30 November, 2009

Perasmian wacha.box oleh Lumut?



Nampaknya si lumut la yang telah merasmikan wacha.box aku nih..hahaha..Ternyata kau ni selalu juga singgah di pondok buruk (blog) aku ya..he... Apa pun wa caya sama lu la!!

29 November, 2009

Wacha.Box lagi...




aku sudah install wacha box dalam blog ni. Sebenarnya tak berminat sangat letak shout box. Tapi atas permintaan seseorang, letak jer ler.. hehehe... Sudi-sudi la meWachakan diri anda di wacha box ni..

25 November, 2009

Celaka punya anak!

Celaka punya anak! Kau pijak perut emak kau sendiri! Hey budak! Itu mak kandung kau la, bodoh! Dalam perut tu la kau tinggal dulu! Orang tua yang kau pijak tu la yang bawa kau dalam perut ke sana sini. Beban tau tak! Tapi dia tabah ja. Bila kau dah besar panjang, kaya raya, kau pijak pula perut tu! Apasal kau badigol sangat ha?! Neraka tu panggil-panggil kau sekarang!

21 November, 2009

Masa mainkan aku?

Cobaan hidup memang banyak.
Kalau tak banyak bersabar, susah la hidup.

Hari tu aku tak sengaja mencabar masa. Sekarang masa macam main-mainkan aku. Aku juga tak sengaja mencabar kebetulan. Sekarang kebetulan pula main-mainkan aku. Tapi aku percaya pada takdir. Nasib baik dan buruk tu di tangan Tuhan. Kalau aku salah, salah la aku. Kalau aku benar, benar la..

Hari Khamis lalu aku ke seberang menaiki speed bot untuk mengambil kereta yang aku tinggalkan beberapa hari sebelumnya. Sewaktu dalam perjalanan ketika bot melintasi kawasan-kawasan tengah air, motor bot tersebut sepertinya mengalami masalah. Kami terapung-apung di tengah lautan pemisah. Aku senyum saja. Aku tau masa mainkan aku. Lama juga botman tu cuba korek-korek motor bot. Akhirnya kami dapat meneruskan perjalanan.

Sampai di darat, aku terus ke parking kereta. Tenggok! Tayar kereta kurang angin. Tapi masih boleh jalan lagi. Aku senyum. Mungkin masa mainkan aku. Tapi sebenarnya aku takut juga sebab malang tidak berbau. Mana tau sangkut di tengah-tengah perjalanan ke bandaraya. Aku yakin boleh sampai. Tapi aku buka mencabar. Aku cuma yakin.

Dalam perjalanan seperti biasa. Padamulanya perjalanan sangat lancar. Hampir ke sebuah daerah. Perjalanan mula sangkut-sangkut. Tapi bukan sebab tayar yang kurang angin. Sebab kenderaan mula banyak. Sampai lagi di sebuah daerah. Perjalanan agak perlahan. Aku target masa untuk ke bandaraya hanya 2 setengah jam. Tapi dah hampir 3 jam dalam perjalanan. Aku senyum. Rasanya masa mainkan aku.

Akhirnya sampai juga aku di bandaraya. Tapi masa dah 3 jam lebih. Nasib baik lah orang yang aku ingin jumpa sudah ada di situ. Kami makan dan beli sedikit barang. Ada satu barang yang masa gunakan untuk mainkan aku. Pusing-pusing mencari, tapi susah kalau tidak berkenan. Memang tak mau beli punya. Dekat 2 jam mencari barang akhirnya terpaksa beli sahaja apa yang boleh. Walaupun agak mahal. Sebab masa dah mula mainkan aku. Aku senyum saja.

Hujan lebat tiba-tiba turun sewaktu aku dalam perjalanan ke sebuah daerah untuk menghantar dia. Hujan sangat lebat. Jalan raya mesti lincin. Aku terpaksa pandu perlahan-lahan demi keselamatan. Aku senyum. Kerana masa sudah mainkan aku.

