarang ni. Apa kata aku tidur dulu... Selamat semua....nanti la aku sambung catatan lagi..

"semoga dia selalu ingat aku di sini..."

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: