nuffnang frame

Oct 31, 2010

Borak borak artis melayu

Sedang aku menonton drama "Tiga menantu" di televisyen (Astro Prima, 31 Oct 10:00 am, Lakonan S.Shamsudin dan Arif S.Shamsudin) kawan aku tiba-tiba bersuara.

"Engkau tau tak, kenapa S. Shamsudin tidak mendapat gelaran Datuk?"

"Entah. Tak tau pulak.."

"Sebab beliau lahir di Singapura, bukan Malaysia.."

"Oo..Begitu ka.."

"Begitu lah yang aku tau.."

"Habis, Shahrukh Khan pula? Lahir di mana?"

"Di India la.."

"Bukankah dia ada mendapat gelaran Datuk di Melaka pada tahun 2001? Dia bukan lahir di Malaysia, tapi mendapat gelaran Datuk di Malaysia. Sumbangan Pelakon pelawak veteren S. Shamsudin di Malaysia kita dapat lihat. Tapi pelakon India ni?"

"Entah la.. Kau tanya la diorang. Mana aku tau.."


http://www.sinemamalaysia.com.my/artist/info/?id=Shamsudin_Bin_Dali_3554

Oct 19, 2010

Daisypath

Daisypath Anniversary tickers

Saje suka-suka buat banner kecil Daisypath ni. Kalau korang ingin letak banner Daisypath ni dalam blog korang boleh layari web http://daisypath.com. Mungkin sesuai untuk kaum hawa je ni. Hehehe.. Tapi aku rasa sesiapa pun boleh letak. Yang penting, happy always! Adios!

Oct 17, 2010

Makcik facebook

Bila aku tenggok facebook aku ari tu, ada satu pembalasan komen-komen di gambar seorang bayi comel yang telah di tag di profil aku. Malas mau cerita sebenarnya. Tapi aku rasa macam lain ja bunyi komen manusia tu.

kalau pun ada rasa jeles tu kat aku, atau sapa-sapa la waktu tu, jangan la cakap mcm tu makcik. Orang pempuan tak baik cakap dengan suami orang macam tu. Sensitif. Huhuhu! Kalau tak silap aku dulu pun, waktu makcik dan pakcik tu baru kahwin, belum juga ada zuriat. Lama juga kosong. Entah tetiba pula aku nampak gambar da dodoi-dodoi budak. Alamak! Naik minyak la member tu pula.

Oct 2, 2010

Tahniah kawan!

Tahniah aku ucapkan kepada dua orang sahabat rapat aku sejak sekolah lagi. Mereka ni da jadi seorang bapak. Wah.. Naik pangkat la katakan.



Gambar atas ni adalah anak kepada Ahmed Fitri dan Masnirah. Tahniah geng!



Gambar atas ni pula adalah anak kepada Mohd. Faizal dan Faridah. Tahniah juga geng!

Dalam kami bertiga, diorang la yang kahwin dulu. Mula-mula Faizal. Kemudian Amed fitri pula. Aku yang last. Belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata lagi. He.. Tapi, walaupun begitu, akhir-akhir ini aku selalu sibuk mencari nama untuk anak aku. Nama biarlah yang baik dalam Islam. Insyallah.. Ada masa aku update lagi blog ni. Layan balik kerja aku buat presentation ni.