12 January, 2010

Kerisauan seorang suami…

Aku membelek-belek akhbar yang tarikhnya sudah berlalu. Tiba-tiba terpapar tajuk yang menarik bagi aku. Ini pengakuan seorang isteri yang telah sedar dan menyesali atas perselingkuhan yang dilakukannya. Melalui petikan yang ditulis, si isteri ini curang adalah kerana tidak tahan dengan dugaan ketika berjauhan. Hubungan suami isteri ini terpisah oleh jarak tempat mereka berkerja. Seorang di Sabah, seorang di Kuala Lumpur. Hanya telefon sahaja yang menjadi perantaraan antara mereka.

Setahun macam tu, sudah tentulah timbul rasa bosan dan kesunyian. Lebih-lebihh lagi disebabkan gagal mendapat pertukaran tempat kerja menimbulkan tekanan yang melebihi apabila bercampur dengan kebosanan dan kesunyian. Disebabkan itu, masa si siteri yang membuat pengakuan ini lebih terluang bersama teman-teman dan masa terluang itu pula terisi dengan keluar minum, melepak di kafe dan bersembang-sembang.

Silapnya si isteri ini telah meluahkan kesunyiannya dan masalah rumah tangga kepada seorang kawan lelakinya. Dan silapnya lagi dia meluah dengan lelaki bujang yang sentiasa mencari kesempatan untuk kepentingan diri dan keseronokan dirinya (tetapi tidak semua lelaki bujang begitu). Disini lah dia memainkan peranan jantan jahatnya. Mungkin dimulakan dengan suara lembut, pujuk rayu dan rasa simpati, kononnya.

Si jantan bujang mula menawarkan diri untuk sentiasa menemani dikala sunyi. Silapnya lagi si siteri terima tawaran itu tanpa memikirkan yang dia ni seorang isteri kepada seorang lelaki yang berkerja di tempat lain. Si jantan bujang akan tersenyum dengan kerelaan si isteri orang itu.

Selalu bersama tidak kira dimana jua. Sehingga terlupa diri masing-masing adalah siapa. Sampailah keterlanjuran terjadi antara mereka. Tapi, adakah si jantan itu mahu bertanggung jawab dengan wanita yang sudah bergelar isteri orang itu? Tidak! Ini adalah peluang yang dinanti-nantikan si jantan keparat. Si jantan mula tersenyum puas. Sedangkan si isteri orang tadi mula menangis sesal.

Ketika kandungan berusia lima bulan, akhirnya isteri tersebut dapat bertukar kerja di Kuala Lumpur. Ada petikan berbunyi “Saya berasa lega kerana berjaya melepaskan diri daripada terus membuat benda yang tidak senonoh..” Dan pada aku, ayat ini seperti memaksudkan bukan sekali benda tidak senonoh itu berlaku. Ayat “terus” itu menguatkan lagi kemungkinan benda itu berlaku banyak kali atau dia masih mahu melakukannya.

Setelah dua bulan suami isteri ini hidup bersama, si isteri mendapati sikap si suami telah berubah. Akhirnya si suami mengaku ada menjalinkan hubungan sulit dengan seorang perempuan. Dia pulang ke rumah pun hanya kerana kesiankan dengan isterinya yang sedang sarat mengandung. Sebaik sahaja matahari terbenam, si suami mula berubah perasaan. Mungkin perasaan sayang kepada benci. Mula suka marah-marah. Jadi, untuk mengelakkan dia selalu memarahi isterinya yang sarat mengandung itu, dia keluar rumah dan sanggup tidur di pejabatnya.

Si isteri telah merujuk kepada seorang ustaz berkenaan keadaan suaminya dan didapati suaminya itu diberi makan benda kotor oleh perempuan yang baru dikenali dua bulan. Tersedar perkara itu, si suami menyuruh isteri itu pulang ke kampung sementara dia berubat.

Persoalannya, kenapa ia berlaku? Adakah kalangan isteri ini mahu setaraf dengan suami atau lelaki yang sudah tidak pelik dengan sikap curangnya? Apakah curang kini menjadi satu trend? Kenapa kecurangan berlaku? Suami curang dengan isteri, biasa kita dengar. Tetapi isteri curang dengan suami, agak luar biasa. Kenapa? Adakah sebab kita tahu hanya lelaki yang boleh berbini empat, tidak wanita? Luar biasa kan bila dengar wanita berlaki empat. Apa pun, cuba-cuba la fikir.

(petikan diambil dari Utusan Malaysia, Isnin, 4 januari 2010, Ruangan Agama)

2 comments:

  1. Anonymous18/1/10 17:02

    setiap yg berlaku ada pengajarannya tp kenapa perlu 'sakit' sampai perlu 'berubat' sedangkan menghindar itu lebih baik dari mengubati..persoalannya ia berlaku kerna kurang muhasabah diri..tdk cukup fhm erti perkahwinan itu sendiri dan kurangnya rasa sabar dalam diri..perlu sedar apa yg d beri utk kita adalah yg terbaik dariNYA..

    ReplyDelete
  2. Anonymous24/5/14 11:56

    Perkara tu x semesti berlaku @ dilakukan dan jgn berikan alasan sunyi bosan dan sbgnya ia boleh di isi dgn luangkan masa pada perkara lain yg berfaedah x kira lah apa yg kita lakukan dapat memberikan kepuasan dan berbaloi dlm kontact ni iman sabar taqwa bersifat jujur n amanah kpd diri sendiri kesilapan blh berlaku jika x kena pada pemilihan kawan seperti pepatah berkata kawan ketawa senang dicari tapi kawan bersedih n pendengar yg setia namun sukar ditemui zaman skg byk jenis kawan mkm kawan depan baik pijak semut pun x mati tapi mempunyai niat yg tidak baik sbb pemikiran telah dicemari dgn kekotoran minda yg nagetif bkn positif itu yg jdi permasalahan dlm pergaulan sy bkn seorg pengkomen yg bagus namun itu lah pandangan sy sepatut setiap org yg dah berkawin patut ada persefahaman saling ingat mengingati percaya pada diri dan pasangan walaupun bkn 100% tapi berkeyakinan wallahualam

    ReplyDelete

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: