17 November, 2009

Percutian untuk sesuatu

Aku mula bercuti pada 8 November 2009. Selepas saja selesai tugas, aku berangkat ke treminal feri Labuan. Tidak ku sangka ramai pula orang nak balik waktu tu. Aku rasa aku adalah orang yang ke tiga terakhir masuk ke dalam feri.

Masa dalam pelayaran, aku duduk di sebuah kerusi yang disediakan di dalam feri itu. Sambil menghisap rokok (bilalah aku berhenti merokok ni). Ketika itu aku disentak dengan suara kanak-kanak bercerita.

“Aku soal kau..”

“Okey!”

“Air terjun tidak berhenti mengalir. Bagaimana kita mahu hentikan terjunan air itu?” soal budak yang megalas beg dengan budak yang memakai kaca mata.

Budak yang disoal tu kebingungan. Aku ikut bingung. Aku berfikir juga untuk jawapan soalan itu. Biasanya teka teki kanak-kanak ni selalu yang luar biasa. Jadi aku terfikir, mungkin mahu matikan suis air terjun tu. Barulah ia berhenti mengalir. Hahahaa! Aku ketawa sendiri.

“Tutup suis air terjun. Berhenti la..” jawab budak yang disoal.

Hahaha.. Sama jawapan dia dengan jawapan dalam kepala otak aku.

“Salah!” kata budak yang menyoal.

“Habis? Macam mana?”

Dalam hati aku pun tanya macam tu.

“Senang saja. Tangkap gambar. Dalam gambar mesti air terjun tu berhenti mengalir.” Mereka ketawa.

Betul juga. Tapi jawapan tu tak la luar biasa pun. Biasa biasa saja.


Selitan;
Esok adalah hari pertunangan aku dan dia. Harap semuanya berjalan dengan lancanr dan baik. Doakan aku supaya dapat menghadapi cabaran-cabaran yang bakal tiba.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: