nuffnang frame

Aug 31, 2010

Adeh facebook

Facebook adalah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel, boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Christ Hughes. Pada mulanya, ahli-ahli Facebook hanya terhad pada penuntut Harvard, tetapi kemudian diperluaskan kepada kolej-kolej lain di Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu Facebook telah berkembang untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi dan akhirnya sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini Facebook dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Itu adalah serba sedikit fakta mengenai Facebook yang dipetik dari wikipedia.org (http://ms.wikipedia.org/wiki/Facebook). Ada lebih 400 juta pengguna tapak web ini di seluruh dunia yang telah aktif dan menjadikan Facebook salah satu alternatif baik untuk mengutarakan rasa hati, perasaan, kemarahan, percintaan, bisnes, pendidikan, karya, kerja, dan sebagainya. Ada juga yang menjadikan web ini salah satu tempat peperangan. Contohnya yang saya dapat tahu, adik-beradik bergaduh (perang mulut atau perang ayat) yang mencatatkan ketidak puas hati mereka sehingga menyebabkan perbalahan antara hubungan itu. Cakap itu ini. Maki, kutuk, hina, sindir dan macam-macam lagi ayat kotor, kurang ajar, yang digunakan sehingga mendapat perhatian orang ramai di seluruh dunia. Tidak kah ini menjadikan satu keburukan? Bagaimana pula dengan suami isteri? Tidak mustahil perceraian berlaku hanya disebabkan Facebook. Bukankah itu buruk?

Saya mencatat ini bukanlah bertujuan untuk memburuk-burukkan tapak web sosial tersebut. Sebenarnya apa yang terjadi buruk itu adalah dari pengguna sendiri. Yang tidak berfikir dengan baik. Mereka memaki hamun, mengutuk atau menghina sesama sendiri. Dan semua itu di saksikan oleh berjuta manusia di dunia. Kenapa mahu mengaibkan diri sendiri, keluarga, teman atau orang lain? Sebaiknya jadikan laman web sosial itu satu tempat dimana kita boleh berkongsi sesuatu yang baik. Yang boleh mendatangkan faedah.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: