31 December, 2009

Tiba sudah 2010!!

Selamat tahun baru 2010. Semoga tahun 2009 banyak meninggalkan kita kenangan indah, pedoman berguna. Selamat Tahun Baru 2010!!

24 December, 2009

Umpama Lilin

Aku menahan pedih

Hanya untukmu yang disayangi

Tak pernah ku begini

Tidak peduli

Tentang diriku sendiri

kau Pernahkah berfikir

Tentang diriku, Pengorbananku

kau hanya mahu Kesenangan mu

Aku di sini Mengadai mati

Untuk diri mu..

Ku umpama lilin Menyinari

Tetapi ku pula Membakar diri

Tak dipeduli

Asalkan tidak Gelita lagi..

gnela: 1:52 pm / 15.12.2009

Pernahkah kamu berfikir tentang orang yang pernah berkorban untuk kamu? Apa yang kamu pernah buat dengan orang itu? Pernahkah kamu rasa dia terlalu lurus? Atau mungkin bodoh sebab sanggup mementingkan diri orang lain dari dirinya sendiri? Yang menyediahkan, ada yang sanggup mati untuk kamu. Tidak kisah orang itu siapa. seorang kekasih atau teman karib. Atau seorang ibu atau bapa. Atau mungkin seorang suami atau isteri. Atau juga seorang insan yang berkhidmat untuk masyarakat. Apa yang mereka terima daripada pengorbanan mereka terhadap kamu? Kadang-kadang sakit. Kadang-kadang perit. Kadang-kadang diri dan keluarga sendiri tidak dapat di fokus. Hanya satu, iaitu untuk kamu.

Mungkin kita berfikir orang itu bodoh. Terlalu lurus. Sampai sanggup mengadai nyawa hanya semata-mata untuk orang lain. Kita selalu sedih, atau mungkin sakit hati bila mendengar cerita-cerita yang menimbulkan persoalan seperti, “Mengapalah dia tu bodoh, sanggup mati untuk perempuan itu”, atau pun “Dia sanggup tak makan, hanya untuk kesenangan orang itu? Bodoh sungguh,”. Sebenarnya siapa yang bodoh? Siapa yang salah? Siapa yang membuatkan orang-orang begini menjadi begitu fokus kepada orang lain dan kurang fokus pada dirinya sendiri?

Aku bukanlah seorang yang bijaksana mengarang sebuah karangan. Tapi aku manusia yang ada perasaan. Sama seperti kamu. Ada yang menawarkan luahan sedih, gembira, pandangan. Begitu juga aku. Hanya mahu memberi sedikit pembuka mata kepada yang selalu mentertawakan pejuang-pejuang yang dianggap bodoh. Pejuang-pejuang pengorbanan. Pejuang di medan permainan dunia manusia bodoh sombong. Yang selalu menganggap diri mereka saja yang benar. Dan selalu menyalahkan orang lain, dan mencari kesalahan orang.

23 December, 2009

Windows Live Writer

Testing post blog guna windows live writer…:-p

04 December, 2009

Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa...

Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa tragedi bot karam di lautan utara Sabah, Pulau Banggi. Salah seorang sahabat yang mesra dipanggil ROY Traffic Jam juga menjadi mangsa. Walaupun aku tak rapat ngan dia, tapi aku kenal. Aku ucapkan takziah kepada keluarga sahabat.. Begitu juga seorang guru yang pernah mengajar di sekolah aku dulu. Juga telah menjadi mangsa tragedi tersebut. Tq Juzmyd sebab hantar sms kat aku berita nih...