nuffnang frame

Oct 8, 2009

Pada satu malam...

Satu malam ketika semua manusia sedang tidur nyenyak, kelihatan dua ekor nyamuk aedes sedang berdating.

"I rasa sudah sampai masanya i masuk meminang u," kata nyamuk albopictus kepada nyamuk Culex fatiqans.

"Eh? Awak dah cukup duit ke nak kawin dengan i?" tanya nyamuk culex fatiqans dengan muka malu-malu.

"Soal duit u jangan risau. I dah buat pinjaman di bank," jelas nyamuk albopictus dengan suara yang membanggakan dirinya sendiri.

"Kalau begitu, suruh la orang tua u datang berjumpa dengan mak, abah i."

"O..Sudah tentu. Nanti i call mak, abah i untuk datang merisik. Tapi i nak soal u satu soalan penting."

"Soalan penting? Okey. I tunggu soalan u."

"Sanggupkah u hidup dan mati bersama i?"

PAP!!!

"kena pun! Nyamuk tak guna! Aku nak tidur pun susah. Kalau nak dating tu, pegi la tempat lain. Ni, dekat cuping telingga aku pula nak berjiwang-jiwang. Tak pasal-pasal aku tampar telingga aku sendiri," kata budak selekeh setelah berjaya membunuh dua ekor nyamuk menggunakan jurus tepuk tangan. Setelah itu, dia pun sambung tidur semula.

3 comments:

  1. alamak..
    wa terasa la neh sbb slalu jd pembunuh cinta mereka..ampun2..

    mesti wa kene sumpah dgn kaum kerabat nyamuk neh..tuh pasal single dmp ini hari..ceh

    nice blog bro.aku link

    ReplyDelete
  2. hahaha....bikin wa jdi gilak...

    ReplyDelete
  3. hahahaha salah port nak bincang daaaaa

    ReplyDelete

Sesiapa saja boleh menaip komen di sini walaupun tiada akaun blogger (Anonymous).
Taip la ulasan anda dengan menggunakan ayat-ayat yang baik, bersih, dan wangi: