23 May, 2010

Jangan jadi seperti AYAM melintas jalan

Dalam jam 10 lebih aku keluar pegi ke bandar dengan tujuan mencari beg untuk persiapan hari yang bakal tiba. Hari Ahad, ada tamu di salah satu kawasan bandar. Bererti jalan raya agak sibuk kerana ramai orang ke sana. Pasal parking kereta jangan cakap la. Memang susah nak parking dekat-dekat kawasan itu. Masa aku hendak telefon tunang aku, tiba-tiba terdengar jeritan orang-orang berdekatan dengan aku. Aku toleh pantas. kelihatan seorang budak berumur dalam lingkungan 5-6 tahun tergolek di atas jalan raya. Sebelum tu memang aku dengar bunyi seperti perlangaran. Sah budak tu kena langgar kereta.

Sudah tergolek begitu, ibunya cepat-cepat mendapatkan anak itu. Syukur la tiada yang teruk terjadi. Hanya dahi budak tu benjol. Apa sebab-sebab kejadian itu berlaku? Nasib baik budak tu tidak meninggal. Sebenarnya semasa melintas, ibunya tidak memimpin tangan anaknya itu. Ibunya pula terlebih dahulu melintas dan membiarkan anak itu melintas sendirian. Sudah berlaku begitu di marah lagi budak tu. Aduh..

Jangan la biarkan anak anda melintas sendirian. Pimpin tangannya ketika melintas. Jangan sampai terjadi sesuatu kemalangan jiwa yang ngeri. Menyesal tidak berguna.

07 May, 2010

"Selamat hari IBU" 09 Mei..

Aku ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu ibu di dunia ini, terutamanya ibu saya sendiri. Semoga berada dalam keadaan sihat, baik, ceria, bahagia, sejahtera.. Terima kasih ibu kerana telah menjaga aku sejak kecil sehingga hari-hari sebelum aku hidup sendiri di sini. Walaupun jauh berada, tapi ibu tetap dalam hati. Sentiasa ada dalam hati.