24 January, 2010

Ada Yang Masih Ada #3

"Oh my hero..."
Jul 5, '04 9:38 PM
for everyone

"...Kita silap menyanjung "wira". kita sanjung orang yang tiada sifat kewiraan. Siapa "wira" sebenarnya? Dalam novel, dlm filem, kita lihat wira itu orang yg menentang kezaliman atau menyelamatkan org dlm kesusahan. tapi kita sanjung org yg mendaki gunung dan berlayar di laut sebagai wira. mana sifat wiranya? kezaliman apa yang dia tentang? orang susah mana yg dia bantu?..." (petikan matjan, wira tak didendang, 30 june 2004)
Tindakan pantas sekumpulan 10 remaja berjaya menghalang api daripada merebak di tingkat dua rumah pangsa Tanjung Aru, dekat sini, pada Isnin. Remaja-remaja itu, sebahagiannya berada di sebuah kedai di blok yang lain, bertindak segera apabila melihat asap berkepul-kepul dari salah sebuah bilik tidur di rumah pangsa di Blok B1, pada pukul 3.00 petang. (petikan Harian Expres, Selasa, 6hb Julai 2004)
Cerita aku:
Aku dan rakan-rakan seronok bermain gitar di atas bumbung banggunan berek polis. Tiba-tiba kami terhidu bau seperti wayar elektrik terbakar. Dah mula nampak asap dari rumah kosong tingkat empat bangunan itu. Cepat-cepat kami turun dan berlari ke rumah kosong tersebut.
Memang ada kebakaran! pelajar-pelajar yang berada di sekolah Saint John yang terletak di sebelah banggunan berek polis sudah mula bising pasal kebakaran itu. Mungkin sebab panik. Aku dan rakan-rakan terus membuka baju dan merendamkannya ke dalam air. Walaupun kami dalam 'kepanikan', kami masuk ke dalam rumah itu dan cuba memandamkan api yang membakar sebuah almari yang agak besar dengan 'baju basah' tadi. 60 peratus api yang membakar pada waktu itu berjaya dipadamkan oleh aku dan rakan-rakan yang lain.
Tidak lama kemudian beberapa orang anggota polis yang menyedari kebakaran itu bergegas ke tempat kejadian dan membantu kami memadamkan api. Beberapa minit kemudian pula, bomba datang untuk menamatkan kejadian yang tak diingini. Syukur hanya separuh bahagian rumah itu sahaja yang terbakar.
Kemudian kami dan beberapa orang lagi disoal siasat. Kata seorang budak yang juga penghuni bangunan itu, sewaktu dia bermain-main di tingkat bawah, dia ternampak beberapa orang lelaki berpakaian seragam sekolah turun dari tingkat atas. Nasib kami dah tamat sekolah. Apa yang aku dapat? Nasihat dari seorang anggota polis, "Jangan bermain di atas bangunan. Jangan pandai-pandai jadi 'hero'. Menyusahkan diri sendiri saja..." (kenangan aku di berek polis)
Soalan aku:
1) Melalui cerita aku tadi, adakah aku dan rakan-rakanku boleh dikatakan sebagai "wira"? Sila beri kenyataan bagi menyokong jawapan anda.
2) Patutkah anggota polis tersebut memberi nasihat sedemikian walaupun mengetahui baju-baju kami telah menjadi kenang-kenangan?
3) Betul ke jadi 'hero'/wira ni menyusahkan diri sendiri?

22 January, 2010

Ada Yang Masih Ada #2

rindu kenangan itu... Jul 5, '04 1:44 AM
for everyone

"Apa khabar kampung Tajau
Lama sudah tinggal di sini
Macam-macam yang terjadi
Aku pun hairan sekali..."

Aku menyanyi sambil bermain gitar kesayanganku.
Memang semenjak tinggal di kampung ni, macam-macam yang terjadi.
Dulu sewaktu kami sekeluarga masih tinggal di berek polis, tak ada pun aku boring tahap dewa naga mengamuk. Mungkin jarak kampung ni dengan pekan tempat selalu aku membuang segala kebosanan telah pun menjadi jauh.

Bilalah kami akan pindah semula ke tempat dulu. Betul-betul rindu dengan keadaan dulu. Walaupun ruang rumah tak berapa besar, tapi kami tetap tenang tinggal di situ.

21 January, 2010

Ada Yang Masih Ada #1

Catitan semalam...
Jun 29, '04 10:52 PM
for everyone

Memang dah janji dengan Faizal dan Amed nak berjumpa malam Rabu ni. Nampaknya aku orang pertama turun pekan. Hehehehe... Bukan bersemangat. Tapi aku kejar masa, takut supermarket tutup pula. Adik aku pesan, "..Belikan saya gam kertas. Esok nak guna untuk pendidikan seni..." Aku anggukkan kepala. Macam peminat muzik rock yang tengah 'head banging'. Cuma aku 'banging' ada makna. Diorang 'banging' sampai macam nak tercabut tengkuk tu je aku tak tau apa maknanya. Yang aku tau, diorang buat begitu sebab sedang menghayati lagu yang didendangkan oleh kumpulan-kumpulan muzik 'Rock ganas'. Tapi tak le aku hangguk kepala sampai 'head banging'. Aku hangguk simple je. Untuk menjaga tulang tengkuk daripada patah. &p ...Alamak! Peminat muzik 'rock ganas', tolong jangan belasah aku. Aku tak ada duit nak bayar ubat. Apa-apa pun aku 'tabik' jugak le ngan muzik yang bersemangat tu. Sekurang-kurangnya koleksi hiburan bertambah. Jangan tersesat dah ler...
Kat supermarket Milimewa, Tuaran. Aku parking kereta kat belakang. Kat depan supermarket, carpark dah 'full'... Termasuk di jalan raya yang bertulis dengan huruf berwarna kuning, "NO PARKING!". Tempat parking motorsikal juga menjadi mangsa. Aku naik tingkat 3. Cari gam kertas yang adik aku pesan. Aku beli satu bungkusan gam kertas. Dalam satu bungkusan ada tiga batang gam kertas. Adik aku yang kecil dan masih bersekolah ada 3 orang. 'Ngam' le! Harganya hanya RM1.50... Kalau aku beli sebatang gam kertas yang ada wajah-wajah kartun, siap penutup dia bentuk kartun lagi, pun RM1.50.. Kegunaan tetap sama. Nampaknya juruwang itu masih baru kat sini. Patut le dia tak senyum dengan aku. Rupanya dia tak kenal. Aku biasa membeli alat-alat tulis dan lain-lain kat situ.
Aku jumpa Amed sebelum Faizal. Sempat lagi berborak kat bawah pokok dekat pasar malam. Sebaik sahaja Faizal tiba, kami bergerak ke destinasi biasa. Restoren Puteri. Malam ni aku tak minum teh tarik. Aku 'order' Nescafe. Amed terus kata aku mengantuk. Satu yang aku tak sangka, bertemu dengan seorang kenalan sejak kecil, sewaktu aku dan keluarga tinggal di berek polis. Perubahan yang aku nampak; dulu dia selalu bonceng basikal, sekarang dah pandu kereta wira 1.3... Dulu dia tak ada janggut, sekarang dah tebal janggut kat dagu. Hehehe... ;P
Semua pelanggan seronok cerita yang disajikan di kaca tv restoren Puteri. Cerita komedi. Arahan 'director Silver' (blok 404, kem 505, dll)... Tajuk cerita 'HANCUR'... Hmmm.. Memang hancur le cerita dia. Apa yang aku faham, cerita tentang tiga sahabat yang tinggal di satu rumah. Masing-masing punya impian tersendiri. Persahabatan menjadi rapuh 'gara-gara' seorang perempuan yang kononnya wanita cantik dalam cerita itu. Teringat dengan cerita Faizal hari tu. 'Gara-gara' perempuan dia 'lain-lain' dengan aku. Tapi aku malas nak cerita lagi. Lagi pun dia dah rasa bosan. Patutlah tak timbul bahasa isyarat. Ada pun bukan berkaitan dengan perkara tu. hehehe...;p
Kami pulang ke rumah bila jarum jam dah dekat pukul 12 malam. Sampai kat depan pintu 'gate' aku nampak abah berjalan menuju ke pintu gate. Abah memang seorang yang baik dan kuat. Hehehehe... Abah bukakan pintu gate untuk aku. Kitorang tak ada penjaga pintu gate. Kalau ada pun, mesti tak paham bahasa manusia. Belum sempat aku nak bercakap dengan abah, dia dah masuk dalam rumah. Abah suruh kunci pintu gate. Nanti 'maling' datang susah pulak. Kat kampung ni dah ada bau-bau kewujudan 'maling'. Apa tu 'maling'? Dalam bahasa Indonesia, 'maling'... Dalam bahasa ibunda kita, pencuri...
Kamu sudah mengunci semua pintu rumah? Bagaimana dengan tingkap? kalau masih ragu-ragu, silalah periksa lagi. Kalau dah kunci semua, bolehlah online atau tidur...
Selamat semua....