Sampai di daerah itu. Aku terus hantar dia ke rumahnya. Sebaik saja mahu pulang, aku dipanggil balik sebab terlupa sesuatu barang. Aku pusing balik. Aku senyum. Masa mainkan aku lagi. Selepas saja keluar dari perkarangan rumahnya, aku mula rasa panik. Bimbang. Masa sudah mainkan aku dengan teruk. Dapatkah aku sampai ke hujung permulaan aku tadi? Aku berserah pada Tuhan. Aku tidak lagi senyum. Kalau boleh aku ingin menangis. Tapi aku yakin, mesti sampai di sana. Mungkin.........

17 November, 2009

Percutian untuk sesuatu

Aku mula bercuti pada 8 November 2009. Selepas saja selesai tugas, aku berangkat ke treminal feri Labuan. Tidak ku sangka ramai pula orang nak balik waktu tu. Aku rasa aku adalah orang yang ke tiga terakhir masuk ke dalam feri.

Masa dalam pelayaran, aku duduk di sebuah kerusi yang disediakan di dalam feri itu. Sambil menghisap rokok (bilalah aku berhenti merokok ni). Ketika itu aku disentak dengan suara kanak-kanak bercerita.

“Aku soal kau..”

“Okey!”

“Air terjun tidak berhenti mengalir. Bagaimana kita mahu hentikan terjunan air itu?” soal budak yang megalas beg dengan budak yang memakai kaca mata.

Budak yang disoal tu kebingungan. Aku ikut bingung. Aku berfikir juga untuk jawapan soalan itu. Biasanya teka teki kanak-kanak ni selalu yang luar biasa. Jadi aku terfikir, mungkin mahu matikan suis air terjun tu. Barulah ia berhenti mengalir. Hahahaa! Aku ketawa sendiri.

“Tutup suis air terjun. Berhenti la..” jawab budak yang disoal.

Hahaha.. Sama jawapan dia dengan jawapan dalam kepala otak aku.

“Salah!” kata budak yang menyoal.

“Habis? Macam mana?”

Dalam hati aku pun tanya macam tu.

“Senang saja. Tangkap gambar. Dalam gambar mesti air terjun tu berhenti mengalir.” Mereka ketawa.

Betul juga. Tapi jawapan tu tak la luar biasa pun. Biasa biasa saja.


Selitan;
Esok adalah hari pertunangan aku dan dia. Harap semuanya berjalan dengan lancanr dan baik. Doakan aku supaya dapat menghadapi cabaran-cabaran yang bakal tiba.

07 November, 2009

Cuti aku menyusahkan

Aku terpaksa cuti sebab urusan peribadi yang sangat penting dalam hidup aku. Tapi cuti aku itu telah menyusahkan kawan-kawan aku dan anggota yang lain. Tapi aku terpaksa ambil cuti ini. Sebab ini masa depan aku. Dan aku perlu selesaikan masalah ini. Supaya aku dapat menjalankan tugas-tugas aku dengan tenang. Kamu selalu nampak aku kadang-kadang muram, bersendirian, marah atau seperti orang gila. Itu lah penyakit yang aku perlu ubati. Dan aku minta, wahai kawan-kawan ku yang sangat baik hati, tolong lah beri aku peluang untuk menyelesaikan masalah aku di seberang sana. Dan apabila setibanya aku kembali bertugas di sini, aku harap janganlah kamu menjeling sindir dengan aku kerana kesilapan aku ini.

Doakan aku semoga perjalan hidup aku menjadi mudah dan baik. Aku harap dapat melangkah dengan senyuman tanpa air mata untuk menuju ke destinasi yang aku cari.

Yang Benar;
gnela

03 November, 2009

Erk! Ark! Grrrr! Errggghh!!

Cuba korang buat mimik muka ikut ayat di bawah:

Erkk!!
Argh!!
Grrrrrrgggrrgg!!
Eeeeeggggrrrrr!!!!
Ahhhhh!!!

Mungkin begitula muka orang tengah melepas, kan?