31 October, 2009

Shut Down Member



Lokasi, bilik kawalan. Aku mahu ke tandas untuk buang air. Seorang member masuk.
"Tolong ganti tugas sekejap! Aku mau pegi toilet!"
"Ok!" Member menjawab dengan selamba.

Selesai melepaskan hajat, aku masuk semula. Member tadi syok layan facebook guna laptop aku. Celaka betul! Aku biarkan saja. Dekat 1 jam, 2 jam, 4 jam. Aduh. Terbakar bontot aku. Kemudian aku keluar dan menuju ke bilik stand by. Sebelum keluar dari pintu, aku sempat menjeling laptop aku. Panas hati tak terkira.

Itu cerita hari tu, ni cerita tadi:

Lokasi, tempat yang sama. Aku sedang melayari internet dengan laptop ku. Tiba-tiba member hari tu masuk terus menghampiri aku.
"Pinjam nanti ya," kata member.
"Ok!" jawab aku selamba.
Member duduk tunggu. Beberapa minit aku keluar untuk menghisap rokok. Ibarat ular menyambar tikus, dia terus duduk menggunakan laptop. Sebelum keluar dari pintu, aku sempat menjeling dia. Lalu berjalan menuju ke bilik stand by.

Hehehe.. Aku sudah install satu software Shutdown timer. Aku set 1 minit, terus laptop shutdown.

08 October, 2009

Pada satu malam...

Satu malam ketika semua manusia sedang tidur nyenyak, kelihatan dua ekor nyamuk aedes sedang berdating.

"I rasa sudah sampai masanya i masuk meminang u," kata nyamuk albopictus kepada nyamuk Culex fatiqans.

"Eh? Awak dah cukup duit ke nak kawin dengan i?" tanya nyamuk culex fatiqans dengan muka malu-malu.

"Soal duit u jangan risau. I dah buat pinjaman di bank," jelas nyamuk albopictus dengan suara yang membanggakan dirinya sendiri.

"Kalau begitu, suruh la orang tua u datang berjumpa dengan mak, abah i."

"O..Sudah tentu. Nanti i call mak, abah i untuk datang merisik. Tapi i nak soal u satu soalan penting."

"Soalan penting? Okey. I tunggu soalan u."

"Sanggupkah u hidup dan mati bersama i?"

PAP!!!

"kena pun! Nyamuk tak guna! Aku nak tidur pun susah. Kalau nak dating tu, pegi la tempat lain. Ni, dekat cuping telingga aku pula nak berjiwang-jiwang. Tak pasal-pasal aku tampar telingga aku sendiri," kata budak selekeh setelah berjaya membunuh dua ekor nyamuk menggunakan jurus tepuk tangan. Setelah itu, dia pun sambung tidur semula.

04 October, 2009

Kurang vitamin xyz

"Hahahaha!!" ketawa ku sambil menepuk kepala. Nasib tak tergolek jatuh dari atas katil. Kalau tidak, patah pinggang, susah nak dapat zuriat. Aduh. Apa pula zuriat. Aku selongkar entri-entri dalam blog aku dari dulu sampai sekarang. Aku macam rasa kelakar pula. Muka macam aku ni terbitkan catatan jiwang miwang sawang yang macam-macam. Kadang-kadang entri aku bunyi tak sedap langsung. Sedap lagi bunyi kumbang terbang.

Terfikir sejenak, untuk apa aku tulis blog ni? Untuk siapa? Untuk apa? Kalau 2, 3 tahun dulu persoalan ni pernah juga disoal oleh bloggers-bloggers yang dah lama bergelumang dosa dengan blogger ni. Entah la. Macam magic pun ada. Mungkin golongan-golongan orang yang sentimental, jiwa-jiwa, sensitif yang suka berblog ni. Aku? Entah.. Yang aku tau, dulu-dulu sebelum ada komputer, aku berblog sendiri-sendiri. Tapi dalam buku. Bukan dairi. Macam catatan biasa. Aku suka catat sesuatu yang terjadi tu dalam buku. Bila aku baca balik, aku ketawa, kadang-kadang pandai sedih juga. Huhuhu. Bila da kenal dua jahanam ni (PC dan Internet) aku mula tukar dalam bentuk blog pula. Tapi dulu orang tak dapat baca apa yang aku tulis. Sekarang orang yang aku nak dia baca boleh baca apa yang aku tulis dalam blog. Atau aku kasi semua orang baca apa yang aku tulis. Itu dia..

Tapi persoalan untuk apa, siapa, kenapa tu masih lagi mengganggu pemikiran aku yang ngek ngok ni. Apa pun, masing-masing tau untuk apa, siapa, kenapa dia berblog. Blog aku ni pun pernah juga kena cop sampah. Sekarang pun macam sampah ja. Lambat laun tutup juga blog ni. Hehe.. Tapi berblog tu kan juga bagus. Dari buka web-web porno gambar britney spears telanjang atau gambar kartun naruto buat projek tepi pokok. Tu yang orang kadang-kadang ikut tu. Sebab aku pernah nampak orang jadi naruto. Siap ada sarung tangan, ikat kepala dengan lambang tu lagi. Takut-takut yang hentai pun dia hentam juga. Korang pernah tenggok doreamon punya hentai? Itu pun korang belasah stim juga? Huhuhu..

Nasib..nasib..nasi blum jadi bubur...