17 January, 2010

Ada yang masih ada...

Antara catitan blog aku yang pernah hilang tiba-tiba dulu..


Lepaskan sahaja... Jun 29, '04 6:21 AM
for everyone
Wahai wanita, usah perangkap
lelaki dengan cinta palsumu. Wahai lelaki, usah persia cinta suci wanita
terhadapmu. Lelaki dan wanita, kita sama-sama berkongsi hidup di alam ini. kita
sama-sama diberi hak untuk menikmati semua kelebihan dan kemudahan yang tersedia
di dalamnya.


Kita juga diberi hak untuk menikmati cinta dan kasih
sayang sesama kita. Mengapa harus salah seorang daripada kita menghianati
nikmat-nikmat yang sedia ada itu. mengapa kita harus mendustai cinta,
mengingkari kasih suci dan mensia-siakan orang yang sama-sama ingin hiudp
seperti kita.


Wahai wanita dan lelaki, anda diberikan kesempatan untuk
berada dalam situasi terbaik. Mengapa anda musnahkan hidup sendiri dengan
cinta-cinta palsumu. Mengapa tidak boleh anda jalani hidup ini seadanya anda
sebagai hamba.


Syukirilah nikmat cantik yang telah dianugerahkan ALLAH
kepada anda. Syukirilah juga nikmat tampan jika kesempatan itu diberikan kepada
anda. Wajah yang cantik dan tampan akan semakin cantik jika dibalut dengan
ketulusan....


Sayangilah diri dan cintailah dia, setulus hati anda.
Tinggalkan dengan langkah yang teratur andai anda terpaksa pergi...


DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ. ~ Andai anda terpaksa pergi


ada lagi.. nanti aku pos lagi..

12 January, 2010

Kerisauan seorang suami…

Aku membelek-belek akhbar yang tarikhnya sudah berlalu. Tiba-tiba terpapar tajuk yang menarik bagi aku. Ini pengakuan seorang isteri yang telah sedar dan menyesali atas perselingkuhan yang dilakukannya. Melalui petikan yang ditulis, si isteri ini curang adalah kerana tidak tahan dengan dugaan ketika berjauhan. Hubungan suami isteri ini terpisah oleh jarak tempat mereka berkerja. Seorang di Sabah, seorang di Kuala Lumpur. Hanya telefon sahaja yang menjadi perantaraan antara mereka.

Setahun macam tu, sudah tentulah timbul rasa bosan dan kesunyian. Lebih-lebihh lagi disebabkan gagal mendapat pertukaran tempat kerja menimbulkan tekanan yang melebihi apabila bercampur dengan kebosanan dan kesunyian. Disebabkan itu, masa si siteri yang membuat pengakuan ini lebih terluang bersama teman-teman dan masa terluang itu pula terisi dengan keluar minum, melepak di kafe dan bersembang-sembang.

Silapnya si isteri ini telah meluahkan kesunyiannya dan masalah rumah tangga kepada seorang kawan lelakinya. Dan silapnya lagi dia meluah dengan lelaki bujang yang sentiasa mencari kesempatan untuk kepentingan diri dan keseronokan dirinya (tetapi tidak semua lelaki bujang begitu). Disini lah dia memainkan peranan jantan jahatnya. Mungkin dimulakan dengan suara lembut, pujuk rayu dan rasa simpati, kononnya.

Si jantan bujang mula menawarkan diri untuk sentiasa menemani dikala sunyi. Silapnya lagi si siteri terima tawaran itu tanpa memikirkan yang dia ni seorang isteri kepada seorang lelaki yang berkerja di tempat lain. Si jantan bujang akan tersenyum dengan kerelaan si isteri orang itu.

Selalu bersama tidak kira dimana jua. Sehingga terlupa diri masing-masing adalah siapa. Sampailah keterlanjuran terjadi antara mereka. Tapi, adakah si jantan itu mahu bertanggung jawab dengan wanita yang sudah bergelar isteri orang itu? Tidak! Ini adalah peluang yang dinanti-nantikan si jantan keparat. Si jantan mula tersenyum puas. Sedangkan si isteri orang tadi mula menangis sesal.

Ketika kandungan berusia lima bulan, akhirnya isteri tersebut dapat bertukar kerja di Kuala Lumpur. Ada petikan berbunyi “Saya berasa lega kerana berjaya melepaskan diri daripada terus membuat benda yang tidak senonoh..” Dan pada aku, ayat ini seperti memaksudkan bukan sekali benda tidak senonoh itu berlaku. Ayat “terus” itu menguatkan lagi kemungkinan benda itu berlaku banyak kali atau dia masih mahu melakukannya.

Setelah dua bulan suami isteri ini hidup bersama, si isteri mendapati sikap si suami telah berubah. Akhirnya si suami mengaku ada menjalinkan hubungan sulit dengan seorang perempuan. Dia pulang ke rumah pun hanya kerana kesiankan dengan isterinya yang sedang sarat mengandung. Sebaik sahaja matahari terbenam, si suami mula berubah perasaan. Mungkin perasaan sayang kepada benci. Mula suka marah-marah. Jadi, untuk mengelakkan dia selalu memarahi isterinya yang sarat mengandung itu, dia keluar rumah dan sanggup tidur di pejabatnya.

Si isteri telah merujuk kepada seorang ustaz berkenaan keadaan suaminya dan didapati suaminya itu diberi makan benda kotor oleh perempuan yang baru dikenali dua bulan. Tersedar perkara itu, si suami menyuruh isteri itu pulang ke kampung sementara dia berubat.

Persoalannya, kenapa ia berlaku? Adakah kalangan isteri ini mahu setaraf dengan suami atau lelaki yang sudah tidak pelik dengan sikap curangnya? Apakah curang kini menjadi satu trend? Kenapa kecurangan berlaku? Suami curang dengan isteri, biasa kita dengar. Tetapi isteri curang dengan suami, agak luar biasa. Kenapa? Adakah sebab kita tahu hanya lelaki yang boleh berbini empat, tidak wanita? Luar biasa kan bila dengar wanita berlaki empat. Apa pun, cuba-cuba la fikir.

(petikan diambil dari Utusan Malaysia, Isnin, 4 januari 2010, Ruangan Agama)

07 January, 2010

Hacker konon…

Bila aku cari guna perkataan “HACKER” dalam carian facebook, ramai la yang perasan diorang nih hacker kunun. Hahahaha… Bangga sangat dengan nama campur hacker. kononnya diorang-diorang nih golongang pandai cerdik dalam bidang komputer dan it nih. Entah-ntah sekali tanya pasal aturcara pascal, visual basic, atau C++, atau asp, java script, cgi, html, php, dan lain-lain, semua ternganga mulut.

Hacker bermaksud penggodam.

Penggodam ialah seorang yang mencipta dan mengubah suai perisian dan perkakasan komputer, termasuklah pengaturcaraan komputer, pentadbiran, dan urusan-yang berkaitan dengan keselamatan. Istilah ini biasanya membawa konotasi handal, tetapi boleh jadi bagus atau buruk bergantung kepada konteks budaya. Takrifan biasa termasuklah:

  • Dalam pengaturcaraan komputer, penggodam ialah seorang pengaturcara yang menggodam atau mencapai matlamat dengan menggunakan satu siri pengubahsuaian untuk mengeksploit atau melanjutkan kod atau sumber. Bagi sesetengah orang, "penggodam" mempunyai konotasi negatif dan merupakan kepada orang yang menggodam atau menggunakan kluj untuk melaksanakan tugas pengaturcaraan yang dahsyat, tidak anggun dan tidak cekap.
  • Dalam keselamatan komputer, penggodam merupakan orang yang mengkhusus dalam kerja berkaitan mekanisme keselamatan sistem komputer dan rangkaian. Walaupun ia termasuk mereka yang berusahan menguatkan mekanisme-mekanisme tersebut, ia lebih kerap digunakan, terutamanya dalam media massa, untuk merujuk kepada mereka yang cuba masuk melepasi mekanisme-mekanisme tersebut.
  • Dalam bidang teknik lain, penggodam diperpanjangkan untuk memaksudkan orang yang membuat benda-benda berfungsi di luar had nampak melalui kemahiran teknik mereka, seperti penggodam perkakasan atau penggodam realiti.

nak sangat jadi penggodam, kasi kondem dulu komputer anda… Aku pernah dengar satu cerita seorang hacker, Kevin Mitnick yang ditangkap beberapa kali kerana menceroboh sistem komputer untuk mengambil katalaluan dan maklumat rahsia syarikat. Bila terbaca tentang biografi kevin mitnic ni, rasa macam best juga jadi hacker nih. Jadi, tidak hairan la ada yang menggunakan nickname bercampur dengan hacker. Tapi yang nyata mereka ni cuma tahu hacker, tapi tidak tahu bagaimana itu hacker. Rajin-rajin mencari maklumat mengenai hacker. Mana tau satu hari nanti kamu boleh jadi hacker. :-D