21 November, 2009

Masa mainkan aku?

Cobaan hidup memang banyak.
Kalau tak banyak bersabar, susah la hidup.

Hari tu aku tak sengaja mencabar masa. Sekarang masa macam main-mainkan aku. Aku juga tak sengaja mencabar kebetulan. Sekarang kebetulan pula main-mainkan aku. Tapi aku percaya pada takdir. Nasib baik dan buruk tu di tangan Tuhan. Kalau aku salah, salah la aku. Kalau aku benar, benar la..

Hari Khamis lalu aku ke seberang menaiki speed bot untuk mengambil kereta yang aku tinggalkan beberapa hari sebelumnya. Sewaktu dalam perjalanan ketika bot melintasi kawasan-kawasan tengah air, motor bot tersebut sepertinya mengalami masalah. Kami terapung-apung di tengah lautan pemisah. Aku senyum saja. Aku tau masa mainkan aku. Lama juga botman tu cuba korek-korek motor bot. Akhirnya kami dapat meneruskan perjalanan.

Sampai di darat, aku terus ke parking kereta. Tenggok! Tayar kereta kurang angin. Tapi masih boleh jalan lagi. Aku senyum. Mungkin masa mainkan aku. Tapi sebenarnya aku takut juga sebab malang tidak berbau. Mana tau sangkut di tengah-tengah perjalanan ke bandaraya. Aku yakin boleh sampai. Tapi aku buka mencabar. Aku cuma yakin.

Dalam perjalanan seperti biasa. Padamulanya perjalanan sangat lancar. Hampir ke sebuah daerah. Perjalanan mula sangkut-sangkut. Tapi bukan sebab tayar yang kurang angin. Sebab kenderaan mula banyak. Sampai lagi di sebuah daerah. Perjalanan agak perlahan. Aku target masa untuk ke bandaraya hanya 2 setengah jam. Tapi dah hampir 3 jam dalam perjalanan. Aku senyum. Rasanya masa mainkan aku.

Akhirnya sampai juga aku di bandaraya. Tapi masa dah 3 jam lebih. Nasib baik lah orang yang aku ingin jumpa sudah ada di situ. Kami makan dan beli sedikit barang. Ada satu barang yang masa gunakan untuk mainkan aku. Pusing-pusing mencari, tapi susah kalau tidak berkenan. Memang tak mau beli punya. Dekat 2 jam mencari barang akhirnya terpaksa beli sahaja apa yang boleh. Walaupun agak mahal. Sebab masa dah mula mainkan aku. Aku senyum saja.

Hujan lebat tiba-tiba turun sewaktu aku dalam perjalanan ke sebuah daerah untuk menghantar dia. Hujan sangat lebat. Jalan raya mesti lincin. Aku terpaksa pandu perlahan-lahan demi keselamatan. Aku senyum. Kerana masa sudah mainkan aku.

Sampai di daerah itu. Aku terus hantar dia ke rumahnya. Sebaik saja mahu pulang, aku dipanggil balik sebab terlupa sesuatu barang. Aku pusing balik. Aku senyum. Masa mainkan aku lagi. Selepas saja keluar dari perkarangan rumahnya, aku mula rasa panik. Bimbang. Masa sudah mainkan aku dengan teruk. Dapatkah aku sampai ke hujung permulaan aku tadi? Aku berserah pada Tuhan. Aku tidak lagi senyum. Kalau boleh aku ingin menangis. Tapi aku yakin, mesti sampai di sana. Mungkin.........

No comments:

Post a Comment

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: