nuffnang frame

Nov 8, 2010

gnela Blogspot

Kalau dikira mengikut tarikh mulanya aku berblog nih, dah dekat 7 tahun lebih aku bersama gnela.blogspot.com. Bila aku jelajah blog blog yang ada sekarang, memang sah lah, blog di Malaysia nih sudah berkembang sangat. Dari yang muda hinggalah yang tua, semua mampu punya blog sendiri. "Memang best la kau Blogger!". Ada juga yang guna domain name sendiri. Membuatkan blog mereka nampak lebih macho, hensem, lawa, cantik, popular dan hebat. Aku pun kadang teringin juga nak buat domain www.gnela.com. In Sha Allah. Kalau ada rezeki, aku cuba beli domain name tu. Kalau da ada nanti, korang jangan la jeles pula (hihihi).

Kepada yang selalu menjenguk ke blog aku yang buruk ni, aku ucapkan terima kasih bebanyak sangat. Aku tau blog aku tidak la popular. Blog aku cap ayam kampung ja. Tapi aku puas dengan adanya gnela.blogspot.com, aku dapat meluah, merasa, menikmati, menyedari, memberi, menerima dan sebagainya. So, aku mungkin akan terus berblog walaupun semakin lama semakin kabur di skrin komputer anda anda semua. Kepada yang baru mula berblog. Teruskan usaha anda mencari ketenangan dan kepuasan. Keputusan di tangan anda. Berblog la dengan sihat dan mantap. Agar anda menjadi sihat dan mantap.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: